10+ Resort Terbaik di Semporna – Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!

resort terbaik di semporna
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

10+ Resort Terbaik di Semporna – Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!

Semporna Sabah, bukanlah satu destinasi asing buat pelancong tempatan mahupun luar negara. Bahkan, ia menjadi destinasi impian bagi kebanyakan pencinta alam dan penggemar laut. 

Terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang memukau seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Bohey Dulang dan sebagainya, Semporna sememangnya menawarkan percutian yang penuh dengan keseronokan dan pengalaman baru.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Google

Percutian di Semporna tidak lengkap tanpa memilih penginapan atau resort terbaik di Semporna untuk anda bermalam dan merasai keindahan luar biasa tempat ini. 

Kebanyakan resort-resort di Sempornai menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan, perkhidmatan lima bintang dan pengalaman eksklusif yang sukar ditemui di tempat lain!

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

Senarai Resort Terbaik di Semporna 

Berikut adalah senarai resort terbaik di Semporna yang menawarkan penginapan luar biasa dan pengalaman yang tak terlupakan:

1. Sea Star Resort Semporna

Harga: Bermula dari RM2000 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Sea Star Resort merupakan salah satu resort yang menawarkan pengalaman penginapan eksklusif dengan pemandangan laut yang sangat menenangkan di Semporna. 

Resort ini terkenal kerana menawarkan keselesaan serta sentuhan lokal yang asli untuk bilik-biliknya. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mahukan percutian santai sambil menikmati keindahan laut.

Pemandangan laut dari resort ini juga sangat menakjubkan, lebih lebih lagi semasa matahari terbenam.

Sea Star Resort ini terletak berhampiran dengan bandar Semporna, menjadikannya mudah untuk pelancong mengakses pelbagai aktiviti seperti menyelam dan snorkeling ke pulau-pulau popular. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Sea Star Resort

Dari segi kemudahan, anda tidak perlu risau. Setiap biliknya berhawa dingin dan menghadap laut,  pemandangan laut. Wifi pun ada. 

Restorannya juga mempunyai pelbagai menu tempatan. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini termasuklah menyelam dan snorkeling. Pihak resort juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke pulau-pulau berdekatan.

2. Sisipan Island Resort 

Harga: Bermula dari RM1,500 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Sisipan Island Resort di Semporna adalah salah satu pilihan penginapan terbaik di Semporna bagi mereka yang mencari penginapan di tengah keindahan laut. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Sisipan Island Resort

Terletak di tengah-tengah perairan jernih Laut Celebes, resort ini menawarkan penginapan eksklusif atas air yang luas dan lengkap dengan balkoni peribadi bagi membolehkan tetamu menikmati pemandangan laut yang menakjubkan. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Sisipan Island Resort

Resort ini juga menyediakan pelbagai kemudahan moden termasuk TV, Wi-Fi, tab mandi, serta perkhidmatan bilik untuk menjamin keselesaan tetamu. Para tetamu juga boleh melakukan aktiviti snorkeling secara percuma dengan peralatan yang disediakan. 

3. The Buwan Dive Resort

Harga: Bermula dari RM250 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

The Buwan Dive Resort adalah pilihan terbaik bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman menyelam bertaraf dunia di Pulau Sipadan, Mabul, dan Kapalai. 

Terletak di kawasan strategik yang memudahkan akses ke beberapa tapak menyelam terkenal, resort ini menawarkan pengalaman penginapan yang selesa. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: The Buwan Dive Resort

Antaranya ialah, bilik berhawa dingin dengan pemandangan taman atau laut, restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, perkhidmatan bot ke pulau-pulau berdekatan, fotografi dibawah air dan Wi-Fi percuma di kawasan umum. 

