Raub ByPass: Lokasi & Peta Jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU

Bagi pengguna yang ingin pulang ke Kelantan dari Kuala Lumpur, anda mungkin boleh merasa lega apabila Raub ByPass telah dibuka secara rasminya untuk penggunaan orang ramai bermula 8 Mac 2024.

Raub ByPass merupakan sebahagian daripada Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan merupakan Seksyen 5A bagi projek LTU.

Perasmian pembukaan sebahagian Seksyen 5A: Raub ByPass sepanjang 6.4kilometer(km) ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama – sama YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di mana para pengguna jalan raya boleh menggunakannya bermula jam 12.01 pagi, hari Jumaat 8 Mac 2024.

Jajaran LTU di Negeri Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen. 9 seksyen sepanjang 106.85 km telah siap mengikut masa dan 7 lagi seksyen sepanjang 62.25 km sedang dalam pembinaan.

raub bypass

Lokasi / Peta

Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub.

Secara keseluruhan, panjang Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6 km dan dengan pembukaan laluan sepanjang 6.4 km pada tengah malam ini serta 600 meter yang dibuka pada 25 Jun lalu, menjadikan jumlah jajaran yang sudah dibuka adalah sepanjang 7 km manakala bakinya 2.6km lagi dijadualkan siap pada Jun ini.

Kelebihan Raub ByPass

Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.

Laluan ini juga dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya kerana simpang jalan yang bakal dibuka dilengkapi dengan lampu isyarat.

Laluan ini turut diharapkan dapat menjimatkan keseluruhan kos perjalanan selain mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan sedia ada terutamanya pada waktu puncak, ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

Raub ByPass
Raub ByPass

Artikel berkaitan: Senarai Lebuh Raya Malaysia & Talian Hotline Kecemasan

Projek LTU

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) merupakan sebuah projek KKR membina jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala (4-lane dual carriageway) sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

Projek ini secara keseluruhannya menelan belanja kos RM7.7 bilion dan Raub ByPass merupakan Seksyen 5A bagi projek ini.

LTU dilaksanakan secara berperingkat membabitkan lima pakej mengikut keutamaan pembinaan berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Sumber: Kementerian Kerja Raya

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!