Pendaftaran MUET 2026 (Sesi 2): Yuran, Tarikh, Jadual Ujian

muet sesi 2
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pendaftaran MUET 2026 Sesi 2 dibuka bermula 9 Mac 2026 sehingga 13 April 2026. Bagi calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET 2026, pastikan anda membuat pendaftaran MUET melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), www.mpm.edu.my/ atau terus ke https://muetj3.mpm.edu.my/.

Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dengan bayaran yuran sebanyak RM150 untuk warganegara dan RM350 untuk bukan warganegara.

Rujuk info penuh mengenai Pendaftaran Muet 2026 termasuklah yuran, jadual dan tarikh ujian di bawah.

Ringkasan Pendaftaran MUET 2026 (Sesi 2)

Pendaftaran MUET Sesi 2 Tahun 2026 dibuka pada 9 Mac 2026 sehingga 13 April 2026 secara dalam talian melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon sekolah, institusi dan persendirian perlu mendaftar serta membuat bayaran sebelum tarikh tutup. Slip MUET/D akan dimuat naik sebelum peperiksaan dan wajib dicetak.

Apa Itu MUET?

MUET atau Malaysian University English Test mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MUET adalah ujian kemahiran bahasa Inggeris yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda (bachelor’s degree) di semua Universiti Awam (UA) di Malaysia, dan juga beberapa Universiti Swasta.

Komponen Ujian MUET

Tujuan utama MUET adalah untuk menilai kemahiran bahasa Inggeris calon dalam empat aspek utama:

  • Mendengar (Listening)
  • Bercakap (Speaking)
  • Membaca (Reading)
  • Menulis (Writing)

Skala Band MUET

Keputusan MUET diberikan dalam bentuk Band (Pangkat), dari Band 1.0 (paling rendah) hingga Band 5.0 (paling tinggi). Setiap Band menunjukkan tahap kemahiran yang berbeza:

BandDeskripsi Kemahiran Umum
5.0Pengguna yang Sangat Baik
(Highly Proficient User)
4.0Pengguna yang Baik (Proficient User)
3.0Pengguna yang Memuaskan (Satisfactory User)
2.0Pengguna yang Terhad (Limited User)
1.0Pengguna yang Sangat Terhad
(Extremely Limited User)

Setiap program pengajian universiti biasanya menetapkan syarat minimum Band MUET yang perlu dicapai oleh calon.

BACA JUGA: e-SIJIL MUET – Muat Turun Slip Keputusan Online

Siapa Perlu Ambil MUET?

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja yang ingin menilai atau meningkatkan tahap bahasa Inggeris untuk tujuan akademik atau profesional juga boleh menduduki MUET.

Tarikh Pendaftaran MUET 2026 (Sesi 2)

Untuk makluman, Pendaftaran MUET 2026 untuk sesi 1 dibuka bermula 9 MAC 2026 sehingga 13 APRIL 2026.

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM150.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara)

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM dan mencetaknya sebagai slip untuk menduduki ujian.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).

Pendaftaran MUET 2026 (Sesi 2): Yuran, Tarikh, Jadual Ujian

Cara Daftar MUET 2026

Pendaftaran MUET dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Rujuk panduan pendaftaran MUET 2026 di bawah:

Calon Sekolah/Institusi

  • Pendaftaran dibuat secara dalam talian oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) melalui portal MPM di pautan berikut https://muet.mpm.edu.my/dan bayaran yuran pendaftaran sekitar RM70.​
  • Sekolah/institusi perlu memaklumkan maklumat pendaftaran kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) JPN, dan JPN akan tetapkan pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.​
  • Pihak sekolah/institusi hendaklah mendapatkan nama pengguna dan kata laluan daripada SPP/JPN untuk akses sistem, serta merujuk manual pendaftaran di pautan portal MPM yang dinyatakan.​
  • Pengetua/Ketua Jabatan perlu mengarahkan SUP untuk menyemak maklumat calon, mengisi data pendaftaran, dan mengurus kemasukan calon berkeperluan khas mengikut garis panduan khas.
  • Sekolah/institusi juga perlu menyemak penyata pendaftaran, mengesahkan maklumat, menyelesaikan bayaran, menyimpan rekod MUET/PP, dan memaklumkan SPP, JPN atau MPM segera jika terdapat kesilapan maklumat calon.​

Calon Persendirian Individu

  • Calon boleh membuat pendaftaran MUET melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), www.mpm.edu.my/ atau terus ke https://muetj3.mpm.edu.my/.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan.
  • Buat bayaran mengikut kaedah yang tertera.

