Rumah Impian Bangsa Johor: Cara Permohonan & Semakan Online

Berita baik untuk rakyat di negeri Johor, anda kini berpeluang mendapatkan rumah impian masing-masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan mampu milik Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) ini.

Apakah Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)?

Skim perumahan mampu milik, Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) telah dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Mac 2017 di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap lapisan Bangsa Johor memiliki rumah impian sendiri di kawasan sempurna serta selesa, di samping pada harga mampu dimiliki.

Ciri-ciri rumah yang ditawarkan oleh skim RIBJ adalah seperti berikut

  1. Rumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air
  2. Harga seunit bermula daripada RM70,000
  3. Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air
  4. Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000

Projek Terkini Rumah Impian Bangsa Johor 2020

Terkini, dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor – Bandar Dato’ Onn akan dibuka mulai 22 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Projek : BANDAR DATO’ ONN

Rumah mampu milik ini mempunyai jenis rumah yang pelbagai, iaitu:

  • Sesebuah 2 tingkat
  • Berkembar 2 tingkat
  • Kluster 2 tingkat
  • Teres 2 tingkat

Jumlah unit yang dibuka untuk jualan adalah sebanyak 488 unit.

Ia terletak berdekatan dengan AEON Bandar Dato’ Onn.

Harga rumah bermula RM85,000 hingga 100,000

rumah impian bangsa johor

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memiliki rumah ini adalah seperti yang disenaraikan berikut:

  • Rakyat Johor berusia 25 tahun ke atas
  • Dibenarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwin
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah
  • Pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000

*Selain membuat permohonan RIBJ, rakyat Johor juga boleh melayari eRumah Johor untuk mendapatkan pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang memastikan rakyat negeri Johor berpeluang membeli rumah pada harga yang berpatutan.

Tarikh Pendaftaran

Rakyat Johor yang ingin memiliki Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) boleh membuat permohonan di laman web rasmi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bermula 22 Julai 2020 hingga 31 Ogos 2020.

TARIKH BUKA PENDAFTARAN   – 22 Julai 2020

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN  – 31 Ogos 2020

Cara Daftar Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

Rakyat negeri Johor yang berminat perlu membuat permohonan pendaftaran secara atas talian.

Bagi yang belum pernah memohon dan bagi yang pernah memohon hendaklah mengemaskini maklumat permohonan secara online di pautan berikut :

https://ribj.sijf.my/

Sila isikan butiran dan lengkapkan permohonan beserta dokumen yang diminta.

Segala permohonan akan disaring dengan ketat bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan mereka yang layak.

Baca juga : Skim Perumahan Belia BSN 2020: Permohonan & Semakan Status

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pada alamat berikut:

Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor Bahru.
Nombor telefon : 07-266 6070

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!