Rayuan SKAS 2026 boleh dibuat pada tarikh yang dimaklumkan kelak melalui portal rasmi https://sarawak.gov.my/.
Untuk makluman, bayaran SKAS Fasa 1 akan disalurkan bermula 10 MAC 2026 (Selasa) melalui SPAY Global. Manakala fasa kedua dan fasa ketiga pula masing-masing akan disalurkan pada 15 Mei dan 10 November depan.
Bagi sesiapa yang tidak layak SKAS Fasa 1, anda boleh membuat rayuan SKAS apabila fasa rayuan dibuka kelak.
Rujuk info penuh mengenai SKAS termasuklah proses rayuan SKAS di bawah.
Ringkasan Rayuan SKAS 2026
Rayuan SKAS 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi https://sarawak.gov.my/ pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.
Setakat ini, tiada tarikh rasmi rayuan SKAS 2026 dibuka.
Individu yang layak tetapi tidak tersenarai disarankan untuk merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyemak dan mengemas kini data mereka untuk mengelakkan isu keciciran pada masa hadapan.
Apa itu SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Rahmah)?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan harian yang lain.
Antara kriteria kelayakan penerima iaitu hanya anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan “K” yang beralamat dan menetap di Sarawak serta tiga kategori penerima yang layak iaitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan dan tiada anak.
Pelaksanaan SKAS memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Sarawak, antaranya:
Mendorong pertumbuhan ekonomi: Dengan meningkatkan daya beli masyarakat, SKAS secara tidak langsung dapat mendorong pertumbuhan ekonomi di Sarawak.
Meningkatkan taraf hidup: Bantuan yang diberikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penerima.
Meringankan beban kewangan: SKAS dapat membantu meringankan beban kewangan bagi memenuhi keperluan asas.
Pada 16 April 2026, Kerajaan Sarawak mengumumkan peningkatan bantuan kewangan sebanyak RM136.2 juta sebagai langkah membantu rakyat negeri itu menghadapi kesan konflik di Timur Tengah.
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa bantuan khas ini disalurkan melalui kenaikan kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima terdiri daripada isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.
Isi rumah kini menerima RM1,100 berbanding RM950 sebelum ini, warga emas pula menerima RM600 berbanding RM500, manakala individu bujang menerima RM375 berbanding RM300.
Secara keseluruhan, peruntukan kewangan Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan SKAS pada tahun 2026 meningkat kepada RM680.0 juta berbanding jumlah asal RM543.8 juta pada tahun sebelumnya.
Sasaran Penerima SKAS
SKAS disasarkan kepada beberapa kategori penerima, termasuk:
Kategori 1: Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai dengan tanggungan (anak/ibu bapa);
Kadar bantuan SKAS yang diberikan berbeza-beza mengikut kategori penerima dan kelayakan. Bagi tahun 2026, bayaran SKAS meningkat mengikut kategori seperti berikut:
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM1,100 (sebelum ini RM950).
Fasa 1: RM316 (10 Mac)
Fasa 2: RM424 (15 Mei)
Fasa 3: RM360 (10 Nov)
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM600 (sebelum ini RM500).
Fasa 1: RM166 (10 Mac)
Fasa 2: RM234 (15 Mei)
Fasa 3: RM200 (10 Nov)
Individu Bujang (Pendapatan ≤ RM2,500)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM375 (sebelum ini RM300).
Tarikh Permohonan Rayuan SKAS 2026 dibuka BELUM DIUMUMKAN secara rasmi.
Jangkaan mengikut trend-trend tahun lepas, rayuan SKAS dibuka sekitar bulan Februari hingga Jun. Manakala keputusan rayuan SKAS pula keluar sekitar suku ke‑3 (Jun–Julai).
NOTA: Individu yang layak tetapi tidak tersenarai disarankan untuk merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyemak dan mengemas kini data mereka untuk mengelakkan isu keciciran pada masa hadapan.
Cara Permohonan / Rayuan SKAS 2026
Permohonan dan rayuan SKAS 2026 boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi Sarawak serta secara manual di pejabat/PPR, dengan syarat anda adalah warganegara Malaysia yang tinggal di Sarawak dan memenuhi kriteria pendapatan isi rumah.
Proses permohonan dan rayuan boleh dibuat secara online di pautan rasmi: [AKAN DIKEMASKINI]
Sesiapa yang nak buat permohonan baru atau rayuan SKAS dah bolehlah isikan maklumat anda. Yang penting setiap individu perlu daftar akaun Sarawak ID terlebih dahulu. Bagi yang belum ada, boleh rujuk langkah-langkah yang akan ditunjukkan di bawah.
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected].my
Tarikh Rayuan SKAS 2026 akan dimaklumkan kelak melalui portal rasmi. Biasanya, fasa rayuan akan dibuka sejurus selepas proses penyaluran Fasa 1 yang bermula pada 10 Mac 2026 selesai sepenuhnya.
Di manakah boleh membuat rayuan SKAS 2026?
Proses rayuan boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi kerajaan di https://sarawak.gov.my semasa fasa rayuan dibuka. Anda dinasihatkan untuk log masuk menggunakan SarawakID yang telah didaftarkan.
Siapa yang perlu membuat rayuan SKAS?
– Individu yang berstatus “Tidak Layak” dalam semakan Fasa 1. – Pemohon yang mengalami perubahan status (contoh: pendapatan berkurang atau perubahan kategori dari bujang ke isi rumah).
Berapakah kadar bantuan SKAS Terkini?
– Isi Rumah: RM1,100 – Warga Emas Tunggal: RM600 – Individu Bujang: RM375
Adakah saya perlu mengemas kini akaun S PAY GLOBAL untuk rayuan?
Ya. Pastikan akaun S PAY GLOBAL anda sudah disahkan (Premium User) agar dana dapat dikreditkan dengan segera sebaik sahaja rayuan anda diluluskan.
Mengapakah saya tidak layak menerima SKAS 2026?
Anda mungkin tidak layak menerima SKAS 2026 atas salah satu sebab berikut: a) Anda tidak tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa terkini; b) Pendapatan isi rumah anda melebihi kriteria kelayakan yang ditetapkan; c) Alamat dalam rekod STR menunjukkan anda menetap di luar Sarawak; atau d) Anda bukan rakyat Sarawak.
Bolehkah saya membuat permohonan sekiranya nama saya tidak terdapat dalam senarai penerima bantuan SKAS?
Pelaksanaan SKAS 2026 menggunakan sepenuhnya data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sekiranya anda bukan penerima STR tetapi memenuhi syarat dan kriteria SKAS, anda digalakkan untuk memohon STR terlebih dahulu.
Pasangan saya adalah penerima STR dan saya adalah rakyat Sarawak yang layak, tetapi nama saya tidak tersenarai sebagai penerima SKAS.
Syarat kelayakan penerima SKAS adalah rakyat Sarawak pemegang Kad Pengenalan berstatus K. Jika pasangan anda adalah penerima STR tetapi bukan rakyat Sarawak pemegang Kad Pengenalan berstatus K, maka dia tidak memenuhi kriteria kelayakan SKAS.
Rujuk juga soalan lazim (FAQ) Sumbangan Asas Keperluan Asas Sarawak SKAS 2026 di bawah: