Air nabeez ialah minuman sunnah yang dihasilkan dengan merendam kurma atau kismis di dalam air kosong selama beberapa jam. Minuman ini semakin popular di Malaysia kerana dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti memberi tenaga, melancarkan pencernaan dan membantu hidrasi badan.
Artikel ini akan menghuraikan secara lengkap tentang air nabeez, termasuk khasiat, cara penyediaan, tempoh rendaman yang selamat serta persoalan penting berkaitan kesihatan.

Apa itu Air Nabeez?
Air nabeez ialah air rendaman kurma atau kismis yang diminum sebelum ia melalui proses penapaian. Dalam bahasa Arab, “nabeez” merujuk kepada minuman yang dihasilkan melalui rendaman buah kering dalam air.
Menurut riwayat, Rasulullah SAW mengamalkan minuman ini dengan merendam kurma pada waktu malam dan meminumnya pada keesokan pagi. Namun, minuman tersebut tidak dibiarkan sehingga menapai kerana proses penapaian boleh menghasilkan alkohol.
Secara asasnya, air nabeez ialah:
- Minuman semula jadi tanpa bahan tambahan
- Mengandungi gula semula jadi daripada kurma
- Kaya dengan mineral penting seperti kalium dan magnesium
- Mudah disediakan di rumah

Kandungan dan Nutrisi Kurma
Walaupun air ini hanyalah air rendaman, ia tetap mengandungi nutrien larut air daripada kurma atau kismis.
Kandungannya pula bergantung pada bahan-bahan yang digunakan dan berapa lama masa diambil semasa proses rendaman.
Air berkhasiat ini umumnya akan mengandung air, gula semua jadi dari buah-buahan yang direndam, serta nutrisi dan serat dari buah-buahan atau biji-bijian yang digunakan.
Proses perendaman juga dapat menambahkan sedikit nutrisi dari bahan-bahan yang direndam ke dalam air.
Resepi dan Cara Penyediaan
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim:
Dari Aisyah RA dia berkata, “Kami biasa membuat perasa untuk Rasulullah di dalam air minum yang bertali diatasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari atau membuat rendaman di petang hari lalu meminumnya di pagi hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Bahan-bahan:
- 3–7 biji kurma (digalakkan kurma ajwa atau kurma biasa tanpa gula tambahan)
- 1 gelas air masak
Langkah-langkah:
- Basuh kurma dengan bersih.
- Masukkan ke dalam bekas bertutup.
- Tuangkan air masak.
- Biarkan selama 8–12 jam (rendam waktu malam).
- Minum pada waktu pagi dan makan sekali kurma tersebut.
Waktu Terbaik Minum Air Nabeez
Waktu paling sesuai untuk minum air nabeez ialah:
1. Waktu pagi sebelum sarapan
Membantu memberi tenaga dan mengaktifkan sistem pencernaan.
2. Ketika sahur
Memberi tenaga yang lebih stabil sepanjang hari berpuasa.
Elakkan minum dalam jumlah terlalu banyak sebelum tidur kerana kandungan gula semula jadi boleh meningkatkan tenaga.
Khasiat Air Nabeez
Air ini memiliki beberapa khasiat yang diyakini oleh sebagian orang, terutama dalam konteks tradisional atau pengubatan alternatif. Beberapa khasiat yang dikaitkan dengan air nabeez antaranya seperti:
1. Sumber nutrisi berkhasiat
Air rendaman ini mengandungi pelbagai nutrisi dari buah kurma yang direndam di dalamnya, seperti gula semula jadi, serat, vitamin (seperti vitamin A, B, C), dan mineral (seperti kalium, magnesium, zat besi).
2. Meningkatkan tenaga
Beberapa orang percaya bahwa meminum air nabeez dapat membekalkan tenaga tambahan kerana kandungan gula semula jadi dalam buah kurma.
Inilah mengapa kita disunatkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa.
3. Menyihatkan pencernaan
Kandungan serat dalam buah kurma dapat membantu memperbaiki pencernaan dan mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.
4. Menyihatkan jantung
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kurma boleh membantu kesihatan jantung dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Menjadikan tubuh sentiasa hidrasi
Air ini juga diklaim dapat membantu memberikan kelembapan bagi tubuh kerana kandungan gula semula jadi dan elektrolit yang ada di dalamnya.
6. Tinggi kandungan fiber
Khasiat air nabeez yang seterusnya adalah dapata menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
7. Membuang lebihan asid pada perut
Air nabeez adalah minuman beralkali, yang mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh dalam kata lain berguna sebagai detox.

Perbezaan Air Nabeez Dengan Jus Kurma
Ramai keliru antara Air Nabeez dan jus kurma.
| Air Nabeez | Jus Kurma |
|---|---|
| Air rendaman kurma | Kurma dikisar |
| Kandungan gula lebih ringan | Lebih pekat & tinggi gula |
| Lebih ringan untuk perut | Lebih padat kalori |
Soalan Lazim Air Nabeez
Air nabeez ialah minuman sunnah yang dihasilkan dengan merendam kurma atau kismis di dalam air kosong untuk tempoh tertentu (biasanya 8–12 jam). Ia bukan minuman beralkohol dan diminum sebelum berlaku proses penapaian.
Antara khasiatnya termasuk:
– Membantu melancarkan sistem pencernaan
– Memberi tenaga segera secara semula jadi
– Mengatasi masalah sembelit
– Membantu hidrasi badan
– Menyokong kesihatan jantung kerana kandungan kalium dalam kurma
Namun, manfaat ini bergantung kepada cara penyediaan dan keadaan kesihatan individu.
Cara asas menyediakan air nabeez:
1. Ambil 3–7 biji kurma (atau segenggam kismis).
2. Rendam dalam segelas air kosong (air masak).
3. Biarkan selama 8–12 jam (contohnya rendam waktu malam dan minum pagi).
4. Minum air rendaman tersebut dan boleh makan sekali buah yang direndam.
5. Elakkan merendam lebih 24 jam bagi menghindari penapaian.
Sebaiknya diminum dalam tempoh 12–24 jam selepas direndam. Jika berbau masam, berbuih atau berubah rasa, ia tidak lagi sesuai diminum kerana berkemungkinan telah mula menapai.
Ya, boleh diminum setiap hari dalam kuantiti sederhana. Namun, individu yang mempunyai diabetes atau perlu mengawal gula darah perlu berhati-hati kerana kurma mengandungi gula semula jadi.
Waktu terbaik ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. Ada juga yang mengamalkannya ketika sahur untuk memberi tenaga sepanjang hari berpuasa.
Pesakit diabetes boleh mengambilnya dalam jumlah kecil dan perlu memantau paras gula darah. Disarankan berbincang dengan doktor sebelum mengamalkannya secara konsisten.
Secara tradisional, air ini hanya menggunakan kurma atau kismis dan air kosong. Namun, sesetengah individu menambah madu atau lemon. Pastikan tidak berlebihan bagi mengelakkan kandungan gula terlalu tinggi.
Tidak. Air nabeez yang diminum sebelum proses penapaian adalah tidak beralkohol. Jika direndam terlalu lama sehingga berlaku penapaian, ia boleh menghasilkan kandungan alkohol dan tidak lagi sesuai diminum.
Individu berikut perlu berhati-hati:
– Pesakit diabetes tidak terkawal
– Pesakit buah pinggang (kerana kandungan kalium tinggi)
– Individu yang sensitif terhadap gula
Rujuk doktor jika mempunyai masalah kesihatan kronik.
Baca juga:




