6 Resepi Cendawan Enoki Yang Enak dan Mudah Untuk Dicuba

Cendawan enoki bukan sahaja enak, malah ia juga padat dengan nutrisi penting seperti vitamin B3, B5, zat besi, kalsium dan fosforus.

Ia juga merupakan sumber serat dan asid amino yang baik untuk kesihatan perut.

Jadi, cendawan enoki sangat bagus untuk dinikmati oleh seisi keluarga sebagai hidangan ringan mahupun berat.

Ayuh kita tengok beberapa resepi cendawan enoki yang menarik untuk dicuba di rumah.

6 Resepi Cendawan Enoki Yang Enak dan Mudah

Cendawan Enoki Goreng Tepung

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Tepung serbaguna
  • Tepung
  • 1-2 paket cendawan enoki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya

Cara memasak :

  • Pukulkan telur dan salutkan cendawan enoki dengan telur tersebut.
  • Dalam mangkuk yang berbeza, letakkan tepung serbaguna. Salutkan cendawan enoki tadi dengan tepung.
  • Goreng cendawan enoki dalam minyak yang panas sehingga keemasan. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh buatkan cendawan goreng jadi liat.
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos kegemaran anda.

Cendawan Enoki Tumis Air

Bahan-bahan untuk resepi ini adalah :

  • 1 paket cendawan enoki.
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • ½ biji cili hidup (dihiris nipis)
  • 1 paket kecil bebola ikan (dibelah dua)
  • Air
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk/dicincang)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk atau dicincang sehingga keperangan.
  • Seterusnya, masukkan air dan bebola ikan. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  • Letakkan sawi, cendawan enoki, cili besar dan tomato. Biarkan sehingga masak.
  • Sedia untuk dihidang.

Sup Tofu Dengan Cendawan Enoki

resepi cendawan enoki

Bahan-bahan :

  • 1 paket tofu telur
  • 1 paket cendawan enoki
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak :

  • Letakkan sedikit minyak dalam kuali yang panas dan tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
  • Seterusnya, letakkan tofu, garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Letakkan pula cendawan enoki dan tutup periuk selama 2 ke 3 minit.
  • Hiaskan dengan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Cendawan Enoki Butter

resepi cendawan enoki

Bahan-bahan :

  • Mentega tanpa garam
  • Sedikit air
  • Kiub ayam
  • 2-3 tangkai cili padi
  • 2 biji limau kasturi

Cara masak :

  • Cerai-ceraikan cendawan enoki dan basuh hingga bersih.
  • Masukkan mentega dalam kuali yang panas tetapi apinya kecil. Seterusnya, masukkan kiub ayam dan air.
  • Letakkan cendawan enoki dalam kuali dan tambahkan mentega mengikut citarasa anda.
  • Taburkan cili ke atas cendawan enoki.
  • Perah 1 hingga 2 biji limau kasturi untuk bangkitkan rasa hidangan.

Cendawan Enoki Ala Korea

resepi cendawan enoki

Bahan-bahan :

  • 2 paket sos Korea
  • 3-4 paket cendawan enoki
  • Beberapa keping fishcake dan sosej pilihan anda.
  • Sedikit sos cili
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji telur (direbus)

Cara-cara :

  • Pertama, rebus cendawan enoki selama 2 hingga 3 minit kemudian toskan.
  • Tumis pula bawang putih. Kemudian, masukkan sedikit air, sos Korea dan sos cili. Kacau sehingga sebati.
  • Seterusnya, masukkan sosej dan fishcake ke dalam kuah dan rebus sehingga empuk.
  • Angkat hidangan yang dimasak dan tuangkannya ke dalam mangkuk berisi cendawan enoki yang direbus tadi.
  • Potong telur rebus dan letakkan di atas cendawan. Anda juga boleh tabur sedikit bijan putih untuk tambahkan keenakan hidangan ini.

Cendawan Enoki dan Brokoli Bersos Tiram

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus cendawan enoki (dicelur)
  • ½ brokoli (dicelur)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak
  • Air
  • Garam dan gula

Cara-cara :

  • Celurkan cendawan enoki dan brokoli dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing
  • Masukkan lada hitam, sos tiram, garam dan gula
  • Letakkan sedikit air
  • Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan kuah ke atas cendawan dan brokoli.

Banyak rupanya resepi cendawan enoki yang menarik untuk dicuba.

Semuanya boleh disediakan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur.

Ia juga sesuai untuk dinikmati setiap hari kerana mengandungi pelbagai khasiat yang baik bagi tubuh seperti zat besi, vitamin B dan serat.

Selamat mencuba!

Sumber : hellodoktor.com, izzatimhdzr.blogspot.com, nothingtosomethings.com

Baca Juga : Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!