Rujuk manual pengguna selengkapnya di pautan berikut:

Bagi calon Pusat Asasi UiTM Selangor Kampus Dengkil dan calon Matriulasi KPM dikehendaki mendaftar melalui Penyelaras MUET masing-masing.

Jadual & Tarikh MUET 2026

Peperiksaan MUET akan dijalankan tiga (3) kali setahun dan pada tahun 2026, peperiksaan MUET akan berlangsung pada bulan April, Jun dan Oktober.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2026 Bagi Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM bagi komponen Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.

Pendaftaran MUET 2026
Kalendar MUET 2026

Tarikh Ujian MUET 2026 (SESI 1)
  • UJIAN LISAN (SPEAKING) : 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026
  • UJIAN BERTULIS (READING, WRITING dan LISTENING): 25 April 2026
JADUAL WAKTU UJIAN MUET SESI 1 2026

Berikut ialah jadual waktu MUET untuk Ujian Lisan dan Ujian Bertulis, sesi 1 untuk tahun 2026:

Pendaftaran MUET 2026
Jadual Waktu Ujian MUET 2026 (Sesi 1)
Tarikh Ujian MUET 2026 (SESI 2)
  • UJIAN LISAN (SPEAKING) : 15, 16, 18, 23, 24 dan 27 Jun 2026
  • UJIAN BERTULIS (READING, WRITING dan LISTENING): 27 Jun 2026
JADUAL WAKTU UJIAN MUET SESI 2 2026

Berikut ialah jadual waktu MUET untuk Ujian Lisan dan Ujian Bertulis, sesi 2 untuk tahun 2026:

Jadual Waktu Ujian MUET 2026 (Sesi 2)
Jadual Waktu Ujian MUET 2026 (Sesi 2)

Muat Turun Jadual Waktu Ujian MUET 2026 di bawah:

BILNAMA BORANG/DOKUMEN 
1Jadual Waktu Ujian MUET 2026 Muat Turun
2Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2026Muat Turun
3Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 2 2026Muat Turun
4Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 3 2026Muat Turun

Kadar Bayaran MUET

Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara: RM150
  • Bukan Warganegara : RM350
Pendaftaran MUET 2026
Bayaran MUET

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu:

Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my.

PIN MEC TIDAK PERLU dibeli dan digunakan oleh CALON PERSENDIRIAN individu untuk tujuan pendaftaran.

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi:

i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.

ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.

a.Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
b.Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.
Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).
c.Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET bagi sesi yang berikutnya.
dBayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.  

Semakan Keputusan MUET

Pendaftaran MUET 2026
Semakan Keputusan MUET

Untuk makluman, tarikh keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi kesemua sesi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

@ecentral.my

2 cara tengok result MUET secara online dan melalui SMS. Bagi yang ambil peperiksaan MUET Sesi 1 2024, good luck! #muet2024 #resultmuet2024 #resultmuet #muetexam #keputusanmuet #muet

♬ Hip Hop Background(859131) – Pavel

Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE

KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS

  • Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
  • Contoh: MUET RESULT 09050310xxx
semakan keputusan muet
Semakan Keputusan MUET melalui SMS

Tarikh-tarikh Penting MUET 2026 (Sesi 1)

TarikhPerkara
15 Disember 2025Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 secara dalam talian dibuka.
25 Januari 2026Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 secara dalam talian ditutup.
2 Februari 2026Penerimaan Borang Maklumat Calon Istimewa dari segi Penglihatan (Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan (Sengau), Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak) [MUET/C6 (Pindaan 2024)] dan Calon Cacat Penglihatan [MUET/C5 (Pindaan 2024)] dari SUP/PPD/JPN (selewat-lewatnya seminggu selepas pendaftaran ditutup).
9 Februari 2026Maklumat Calon Istimewa dari Segi Penglihatan (Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan (Sengau), Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak) [MUET/C6 (Pindaan 2024)] dan Calon Cacat Penglihatan (Buta) [MUET/C5 (Pindaan 2024)]diterima dari BTM (jika ada).
13 Februari 2026Slip Daftar (MUET/D) dimuat naik ke portal Majlis Peperiksaan Malaysia, http://www.mpm.edu.my untuk disemak dan dicetak oleh SUP/Penyelaras Sekolah/Institusi (enam minggu sebelum tarikh ujian).
13 Februari 2026Tarikh buka permohonan perpindahan/pertukaran pusat ujian MUET (dalam tempoh enam hari dari hari pertama slip MUET/D dimuat naik).
21 Februari 2026Tarikh tutup permohonan untuk perpindahan/pertukaran pusat ujian MUET.
19 Mei 2026Penghantaran bahan SKAT, Rumusan Kemasukan Calon (RKC), slip meja, dan BJAP Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 oleh MPM ke Jabatan Pelajaran Negeri (sebulan sebelum ujian bertulis).

