Rakan Muda Anjur Program Realiti “Jaguh Rakan Muda 2025”

rakan muda
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rakan Muda merupakan sebuah program kesukarelawanan remaja di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (kbs.gov.my/rakanmuda).

Ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada belia Malaysia menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan khidmat masyarakat.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rakan Muda Malaysia.

Apa itu Rakan Muda Malaysia?

Program Rakan Muda Malaysia adalah sebuah inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan bagi belia berumur 13 hingga 30 tahun.

Program ini memberi peluang kepada belia menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan, dan pembangunan diri.

Melalui Rakan Muda, ahli didedahkan dengan pengalaman sukarelawan dan diterapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik, kesukarelawanan, dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Matlamat utamanya adalah membina generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab, dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Program ini telah melalui beberapa fasa evolusi sejak diperkenalkan pada tahun 1994, dengan penekanan terbaru pada 10 gaya hidup yang menyerlahkan minat, ekspresi, dan kecenderungan positif anak muda secara fun, vibrant, dan meaningful.

KBS juga menggariskan tiga fokus utama Rakan Muda sejak 2023:

  • Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup bernafas baru.
  • Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif.
  • Sinergi dengan pelbagai rakan strategik.

Manfaat menyertai program termasuk membina kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, memupuk nilai disiplin dan integriti, serta peluang mewakili Malaysia dalam program kesukarelawanan antarabangsa. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi KBS.

BACA JUGA: Mudah Lupa & Hilang Fokus? Ini 13 Cara Atasi Simptom ‘Brain Fog’

Fasa Transformasi Rakan Muda Malaysia

Program Rakan Muda telah mengalami evolusi yang besar sejak diperkenalkan pada tahun 1994. Bermula sebagai program kesukarelawanan remaja biasa, ia telah melalui fasa transformasi demi memenuhi keperluan semasa dan cabaran baharu yang dihadapi generasi muda Malaysia.

FASA 1 (1994 -2006)

Fokus kepada pembangunan sahsiah individu melalui platform 9 gaya hidup bagi mengurangkan isu lepak terutamnya dalam kalangan remaja

FASA 2 (2007 -2014)

Fokus kepada pembanguan potensi remaja berasaskan penglibatan aktif dalam 8 gaya hidup menerusi elemen prihatin, mahir dan dinamik

FASA 3 (2015- 2022)
Showcase of talent.Fokus untuk mendekati minat anak muda dengan memberi penumpuan kepada penyerlahan kreativiti dan pengembangan bakat

FASA 4 (2023 -KINI)

Fokus kepada pembangunan anak muda menerusi penterjemahan ekspersi, minat dan kecenderungan positif berlandaskan 10 gaya hidup yang Fun, Vibrant & Meaningful

Logo Rakan Muda Malaysia

Logo rasmi Rakan Muda Malaysia memaparkan bentuk segitiga yang melambangkan kestabilan, kekuatan dan aspirasi generasi muda untuk terus maju.

Dalam logo tersebut juga terdapat lima bintang yang melambangkan kebersamaan, kerjasama, dan nilai-nilai keprihatinan terhadap masyarakat.

Logo Rakan Muda Malaysia
Logo Rakan Muda Malaysia

Tatacara penggunaan logo boleh di muat turun di bawah:

Lirik Lagu Rakan Muda

Masanya telah tiba
Bertekad bersemangat
Capai cita murnimu
Rakan Muda

Pewaris era jaya
Harapan bangsa
Berusaha dan berjaya
Rakan Muda

Dimana jua hargai diri
Serlahkanlah kecemerlanganmu, Rakan Muda

Impian akan terlaksana
Bersemangat waja terus berusaha
Keazaman terus membara
Yakin boleh, Rakan Muda

Ey, Rakan Muda, sampai masa dunia kita punya
Rakan Muda, kita genggam harapan dan cita
Dari celik mata terus bangun
Aku terus melangkah
Lari atau terbang
Masa depanku punya
Yakin boleh, ku mampu apa saja
Yakin boleh, demi cinta negara
Yakin boleh, semangat berjaya
Ini demi impian kita, Rakan Muda

Masanya telah tiba
Bertekad bersemangat
Capai cita murnimu
Rakan Muda, Rakan Muda

Bersemangat waja terus berusaha
Keazaman terus membara
Yakin boleh, yakin boleh
Rakan Muda, Rakan Muda

Fokus Utama & 10 Gaya Hidup Rakan Muda

Fokus utama program Rakan Muda Malaysia 2025 adalah:

  • Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup yang diberi nafas baru.
  • Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif yang berlandaskan elemen fun, vibrant & meaningful.
  • Memperkukuh identiti dan perpaduan belia negara serta memperkasakan jati diri, kredibiliti, daya saing dan kepimpinan belia.
  • Menyediakan platform pengisian masa berkualiti, kesukarelawanan, dan kemasyarakatan kepada belia berumur 13 hingga 30 tahun.