Resort ini juga ada menyediakan kursus menyelam yang diiktiraf serta menawarkan kemudahan peralatan menyelam yang lengkap. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: The Buwan Dive Resort

Dengan kemudahan menyelam profesional dan akses ke tapak menyelam terbaik di dunia, ia adalah pilihan penginapan di Semporna yang ideal bagi pelancong yang ingin menikmati keindahan dunia bawah laut di Semporna. 

4. Grand Dive Resort

Harga: Bermula dari RM350 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan pakej menyelam yang dipilih).

Salah satu lagi pilihan resort terbaik di Semporna untuk honeymoon dan percutian bersama keluarga ialah Grand Dive Resort. 

Grand Dive Resort adalah resort yang terkenal di Semporna dengan tarikan utama kepada penyelam dan pelancong yang mencari pengalaman aktiviti laut yang menyeronokkan. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Grand Dive Resort
10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Grand Dive Resort

Resort ini terletak berhampiran kawasan tarikan menyelam utama, termasuk Pulau Sipadan dan Mabul, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk penyelam profesional dan juga pemula. Selain itu, anda juga boleh menerokai keindahan terumbu karang di sekitarnya.  

Aktiviti ini sangat menarik untuk dilakukan bersama pasangan atau keluarga.  Ia pasti menjadi kenangan terindah. 

Grand Dive Resort juga menawarkan suasana penginapan atas laut yang santai dengan kemudahan yang lengkap bagi memastikan keselesaan maksimum terutamanya selepas seharian beraktiviti di laut.

5. Santiri Island Resort

Harga: Bermula dari RM1200 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan pakej menyelam yang dipilih).

Santiri Island Resort di Semporna juga salah satu pilihan penginapan yang menarik di Semporna untuk berbulan madu mahupun percutian bersama keluarga dan kawan-kawan

Pantai-pantainya yang belum tercemar dan keindahan laut sekitar menjadikan Santiri pilihan penginapan di Semporna yang anda wajib cuba. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Santiri Island Resort

Resort yang terletak di Pulau Gusungan ini menawarkan privasi, suasana tenang dan pemandangan laut yang menakjubkan. Memang sesuai sangat untuk  pasangan yang mencari pengalaman romantis, atau mereka yang mahu berehat dalam suasana yang eksklusif. 

Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai kemudahan moden, termasuk bilik-bilik yang selesa dan dilengkapi dengan semua keperluan asas untuk memastikan keselesaan para tetamu. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Santiri Island Resort

Santiri Island Resort juga dikenali kerana layanan mesra dan profesional daripada kakitangannya, yang sentiasa bersedia membantu para tetamu dalam memenuhi keperluan mereka. 

Terletak di  lokasi yang strategik, resort ini juga memberikan akses mudah kepada beberapa pulau menarik di sekitar Semporna, menjadikannya tempat penginapan yang ideal. 

Disini, anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti laut seperti snorkeling dan menyelam, seta meneroka kehidupan marin yang kaya di sekitar pulau. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Santiri Island Resort

Dengan harga yang berpatutan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Santiri Island Resort adalah pilihan tepat untuk percutian anda di Semporna! 

6. Nusakuya Resort Semporna

Harga: Bermula dari RM400 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Nusakuya Resort di Semporna juga adalah pilihan resort di Semporna yang menarik dan terbaik untuk pengalaman berbulan madu yang eksklusif dan privasi.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Nasakuya Resort

Resort ini terletak di Kg Tundun Bum-Bum dan menawarkan akses mudah ke laut menerusi tangga persendirian dari setiap bilik. Ini membolehkan anda untuk mandi, berenang di laut, snorkeling pada bila-bila masa (waktu siang, malam tidak dibenarkan).

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Nasakuya Resort

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap, termasuk penyaman udara, bilik mandi peribadi dengan barang mandian serta pemanas air. Para tetamu juga boleh menikmati pemandangan laut yang indah di balkoni di setiap bilik. 

Nusakuya Resort juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti island hopping, snorkeling, scuba diving, dan kayak. Pakej penginapan biasanya termasuk aktiviti-aktiviti ini. Anda juga berpeluang untuk meneroka pulau-pulau berdekatan seperti Bohey Dulang dan Sibuan.

BACA JUGA: 10 Makanan Sabah Yang Unik dan Popular di Malaysia

7. Mabul Beach Resort

Harga: Bermula dari RM400 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Mabul Beach Resort terletak di Pulau Mabul, Semporna. Ia adalah pilihan penginapan popular di Semporna bagi pelancong yang ingin berbulan madu sambil menikmati keindahan pulau serta melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan menyelam bersama pasangan. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Mabul Beach Resort

Resort ini menyediakan kemudahan moden termasuk bilik yang selesa dan restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. 

Para tetamu boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling, menyelam, berkayak, berenang dan meneroka keindahan bawah laut yang kaya dengan pelbagai hidupan marin.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Mabul Beach Resort

Mabul Beach Resort juga terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Anda boleh menyaksikannya dari balkoni bilik. Bagi sesiapa yang kurang gemar aktiviti laut, anda boleh bersantai di pantainya sambil menikmati angin sepoi-sepoi. 

8. Mabul Water Bungalows

Harga: Bermula dari RM 2500 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Satu lagi resort mewah di Pulau Mabul, Semporna yang anda boleh pertimbangkan ialah Mabul Water Bungalows. Resort ini terletak hanya beberapa kilometer dari Pulau Sipadan.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Mabul Water Bungalows

Seperti namanya, resort ini terdiri daripada banglo-banglo yang dibina di atas air dengan pemandangan laut yang menakjubkan.

Setiap banglo direka dilengkapi dengan balkoni peribadi, membolehkan tetamu menikmati keindahan matahari terbenam dan suasana tenang di sekitar.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Mabul Water Bungalows

Selain keindahan laut, resort ini menawarkan kemudahan yang moden dan lengkap. Setiap banglo dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pendingin hawa, TV satelit, dan Wi-Fi percuma. Siap ada kolam renang lagi tau.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Mabul Water Bungalows

Selain aktiviti menyelam dan snorkeling, anda tetamu juga boleh melakukan aktiviti lain seperti kayaking dan lawatan ke kampung Bajau Laut yang berdekatan untuk merasai budaya tempatan.

Dengan harga yang berpatutan dan perkhidmatan mesra daripada staf-stafnya, Mabul Water Bungalows adalah pilihan penginapan yang terbaik di Semporna untuk berbulan madu dan percutian santai serta privasi. 

9. Sipadan Kapalai Dive Resort

Harga: Bermula dari RM 2500 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Sipadan Kapalai Dive Resort terletak di atas sebuah sandbank, kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Sipadan.

Resort ini menawarkan penginapan yang benar-benar unik kerana ia dibina sepenuhnya di atas air. 

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Sipadan-Kapalai Resort

Dengan pemandangan lautan biru tanpa had, resort ini memang sesuai untuk berbulan madu dan mereka yang inginkan privasi, ketenangan serta menikmati keindahan alam semula jadi.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Sipadan-Kapalai Resort

Bilik-biliknya memang luas dan selesa serta direka dengan gaya tradisional. Setiap bilik juga dilengkapi dengan balkoni peribadi yang membolehkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah. 

10. Crystal Resort

Harga: Bermula dari RM 2000 per malam (bergantung kepada jenis bilik dan musim).

Crystal Resort di Semporna terletak di Pulau Bum-Bum. Ia menawarkan penginapan berbentuk chalet yang selesa dan dilengkapi dengan balkoni peribadi bagi membolehkan tetamu menikmati pemandangan laut yang menenangkan.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Crystal Resort

Resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, kayaking, dan island hopping.

Para tetamu juga boleh menikmati hidangan lazat di restoran resort yang menyajikan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!
Sumber: Crystal Resort

Bagi pasangan yang ingin berbulan madu, resort ini menawarkan privasi yang diinginkan sekaligus menjadikannya pilihan ideal untuk pasangan. 

