Reset Sarawak ID – Kemaskini No Tel, Password & Username Baru

Reset Sarawak ID
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara reset Sarawak ID menggunakan pautan web dan aplikasi Sarawak ID?

Sarawak ID ialah identiti tunggal dalam talian yang membolehkan orang ramai menggunakan fungsi log masuk tunggal (single sign-on) untuk mengakses pelbagai saluran digital yang disediakan oleh kerajaan Sarawak.

Melalui sistem ini, pengguna dapat mengurus maklumat peribadi, mendaftar untuk perkhidmatan tertentu, dan menjalankan transaksi berkaitan kerajaan dengan mudah menggunakan peranti anda.

Bagi mendaftar akaun Sarawak ID, pengguna hanya perlu menggunakan nombor MyKad. Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk untuk mengurus profil, mengakses perkhidmatan, serta menerima notifikasi penting.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda panduan mudah bagaimana untuk reset akaun, username, password Sarawak ID anda pada skrin log masuk, sekiranya terlupa, untuk memulihkan akses ke akaun semula.

Cara Reset Semula Akaun Sarawak ID

  1. Klik pada bahagian “Password” dan pilih Jenis Akaun.
  2. Masukkan nombor MyKad atau Pasport anda, pilih SarawakID App sebagai kaedah pengesahan, dan kod QR akan dipaparkan.
  3. Buka aplikasi SarawakID, klik ikon pengimbas, kemudian klik butang “Next” untuk meneruskan.
  4. Proses pengesahan wajah akan bermula. Setelah berjaya, klik “Next”, masukkan kata laluan baharu anda, dan klik “Next” sekali lagi.
Reset Sarawak ID

Reset Sarawak ID

Reset Sarawak ID

Cara Reset Semula Username Sarawak ID

  1. Buka aplikasi SarawakID, klik “Forgot SarawakID/Password”, kemudian pilih “Reset Username”. Masukkan nombor MyKad anda dan klik “Next”.
  2. OTP akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Klik “Next” untuk meneruskan.
  3. Masukkan OTP tersebut dan klik “Verify”. Mesej pop-up akan memaparkan ID anda.

Baca juga: Sarawak ID – Login, Daftar, Kemaskini ID SKAS

Cara Reset Password

TUKAR PASSWORD MENGGUNAKAN SARAWAK ID APPS

  1. Untuk menukar kata laluan menggunakan SarawakID App, buka aplikasi dan klik pada pilihan “Change Password”.
  2. Skrin Tukar Kata Laluan SarawakID akan dipaparkan. Masukkan kata laluan lama, kata laluan baharu, dan masukkan semula kata laluan baharu tersebut. Kemudian, klik “Update”.
  3. Klik “Let’s Begin” untuk memulakan proses pengesahan wajah. Setelah pengesahan berjaya, pemberitahuan pop-up akan mengesahkan bahawa kata laluan anda telah dikemas kini.

RESET PASSWORD MENGGUNAKAN SARAWAK ID APPS

  1. Buka aplikasi SarawakID, klik “Forgot SarawakID/Password”, kemudian pilih “Reset Password” Masukkan nombor MyKad anda dan klik “Next”.
  2. Klik ‘Mula Sahkan’ untuk memulakan pengesahan wajah. Setelah pengesahan berjaya, klik “Next”.
  3. Masukkan kata laluan baharu anda dan masukkan semula untuk pengesahan, kemudian klik “Next”. Mesej pop-up akan muncul untuk mengesahkan bahawa kemas kini berjaya dilakukan.

Dengan panduan ini, diharapkan proses log masuk anda ke Sarawak ID berjalan lancar dan anda boleh mengakses semua perkhidmatan kerajaan Sarawak dengan mudah.

TERLUPA ID

Bagi yang terlupa ID, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Log Masuk
  2. Klik pautan SarawakID
  3. Sila pilih jenis akaun
  4. Masukkan nombor pengenalan dan pilih kaedah pengesahan
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar
  7. SarawakID anda akan dipaparkan. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda

Kemaskini No Telefon & Emel Sarawak ID Melalui Kiosk Service Sarawak

KIOSK Service Sarawak merupakan satu kemudahan untuk memudahkan pengguna SarawakID, untuk mengemaskini sendiri maklumat telefon dan emel SarawakID.

Bagi mereka yang ingin mengemaskini sendiri maklumat (Sarawak ID) seperti kemaskini emel, nombor telefon, lupa katalaluan, lupa nama pengguna boleh datang ke KIOSK Service Sarawak

Baca selanjutnya: Kiosk Service Sarawak – Lokasi, Waktu Operasi

Maklumat Lanjut

Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut