30 Resepi Berbuka Puasa Simple & Sihat Tanpa Minyak

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ramadan dah tiba! Kalau korang tengah cari resepi berbuka puasa yang cepat, sedap, dan sesuai untuk seisi keluarga di Malaysia, korang berada di tempat yang tepat. Dalam artikel ini, kami paparkan 30 idea resepi berbuka puasa TANPA MINYAK yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Semua resepi ni sangat mudah, sedap, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Ringkasan Pantas

Berikut dikongsikan senarai resepi berbuka puasa paling simple tanpa minyak :

30 Resepi Berbuka Puasa Sihat, Tanpa Minyak

  1. Kerabu Sotong
  2. Siakap Kengsom
  3. Ikan Merah Kukus Lemon
  4. Ayam Pandan
  5. Singgang Ikan
  6. Tauhu Bakar
  7. Laksa
  8. Nasi Daging
  9. Sup Ayam
  10. Ikan Bakar
  11. Sup Ikan Merah
  12. Somtam
  13. Udang Bakar Cheese
  14. Ikan Kembung Kukus Air Asam
  15. Salad Isi Ayam
  16. Sotong Sumbat
  17. Burger Homemade
  18. Sup Telur Cendawan
  19. Sate Ayam
  20. Kerang Rebus
  21. Vietnam Roll
  22. Tofu Telur
  23. Sotong Stim
  24. Chicken Grill
  25. Oblong Grill
  26. Daging Bakar Air Asam
  27. Pizza Homemade
  28. Spaghetti Bebola
  29. Ikan Asam Rebus
  30. Tomyam Poktek

30 Resepi Berbuka Puasa Sihat, Tanpa Minyak

1. Kerabu Sotong

Kerabu sotong adalah hidangan tradisi Malaysia yang kaya dengan rasa segar dan pedas. Sotong yang lembut dicampur dengan sayur segar, cili padi, dan perahan limau nipis menjadikan kerabu ini pastinya menggoda selera keluarga!

  • Bahan-bahan
    • Sotong
    • Cili
    • Tomato
    • Limau ninpis
    • Kacang panjang
    • Serai
    • Daun Ketumbar

Cara-cara

  1. Celur sotong sekejap (jangan lama sangat nanti liat). Kemudian angkat dan toskan.
  2. Potong halus bahan-bahan ni – serai, cili, kadang panjang, tomato. Gaulkan.
  3. Perahkan limau nipis dan perasan dengan garam dan gula sedikit.
  4. Taburkan daun ketumbar.
  5. Siap!

2. Siakap Kengsom

Siakap Kengsom ialah hidangan ikan siakap popular di Malaysia yang terkenal dengan rasa masam pedas dan wangi. Ikan siakap segar dimasak dengan asam jawa, cili, bawang, dan daun kesum.

  • Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan siakap
    • 1 ulas bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • asam keping
    • 1 inci kunyit
    • 5 biji lada merah
    • Sedikit belacan
    • Nanas
    • Kangkung

Cara-cara

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, lada merah, belacan, kunyit dan serai.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambah air dan didihkan.
  3. Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap.
  4. Kemudian masukkan asam keping atau air asam jawa.
  5. Masukkan buah nanas dan perasakan dengan garam.
  6. Akhir sekali masukkan kangkung dan tutup api.

3. Ikan Merah Kukus

Ikan kukus adalah cara masak ikan yang paling sihat dan mudah. Ikan segar dikukus bersama halia, bawang putih, tomato, dan sedikit limau nipis, menjadikannya hidangan ringan yang sedap.

4. Ayam Pandan

Ayam Pandan ialah hidangan klasik Malaysia yang terkenal dengan bau pandan yang harum dan ayam yang juicy di dalam, rangup di luar. Boleh bakar atas kulai atau air fryer.

5. Singgang Ikan

Singgang Ikan ialah hidangan tradisi Melayu yang terkenal di Malaysia, khususnya di Pantai Timur. Ikan segar dimasak bersama asam keping, halia, daun kesum, dan rempah ringan, menghasilkan sup yang masam pedas, wangi, dan sihat.

6. Tauhu Bakar

Potong tauhu saiz sederhana, sapu sedikit kicap manis dan madu. Bakar atau grill hingga permukaan keemasan. Hidang dengan sambal kicap dan aneka sayuran dan taburan daun bawang atau sos pilihan.

7. Laksa

Rebus mi laksa hingga lembut, tos dan ketepikan. Masak kuah laksa dengan santan, pes rempah laksa, dan sedikit asam jawa hingga mendidih. Hidangkan mi dengan kuah panas, tabur tauhu, telur rebus, dan daun kesum. Tengok langkah step-by-step dalam gambar di bawah:

8. Nasi Daging

Nasi daging sangat mudah disediakan walaupun dengar macam rumit. Pertama pastikan rebus daging bersama rempah hingga empuk. Kemudian boleh masak beras bersama air rebusan daging tadi. Masukkan rempah nasi daging, dan sedikit garam dalam periuk atau rice cooker. Hidangkan nasi panas dengan potongan daging dan daun sup.

9. Sup Ayam

Sesekali makan sup ayam pun best juga kan? Paling mudah nak buat, tapi confirm anak-anak suka. Caranya rebus ayam bersama air, halia, dan bawang putih hingga ayam empuk. Masukkan sayur pilihan seperti lobak merah, kobis, dan daun sup. Perasakan dengan garam dan lada secukupnya, hidangkan panas-panas.

10. Ikan Bakar

Bersihkan ikan caru, buang isi dalam dan sisik. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah, serai dan sedikit belacan. Campur sedikit perahan limau nipis dan sedikit garam. Sumbatkan campuran rempah, bawang, dan sedikit sayur ke dalam perut ikan. Bakar atau kukus hingga ikan masak sepenuhnya, hidangkan panas. Bakar ikan atas api sederhana hingga masak dan kulit keemasan. Hidangkan panas dengan sambal atau ulam pilihan.

11. Sup Ikan Merah

Rebus ikan merah bersama air, halia, bawang putih, dan serai hingga ikan masak. Masukkan sayur seperti tomato, daun sup. Boleh juga tambah tauhu dan lobak merah. Perasakan dengan garam dan sedikit lada, hidangkan panas-panas.

12. Somtam

Rebus udang dan dotong atau seafood pilihan anda. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Masukkan tomato ceri, kacang panjang, dan sedikit perahan limau nipis. Perasakan dengan air rebusan seafood, kicap, garam dan gula, hidangkan segar sebagai salad pedas.

13. Udang Bakar Cheese

Bersihkan udang dan buat sedikit keratan di belakang supaya sos mudah meresap. Sapukan campuran lemon, Italian herbs dan sedikit lada hitam / lada sulah di atas udang. Bakar dalam oven atau grill hingga udang masak dan cheese cair keemasan, hidangkan panas.

14. Ikan Kembung Kukus + Air Asam

Kukus ikan selama 10-15 minit hingga masak sepenuhnya. Buat air asam dengan mencampurkan bawang besar, tomato, lada besar, cili padi, air asam jawa, belacan dan perahan limau nipis. Curahkan air asam atas ikan dan makan dengan nasi panas!

15. Salad Isi Ayam

Rebus isi ayam dan potong dadu. Untuk salad, boleh gunakan bawang, capsicum, daun salad, dan tomato ceri. Renjiskan minyak zaitun, perahan lemon, lada hitam dan sos pilihan.

16. Sotong Sumbat

17. Burger Homemade

18. Sup Telur Fungus

19. Sate Ayam

20. Kerang Rebus

21. Vietnam Roll

22. Tofu Telur

23. Sotong Steam

24. Chicken Grill

25. Oblong Ayam

26. Daging Bakar Air Asam

27. Pizza

28. Spaghetti Bebola

29. Ikan Asam Rebus

30. Tomyam Poktek

Itulah beberapa resepi berbuka puasa yang mudah, cepat, dan sedap untuk dicuba di rumah sepanjang Ramadan. Walaupun tanpa minyak, ia tetap menyelerakan, sihat, dan mengekalkan citarasa Malaysia. Jangan lupa padankan dengan minuman sunnah seperti Air Nabeez untuk tenaga tambahan selepas berpuasa!

Soalan Lazim (FAQ) Menu Resepi Berbuka Puasa Simple

Apa resepi berbuka puasa yang mudah dan cepat?

Beberapa pilihan mudah termasuk bubur lambuk ekspres, ayam teriyaki, sotong berlado kukus, nasi ayam claypot, dan minuman seperti air kosong. Semua resepi ini boleh siap dalam 20-30 minit.

Ada resepi berbuka puasa yang sihat tanpa minyak?

Ya! Contohnya ikan kukus, singgang ikan, ayam kukus teriyaki, dan kerabu sotong. Hidangan ini mengekalkan nutrien tanpa menggunakan minyak.

Boleh tak sediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga besar?

Boleh! Gunakan periuk besar atau rice cooker, dan gandakan bahan ikut jumlah orang. Resepi seperti bubur lambuk dan nasi ayam claypot sesuai untuk keluarga besar.

Minuman apa yang sesuai untuk berbuka puasa?

Minuman seperti air kosong tidak menaikkan kalori, terutamanya jika kita sedang mengamalkan diet. Anda juga boleh berbuka dengan jus buah-buahan tanpa gula seperti jus tembikai, jus epal dan lemon untuk kesegaran.

Bagaimana nak buat hidangan berbuka puasa cepat tapi sedap?

Fokus pada resepi ekspres tanpa minyak atau gorengan panjang. Gunakan rice cooker, kukusan, atau oven / air fryer untuk jimat masa tetapi tetap sedap dan wangi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut