Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2026 ialah program bantuan perumahan kerajaan Malaysia di bawah pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh dilakukan melalui portal rasmi SPNB di http://rmr.spnbonline.com.my.

Setiap pemohon yang layak menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Manakala, baki kos pembinaan rumah dibiayai melalui skim pinjaman tanpa faedah (0%).

RUMAH MESRA RAKYAT
Sumber: Facebook SPNB

Setakat 30 Jun 2026,

  • 5,342 – Unit berjaya dilaksanakan untuk Bajet 2026 (daripada sasaran 6,545).
  • 1,798 – Unit yang kini rancak dalam fasa pembinaan.

Program Rumah Mesra Rakyat 2026 diwujudkan daripada kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia ada bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40.

Program ini dilaksanakan secara tunggal melalui kaedah pembiayaan/pinjaman langsung tanpa faedah yang disediakan sepenuhnya oleh SPNB dengan kadar bayaran balik seragam RM300 sebulan.

Dalam artikel ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan bagi tahun 2026.

Pengenalan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam lampiran di bawah.

PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUAN
Kaedah permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)
HargaRM 75,000*RM 85,000*Bermula RM 80,000*
Subsidi (pembinaan)RM 20,000
Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
Tempoh bayaran bulanan16 tahun hingga 25 tahun16 tahun hingga 25 tahun16 tahun hingga 25 tahun
Jumlah bayaran bulananRM300 di semua kawasanRM300 di semua kawasanRM300 di semua kawasan

PENTING:

  • *Kos pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi permohonan baru meningkat sebanyak RM15,000 menjadikan keseluruhan kos mencecah RM90,000.
  • Walaubagaimanapun, perubahan berkaitan kos ini belum ada maklumat terperinci yang diumumkan secara rasmi oleh pihak SPNB.
Sumber: Facebook SPNB
 Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Sumber: Facebook Rumah Mesra Rakyat (SPNB) 2025

Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas (jika melebihi 43 tahun, pemohon bersama diperlukan).
  • Pendapatan bulanan seisi rumah RM750-RM5,000.
  • Pemohon dan pasangan (jika ada) tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/ tidak sempurna.
  • Berkahwin atau bujang (Belum berkahwin / ibu/bapa tunggal/balu, janda/duda)
  • Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

NOTA:

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Harga RMR adalah seperti berikut:

Contoh Rekabentuk

Rumah Mesra Rakyat 2026 1
Rumah Mesra Rakyat 2026 3

NOTA: Berdasarkan semakan di laman web rasmi SPNB, hanya tiga reka bentuk sahaja pilihan yang dinyatakan berbanding sebelum ini 6 pilihan. Reka bentuk rumah adalah bergantung sama ada berdasarkan pilihan tuan rumah ataupun ditetapkan oleh pihak kontraktor.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB

@ecentral.my

Replying to @AinnnVintage_ Tutorial cara mohon Rumah Mesra Rakyat 2024 online. Kalau nak mohon secara manual pun boleh. Kena isi borang permohonan dan hantar ke Pejabat SPNB. #rumahmesrarakyat #rumahmesrarakyat2024 #bantuanperumahan #bantuanrumah #bantuankerajaan #rumahmurah #ConSantanderConecto

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:

  1. BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA BARU di https://rmr.spnbonline.com.my/register-v2.asp – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada email pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
  8. SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB – Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

NOTA:

  • Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.

Rujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf

Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan
Rumah Mesra Rakyat 2026 permohonan

Semakan Status Kelulusan

  • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Rumah Mesra Rakyat adalah bertanggungjawab untuk:

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Pembayaran RMR Secara Online

Pembayaran RMR secara ansuran hendaklah dilakukan sebelum 30/31 hb setiap bulan. Kegagalan membuat pembayaran boleh menyebabkan anda mendapat notis tuntutan, saman dan sitaan/lelongan.

Saluran pembayaran:

  • BSN
  • Ejen BSN
  • BIMB
  • JOMPAY
  • MAE (akan datang)

Untuk membuat pembayaran pinjaman RMR melalui JOMPAY, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
  2. Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
  3. Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
  4. Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):

Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan

Kod Pembayaran JOMPAY: RMR 2002 – RMR 2019

  • Semenanjung / Pulau:
    RM100, RM150, RM270, RM360
  • Sabah & Labuan:
    Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.

    Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)

    RMR 2020 – RMR 2022
    Semenanjung: RM300.00
    Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:

  1. Selangor,KL,Putrajaya : 631085
  2. Perlis : 158394
  3. Johor : 296053
  4. Kedah, P.Pinang : 546879
  5. Melaka : 560128
  6. Sembilan : 691543
  7. Terengganu : 775239
  8. Pahang : 781252
  9. Kelantan : 783597
  10. Perak : 789446
  11. Sabah,Labuan : 106526

*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB 2026 , rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: [email protected]

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: [email protected]

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: [email protected]

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]

Soalan Lazim Rumah Mesra Rakyat 2026

1. Di manakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

2. Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?

Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

3. Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

4. Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

5. Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.

6. Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

7. Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

8. Bolehkah rumah diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

9. Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

10. Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Anda boleh rujuk soalan lazim yang lain di sini : https://spnb.com.my/soalan-lazim/

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS