Resepi Prosperity Ala McD Khairul Aming (Guna Oblong Ramly)

Dengar cerita Ramly Burger Lembu Oblong Klasik dah jadi barang ‘panas’ sekarang ni.
Jangan susah hati, boleh ke Ramly Halal Mart terdekat. Dalam artikel ini kami senaraikan outlet Ramly Halal Mart dan juga resepi burger ala prosperity McD yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Pengenalan Produk Ramly

Ramly Food Processing Sdn Bhd, dahulunya dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd, telah diasaskan pada tahun 1984 oleh pasukan suami isteri Dato’ Dr Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap untuk menghasilkan produk yang halal, bersih dan berkualiti.

Ramly telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berkualiti dalam bentuk sejuk beku seperti kentang goreng, nugget, daging cincang, oblong lembu / ayam , burger lembu / ikan / ayam / udang, frankfurter bebola ayam, bebola daging, ayam bersalut, karipap, dan sebagainya.

ramly oblong burger kedai

Selain itu, Ramly juga mengeluarkan barangan runcit seperti mayonis, roti, sos dan serbuk perasa.

Produk Baru Ramly

Produk baru Ramly kini dah ada di pasaran…. Wahh, 1 kilogram kambing perap Ramly dengan nilai mampu milik RM 28.10 sahaja! Menarik kan?

Jom dapatkan dari Ramly Mart terdekat anda.

ramly oblong

Senarai Kedai / Outlet Ramly Seluruh Malaysia

Outlet Ramly Halal Mart

  1. Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
  2. Ramly Halal Mart Mukim Batu, Kuala Lumpur
  3. Ramly Halal Mart Bentong, Pahang
  4. Ramly Halal Mart Taman Klang Sentral, Selangor
  5. Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
  6. Ramly Halal Mart Putrajaya
  7. Ramly Halal Mart Kuala Terengganu, Terengganu
  8. Ramly Halal Mart Shah Alam, Selangor
  9. Ramly Halal Mart Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  10. Ramly Halal Mart Kampung Bharu, Kuala Lumpur
  11. Ramly Halal Mart Kemaman, Terengganu
  12. Ramly Halal Mart Indera Mahkota, Pahang
  13. Ramly Halal Mart Bukit Bunga, Kelantan
  14. Ramly Halal Mart Bandar Baru Bangi, Selangor
  15. Ramly Halal Mart Puncak Alam, Selangor
  16. Ramly Halal Mart Sendayan, Negeri Sembilan
  17. Ramly Halal Mart Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
  18. Ramly Halal Mart Banting, Selangor
  19. Ramly Halal Mart Melaka, Melaka
  20. Ramly Halal Mart USJ1, Selangor

Cawangan Ramly Halal Kiosk

  1. Ramly Bistro, Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur
  2. Ramly Bistro, Axiata Arena, Kuala Lumpur
  3. R&R Gurun Utara, Kedah
  4. R&R Gurun Selatan, Kedah
  5. R&R Gunung Semanggol, Perak
  6. R&R Seremban Utara, Negeri Sembilan
  7. R&R Pagoh Selatan, Johor
kedai ramly halal mart

Resepi Burger Oblong Ramly Ala Prosperity Khairul Aming

RESEPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE ALA McD KHAIRUL AMING

Resepi dan cara penyediaan McMing Prosperity

Bahan-bahan :

  • Roti oblong
  • Ramly Oblong Daging (Ramly laku keras, mungkin susah nak cari stok!)
  • Bawang holland 1 biji (hiasan)

Bahan untuk Kuah :

  • 2 sudu butter
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket Cendawan shittake
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • Kicap manis (1 sudu / agak-agak)
  • 1 kiub pati lembu
  • Lada hitam (hancurkan guna giling atau blend kan. Jangan guna serbuk punya, kurang kick nanti)

Cara-cara :

  1. Masukkan butter,tumiskan bawang holland,bawang putih dan cendawan shittake sehingga kekuningan.
  2. Selepas masak kekuningan masukkan tepung gandum,kacau dan masukkan air. Tambahkan sos tiram,kicap manis,kiub pati lembu dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
  3. Kisar kesemua bahan yang ditumis,kemudian masak sekali lagi di atas dapur.Dan siappp.
  4. Panaskan kuali,kemudian grill daging oblong dan celupkan di dalam sos lada hitam. Sapukan butter sedikit pada roti yang telah dipotong kemudian panaskan di atas kuali sehingga kekuningan.
  5. Susun roti dan letakkan daging oblong yang telah di panggang dan dicelupkan dalam sos, kemudian letakkan beberapa hirisan bawang holland.

Sedia untuk dihidang.

Sumber : Facebook Khairul Aming

Bahan air :

  • Air bikarbonat aiskrim soda 1/2 botol
  • Air oren Peel fresh / jenama lain 1 botol
  • Ais
  • (Campurkan kesemua bahan)

Jom dapatkan curly fries dan burger Oblong di outlet Ramly Halal Mart atau kedai runcit / pengedar sekitar anda!

Untuk membeli produk Ramly secara online, boleh juga dapatkan di Shopee.

Baca juga :

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang produk-produk Ramly dan kedai outlet berdekatan, sila hubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!