11. Pom Pom Island Resort & Spa

Terletak di sebuah pulau peribadi, Pom Pom Island Resort & Spa menawarkan pengalaman penginapan yang eksklusif.

Resort ini sesuai untuk pasangan bulan madu atau mereka yang ingin menikmati privasi penuh di tengah lautan.

10+ Resort Terbaik di Semporna - Eksklusif & Sesuai Untuk Honeymoon!

Resort ini mempunyai vila-vila yang terletak di pantai dengan pemandangan yang menghadap terus ke laut.

Selain itu, resort ini juga menawarkan spa, pusat kecergasan, dan aktiviti air seperti snorkeling dan menyelam.

Tips Memilih Resort Di Semporna yang Sesuai

Memilih resort yang sesuai adalah penting untuk memastikan percutian anda di Semporna berjalan dengan lancar. 

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih resort terbaik di Semporna dengan harga yang berpatutan serta kemudahan yang tiptop:

1. Tentukan Bajet Anda

Setiap resort di Semporna menawarkan harga yang berbeza bergantung kepada kemudahan dan lokasi. Pastikan anda menetapkan bajet awal sebelum memilih resort. Ada resort yang menawarkan pengalaman eksklusif dengan harga yang tinggi, manakala ada juga penginapan yang lebih sederhana dengan harga lebih berpatutan.

2. Lokasi

Pilih resort yang terletak berhampiran dengan lokasi menyelam atau aktiviti yang anda ingin lakukan. Resort seperti Sipadan Kapalai Dive Resort dan Mabul Water Bungalows menawarkan akses mudah ke lokasi menyelam terbaik di dunia, termasuk Pulau Sipadan dan Mabul

3. Kemudahan yang Ditawarkan

Semak kemudahan yang disediakan oleh resort. Jika anda mencari pengalaman santai, pastikan resort mempunyai kemudahan seperti spa, kolam renang, atau bilik yang menghadap laut. Bagi yang ingin melakukan sukan air, resort yang menyediakan pakej snorkeling, diving, atau island hopping pastinya lebih menarik.

Sumber: KLOOK

4. Pakej Percutian dan Aktiviti

Beberapa resort di Semporna menawarkan pakej lengkap termasuk pengangkutan, makan, dan aktiviti harian seperti lawatan ke pulau-pulau sekitar. Pakej ini boleh menjimatkan masa dan wang, terutamanya bagi pelancong yang pertama kali ke sana. Semak pakej yang ditawarkan sebelum membuat tempahan.

5. Baca Review

Sebelum memilih resort, pastikan anda membaca ulasan pelanggan di laman tempahan. Ulasan daripada pelawat sebelum ini boleh memberikan gambaran sebenar tentang kualiti resort, perkhidmatan, dan kebersihan. Resort yang mempunyai ulasan positif pastinya lebih meyakinkan.

6. Fleksibiliti Tempahan dan Pembatalan

Dalam perancangan percutian, fleksibiliti tempahan adalah penting. Pilih resort yang menawarkan polisi pembatalan yang mudah atau tidak mengenakan caj tinggi jika berlaku perubahan pada jadual perjalanan anda.

7. Buat Tempahan Awal – Melalui KLOOK

Untuk memastikan anda mendapat harga yang terendah, pastikan anda membuat tempahan awal secara dalam talian di mana-mana platform seperti KLOOK.

Klook.com

BACA JUGA: Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!

Kesimpulan

Semporna adalah destinasi percutian yang menakjubkan dengan keindahan alam semula jadi yang luar biasa. Menginap di resort terbaik di Semporna pastinya akan melengkapkan percutian anda bersama pasangan atau keluarga. 

Jangan lupa buat tempahan awal dan rancang aktiviti yang anda ingin lakukan untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});