RTK 2.0 : Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023

REKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK 2.0)

Pada 10 Januari lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Kedua-dua perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja tamat pada 31 Dis lepas dan akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.

Untuk makluman, majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 mulai 27 Januari ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara membuat permohonan.

Apa Itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)?

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas
untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing
yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syaratsyarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Bagi tahun ini, majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 mulai 27 Januari 2023.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud ketika menyampaikan taklimat kepada media mengenai program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 pada 18 Januari 2023.

Syarat Permohonan

Syarat kelayakan majikan adalah seperti berikut:

SEKTOR YANG DIBENARKAN

8 sektor yang dibenarkan + sub sektor:

  1. Perkilangan
  2. Pembinaan
  3. Perlombongan & kuari
  4. Pengawal keselamatan
  5. Perkhidmatan
  6. Pertanian
  7. Perladangan
  8. Pembantu Rumah Asing (Sektor baru yang ditambah)

SEKTOR BEKU

  1. Perniagaan tekstil
  2. Tukang emas
  3. Tukang gunting rambut
  4. Rumah kebajikan
  5. Kitar semula

Syarat Kelayakan PATI

Syarat kelayakan bagi PATI adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai majikan yang sah
  2. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam
  3. PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P
  4. Mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan
  5. Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work)

15 NEGARA SUMBER LAIN-LAIN SEKTOR

  1. Thailang
  2. Kemboja
  3. Nepal
  4. Myanmar
  5. Laos
  6. Vietnam
  7. Filipina
  8. Indonesia
  9. Sri Lanka
  10. Bangladesh
  11. Turksmenistan
  12. Uzbekistan
  13. Kazakhstan
  14. Pakistan
  15. India

9 NEGARA SUMBER UNTUK PRA SAHAJA

  1. Thailand
  2. Kemboja
  3. Nepal
  4. Laos
  5. Vietnam
  6. Filipina
  7. Sri Lanka
  8. India
  9. Indonesia
rekalibrasi tenaga kerja rtk 2.0 2023

Permohonan / Proses Kerja Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)

  1. Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main (Majikan daftarkan maklumat PATI secara online)
  2. Penetapan tarikh temujanji (STO)
  3. Majikan hadir bersama PATI
  4. Proses verifikasi
  5. Sekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan
  6. Pemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan
  7. Sekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.
  8. Setelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.

Kos / Fi

Bayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.

Soalan Lazim (FAQ) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)

Soalan-Soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Rtk 2.0 rekalibrasi tenaga kerja 2023
Rtk 2.0 rekalibrasi tenaga kerja 2023
Rtk 2.0 rekalibrasi tenaga kerja 2023

Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main

PELAN KELONGGARAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar juga turut memaklumkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dilaksanakan bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal.

rekalibrasi tenaga kerja rtk 2.0 2023

Permohonan Verifikasi PATI RTK 2.0

Permohonan tarikh verifikasi PATI RTK 2.0 boleh dibuat bermula 15 Ogos 2023 melalui e-mel: [email protected]

MEMOHON JANJI TEMU PERMOHONAN TARIKH VERIFIKASI PATI RTK 2.0

Majikan perlu mengemukakakn Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0 dan senarai pekerja kepada e-mel [email protected]

MAJIKAN PERLU MEMBAWA DOKUMEN ORIGINAL DAN SALINAN SEPERTI BERIKUT SEMASA HADIR VERIFIKASI BERSAMA PEKERJA:

  1. Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0
  2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  3. Kad pengenalan majikan
  4. Sekiranya wakil, surat wakil beserta kad pengenalan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini 3 bulan bagi wakil
  5. E-mel dan nombor telefon
  6. Bagi sektor pembinaan perlu lampirkan dokumen Letter of Award (LoA) yang telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), slip bayaran levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan kontrak kerja yang telah dimatikan setem hasil.
  7. Bagi sektor pencucian perlu dilampirkan dokumen Letter of Award (LoA) dan telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  8. Hadir mengikut slot janji temu dan jumlah PATI yang dipohon janji temu. Sekiranya lebih perlu mohon janji temu lain.

LOKASI PUSAT SEHENTI (OSC)

Permohonan janji temu Pusat Sehenti (OSC) verifikasi di Pusat Sehenti (OSC) Aras 2, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya

PERTANYAAN BERKAITAN RTK 2.0

Sebarang pertanyaan sila lari Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan https://eapp.imi.gov.my

Untuk makluman lanjut, sila ikuti media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!