Pendaftaran MUET 2026
Tarikh Penting Pendaftaran MUET 2026

Tarikh-tarikh Penting MUET 2026 (Sesi 2)

Sekolah/Institusi (Calon jenis 1, 2, 4, 5, 6, dan 7)Persendirian Individu (Calon jenis 3)Perkara
9 Mac 20269 Mac 2026Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 secara dalam talian dibuka.
13 April 202613 April 2026Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026 secara dalam talian ditutup.
19 April 202619 April 2026Penerimaan Borang CBK/CBPK dari segi Penglihatan (Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan (Sengau), Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak) [MUET/C6 (Pindaan 2024)] dan Calon Cacat Penglihatan [MUET/C5 (Pindaan 2024)] dari SUP/PPPD/JPN (selewat-lewatnya seminggu selepas pendaftaran ditutup).
4 Mei 20264 Mei 2026Slip daftar (MUET/D) dimuat naik ke portal Majlis Peperiksaan Malaysia, http://www.mpm.edu.my untuk disemak dan dicetak oleh SUP/Penyelaras Sekolah/Institusi (enam minggu sebelum tarikh ujian).
4 Mei 20264 Mei 2026Tarikh buka permohonan perpindahan/pertukaran pusat ujian MUET (dalam tempoh enam hari dari hari pertama slip MUET/D dimuat naik).

MUET on Demand

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

BACA JUGA: PTPTN – Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

Anda juga boleh klik pautan pantas di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian MUET :

Sila hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Soalan Lazim Pendaftaran MUET 2026

Bilakah tempoh pendaftaran MUET 2026 sesi 2 dibuka dan ditutup?

Pendaftaran MUET Sesi 2 Tahun 2026 dibuka bermula 9 Mac 2026 sehingga 13 April 2026 untuk calon sekolah/institusi dan persendirian individu.

Siapa yang perlu ambil MUET?

Calon yang mahu memohon masuk ke institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk program ijazah pertama.

Berapa kali MUET diadakan setahun?

Mulai 2012, MUET dijalankan tiga kali setahun

Bagaimana cara untuk menyemak dan mencetak Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi 2?

Slip Daftar (MUET/D) akan dimuat naik ke portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di laman web http://www.mpm.edu.my.

Apa syarat kelayakan menduduki MUET?

Tiada syarat khusus, sesiapa sahaja yang berdaftar secara sah boleh menduduki ujian.

Berapa kertas dalam MUET?

Terdapat empat kertas: Listening, Speaking, Reading dan Writing.

Berapa yuran MUET?

Warganegara: RM150
Bukan Warganegara : RM350

Di mana boleh mendaftar MUET 2026?

Pendaftaran MUET 2026 boleh dilakukan melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), www.mpm.edu.my/ atau terus ke https://muetj3.mpm.edu.my/.

Bolehkah saya menukar pusat ujian MUET?

Ya, permohonan pertukaran pusat ujian boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan selepas slip MUET/D dimuat naik. Permohonan lewat biasanya tidak akan dilayan.

Apa yang perlu dibawa pada hari peperiksaan MUET?

Calon wajib membawa:
– Slip Daftar MUET (MUET/D)
– Kad Pengenalan asal
– Alat tulis yang dibenarkan

Bagaimana jika saya terlepas tarikh pendaftaran?

Jika terlepas tarikh pendaftaran, calon perlu menunggu sesi seterusnya kerana pendaftaran lewat biasanya tidak dibenarkan.

Di mana boleh dapatkan maklumat rasmi dan terkini MUET 2026?

Semua maklumat rasmi, jadual peperiksaan, dan pengumuman terkini hanya boleh diperoleh melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut