All Together Now Malaysia Season 2 (ATNM2) 2022

Sebagai peneraju program realiti di Malaysia, Astro dengan bangganya membawa ‘All Together Now Malaysia’ Season 2 (ATNM2) kepada para penonton.

Dengan sukses yang dikecapi menerusi musim pertama, pertaruhan mengadaptasi ‘All Together Now’, konsep yang mengetengahkan bakat-bakat hebat rakyat Malaysia yang belum dicungkil.

Program realiti ini telah menarik minat dan hati para penonton terutamanya ketika siarannya pada tahun yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai peserta rancangan musim terbaru serta format penjurian.

Apakah All Together Now Malaysia (ATNM2)?

Berdasarkan format asal All Together Now terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang dikenali ramai dengan 13 muka baru.

Mereka termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu dan Vince Chong.

Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ATNMY2 bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan piala.

Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing.

Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta dengan markah tertinggi akan ditempatkan di tiga podium utama mengikut jumlah markah yang diterima.

Peserta dengan markah paling banyak akan ditempatkan di podium pertama sekali gus layak mara ke peringkat akhir secara automatik.

Peserta di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir.

Pengacara

Sherry Alhadad

Format Penjurian

Nasib para peserta akan diadili barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati.

Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY 2 Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik.

Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi.

Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Datuk Syafinaz Selamat selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.

Barisan Juri All Together Now Malaysia Season 2

Kapten Juri : Datuk Syafinaz Selamat

Barisan Juri-juri : Sophia Liana, Widy Hamzah, Datuk Aznil Hj Nawawi , Izzue Islam, Keanu Azman, Ajai, AG Coco, Falyq Hikyle, Ernie Zakri, Amir Masdi, Thanuja, Elly Mazlein, Aisha Retno, Suresh, Reshmonu, Danial Chuer, Hafida Samad, Jaclyn Victor, Catriona Ross, Shashic, Rozita Che Wan, Ayie Elham (Floor88), Isha Norisham, Khai Bahar, Ara Johari, Sherry Ibrahim, Joey Daud, Liza Hanim, Dr. Ram, Siti Nordiana, Afeeq, Wahab Ali, Sariah (Masdo), Ifa Raziah, Bunga, Wany Hasrita, Nikki Palikat, Dr Soo Wincci, Marsha Milan, Maryam, Vince Chong, Adeline Tsen, Shila Amzah Danial Zaini, Sissy Imann, Yaya Zahir Hafiz Hamidun, Edrie Hashim, Tomok, Kelly Azman

Tarikh & Waktu Siaran [LIVE Streaming]

HARI SIARAN : SETIAP AHAD

WAKTU : 9.00 MALAM

Rakaman konsert mingguan ‘ATNMY 2’ yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsung selama 9 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang dan pasca konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia Musim 2’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 8 Disember 2022.

Program khas ‘Extended All Together Now Malaysia Musim 2’ pula akan menyiarkan klip ‘snippets’ menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 16 Disember 2022.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ serta laman media sosial Gempak akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman Youtube Astro Gempak ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 11 Disember 2022.

Minggu 1 : Senarai Markah Peserta

  1. Nadeera : 96 markah
  2. Asni Emlan : 60 markah
  3. Hasya Roslan : 80 markah
  4. Farah Juliana : 28 markah
  5. Daniel : 52 markah
  6. Cent2ry : 2 markah
  7. Hani : 46 markah
  8. Philip Martin : 24 markah
  9. Mohamad Zuhairi : 14 markah
  10. Fariz Ghazali : 90 markah
  11. Wak Dan – Syed Iskandar : 34 markah
  12. Kamelia Shermain : 88 markah
  13. Ebba Khan : 38 markah
  14. Farah : 88 markah
  15. Ranisha : 96 markah
  16. Nurul Shyafira: 22 markah
  17. Rosdiana : 18 markah
  18. Hisham : 16 markah
  19. Najmi : 34 markah
  20. Rizan : 34 markah

Sumber: https://gempak.com/

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 3

Minggu 2 : Senarai Markah Penuh Peserta

Playlist penuh : All Together Now Malaysia.

Facebook : Astro Gempak

Laman web rasmi & perkembangan terkini : https://gempak.com/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!