Drama Rindu Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-15

Adakah anda antara penonton Drama Rindu Kasih yang sedang menjadi bualan hangat netizen ketika ini? Memang tak dinafikan plotnya cukup menarik untuk diikuti.

Lakonan mantap daripada nama-nama besar dalam industri drama tempatan seperti Amyza Aznan, Ummi Nazeera dan Izzue Islam pula berjaya menyentuh hati ribuan penonton sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu untuk ketahui kesudahannya.  

Jom kita semak serba sedikit info mengenai drama Rindu Kasih yang sedang trending ketika ini.  

Rindu Kasih

Baca Juga : All Together Now Malaysia Season 2 (ATNM2) 2022

Sinopsis Drama Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd)  menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya, Salina (Ummi Nazeera) yang baru berusia beberapa bulan.

Khalid membesarkan Salina sendirian dan terpaksa menyembunyikan kisah sebenar mengenai ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dalam pengedaran dadah bersama kekasih lamanya dahulu.

Sejak kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam). Bapa Amir iaitu Zamani (Nik Ramly) juga bersahabat baik dengan ayah Salina.

Walaupun berpendidikan tinggi, Amir tetap memilih untuk menetap di kampung bagi menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Amir juga mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu untuk mengahwini Salina.

Konflik bermula apabila perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah.

Rindu Kasih

Salina bukan sahaja sering mendapat layanan buruk, malah Halijah juga sering menganggap menantunya biadab kerana tidak mendapat didikan daripada seorang ibu.

Apabila Salina tahu kisah mengenai ibunya, dia nekad untuk lakukan jenayah dan sanggup dipenjara bagi membuktikan kepada Halijah yang dia masih mampu untuk merasa kasih sayang daripada seorang ibu walaupun sedang meringkuk dalam penjara.

Apakah kesudahan Salina dan Amir? Kalau nak tahu, anda kenalah tonton hingga episod terakhir.

Senarai Pelakon

Diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) di bawah terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn Bhd, Rindu Kasih diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut :

WatakPelakon
ShidaAmyza Aznan
KhalidArash Mohd
SalinaUmmi Nazeera
AmirIzzue Islam
ZamaniNik Ramly
HalijahFazlina Ahmad Daud
MurniEzzaty Abdullah
IqbalMeor Mohd
SitiAyu Azlina
AminIskandar Shah
SupriYamin Abu Bakar
TiniSiti Rohani Dollah
SofiaElly Suhaili
KamilHairi Ab Ghani

Drama Rindu Kasih mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 16 November 2022 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam.

Sedutan Episod 1-15

EPISOD 1 – 15

EPISOD 2 – https://youtu.be/ZkivjThqpcQ

EPISOD 3 – https://youtu.be/_ExBPA5aW3g

EPISOD 4 – https://youtu.be/qIofyJR9BDg

EPISOD 5 – https://youtu.be/yN-p44MqNoQ

EPISOD 6 – https://youtu.be/8fKEauJDJVQ

EPISOD 7 – https://youtu.be/nYZ8GhPsG-0

EPISOD 8 – https://youtu.be/vsbXP3wdKVA

EPISOD 9 – https://youtu.be/fgKnqYTxNMo

EPISOD 10 – https://youtu.be/HKCdD8U6EK0

EPISOD 11 – https://youtu.be/ieA50yxex3M

EPISOD 12 – https://youtu.be/PkB8hLYlW20

EPISOD 13 – https://youtu.be/s5HC7-9oN04

EPISOD 14 – https://youtu.be/In5aOBPDjAM

EPISOD 15 – https://youtu.be/CJK4B2amNvU

Anda juga boleh strim drama ini melalui platform streaming Disney+ Hotstar atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 menerusi pautan berikut :

Facebook : https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA

Twitter : https://twitter.com/tv3malaysia

Youtube : https://www.youtube.com/@tv3malaysia

Instagram : https://www.instagram.com/tv3malaysia/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!