Rebat Pengangkutan Grab RM20 Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19

Kerajaan Negeri Selangor telah meluaskan manfaat rebat pengangkutan Grab untuk tujuan vaksin COVID19 di Selangor bernilai RM20 bagi setiap individu.

Rebat RM20 kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala) bagi tujuan pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai dengan membuat pesanan pengangkutan melalui aplikasi Grab ditawarkan mulai 20 Jun 2021 yang meliputi warga emas.

Namun kini, keseluruhan warga Selangor dapat menikmati rebat sebanyak RM20 per individu.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang rebat ini.

Inisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19

Inisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19 merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) melalui agensi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan pengangkutan (“GRAB”), bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasar mendapatkan pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih sekaligus memberi galakan kepada penerima vaksin untuk mematuhi jadual temujanji vaksin yang telah ditetapkan.

Selaras dengan pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021, seramai 50,000 orang penerima vaksin di negeri Selangor bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang merangkumi kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala).

Baca juga: GKP 3.0 PEMERKASA+: Semakan Status & Bayaran Tambahan RM500

Kelayakan

Rebat ini boleh ditebus oleh semua rakyat Selangor yang mempunyai akaun Grab sahaja.

Muat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda.

rebat vaksin grab

Tarikh Permohonan / Sahlaku

  • Permohonan dibuka : 20 Jun 2021
  • Permohonan ditutup: 29 September 2021
  • Tempoh sah penggunaan ganjaran : Bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021

Cara Permohonan Rebat Vaksin Grab

Sekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan melalui pautan laman web https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/

Sila isikan borang permohonan yang tertera seperti dalam rajah di bawah.

Isikan maklumat anda dengan lengkap dan anda akan menerima “Rewards” dalam akaun Grab anda.

Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.

rebat vaksin grab

Baca juga: MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)

Cara Penebusan

Terdapat 2 cara menebus ganjaran rebat vaksin ini iaitu seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Grab anda.
  2. Klik pada ikon “Points” anda.
  3. Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.
  4. Klik “Use Now” dan anda akan berada pada halaman tempahan Car.
  5. Masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.

ATAU

  1. Muat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda.
  2. Pilih “Car” dan masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda di “Where to?”.
  3. Seterusnya, tekan “Confirm Pick Up”.
  4. Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada “Offer” untuk ke ganjaran diskaun anda.
  5. Klik “Use Now” untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.

Setelah permohonan anda disahkan, anda akan mendapat ganjaran diskaun pada masa berikut:

Pastikan anda mendaftar di https://platselangor.com/ untuk penebusan rebat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan anda ke [email protected] atau rujuk Facebook Plat Selangor : https://www.facebook.com/officialplatselangor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!