Manakala 10 gaya hidup yang diperkenalkan KBS dan boleh dipilih oleh setiap ahli merangkumi aspek seperti berikut :

10 Gaya Hidup Rakan Muda
10 Gaya Hidup Rakan Muda

1. Rakan Aktif

Rakan Aktif menekankan kepada penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukan, rekreasi dan fizikal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas. Antara aktivitinya termasuk sukan permainan, pendakian gunung dan ekspedisi lasak.

2. Rakan Bumi

Rakan Bumi memberi penekanan kepada kepekaan dan kepedulian terhadap alam sekitar. Aktiviti seperti kempen kitar semula, penanaman pokok bakau dan penerangan mengenai pemanasan global dilaksanakan.

3. Rakan Demokrasi 

Gaya hidup ini mendedahkan ahlinya dengan proses demokrasi, pilihanraya dan sistem kerajaan di Malaysia. Lawatan ke parlimen, demonstrasi mengundi dan perbahasan berkaitan isu semasa diterapkan.

4. Rakan Digital

Rakan Digital membantu peserta menguasai dunia digital dengan memberikan latihan dan kemahiran berkaitan penggunaan teknologi, aplikasi dan media sosial secara positif dan berhemah. 

5. Rakan Ekspresi

Rakan Ekspresi menggalakkan ahlinya menzahirkan bakat seni dan kreativiti seperti seni khat, pencatan, puisi dan penulisan kreatif untuk pembangunan diri dan menyemai identiti kebudayaan.

6. Rakan Litar

Rakan Litar mempromosi gaya hidup melibatkan aktiviti litar lasak, berkayak, bermotosikal dan sebagainya untuk membina semangat kesukanan dan kehidupan luar bandar.

7. Rakan Mahir

Ini merupakan komponen kemahiran teknikal dan vokasional seperti pertukangan, elektrik, jahitan dan masakan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan merebut peluang pekerjaan.

8. Rakan Muzik

Rakan Muzik menjana minat ahlinya dalam seni muzik melalui aktiviti seperti persembahan muzik, bengkel nyanyi dan komponen teori dan praktikal muzik untuk mengasah bakat mereka.

9. Rakan Niaga

Rakan Niaga memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang dunia keusahawanan dan perniagaan untuk memupuk minda keusahawanan seperti penjenamaan, pemasaran dan merebut peluang perniagaan.  

10. Rakan Prihatin

Gaya hidup Rakan Prihatin memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang isu-isu sosial dan kemasyarakatan agar mereka mempunyai sifat prihatin, dermawan dan bertanggungjawab kepada komuniti sekitar.

Kesemua 10 gaya hidup ini membentuk komponen penting untuk melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, berdaya saing dan menyumbang kepada kemajuan negara. Generasi muda diharapkan mengamalkan gaya hidup ini sejak dari peringkat awal lagi.

Manfaat Menyertai Program Rakan Muda

Menyertai program Rakan Muda memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada para peserta antaranya:

  1. Membangunkan jati diri belia melalui pengalaman sukarelawan dan aktiviti kemasyarakatan yang positif.
  2. Memperkasa potensi dan identiti diri serta memupuk nilai-nilai murni seperti keprihatinan, semangat patriotik, dan tanggungjawab sosial.
  3. Meningkatkan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan komunikasi yang penting untuk pembangunan diri secara menyeluruh.
  4. Menyediakan platform pengisian masa berkualiti untuk belia berumur 13 hingga 30 tahun yang boleh menjauhkan mereka dari gejala sosial tidak sihat.
  5. Memberi pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran seperti sukan, seni, keusahawanan, teknologi dan pendidikan yang relevan dengan trend semasa.
  6. Peluang mengikuti kursus, bengkel dan kem latihan yang boleh menambah kemahiran hidup dan meningkatkan kualiti diri.
  7. Peluang terlibat dalam misi kemanusiaan dan sukarelawan di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk memupuk sikap empati dan ihsan.
  8. Memupuk perpaduan dan integrasi sosial antara belia dari pelbagai latar belakang melalui aktiviti berkumpulan.
  9. Membantu membina keyakinan diri dan harga diri melalui pencapaian dan penglibatan aktif dalam aktiviti Rakan Muda.
  10. Membuka peluang jaringan sosial dan kerjaya, termasuk peluang mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari pihak kerajaan dan agensi belia.

Program-program yang dianjurkan oleh Rakan Muda juga sejajar dengan aspirasi Kerajaan Malaysia dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing, berwawasan, dan berjiwa prihatin untuk memajukan negara.

Cara Daftar Ahli

Untuk mendaftar menjadi ahli dan akaun pengguna Rakan Muda, anda boleh rujuk cara-cara berikut:

  1. Layari portal Dashboad Belia di pautan berikut: https://dbbelia.gov.my/portal/site/login
  2. Klik “Belum ada akaun? Daftar Sekarang”
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan persetujuan dan pengesahan maklumat.
  4. Klik “Daftar”
Rakan Muda
Klik “Belum ada akaun? Daftar Sekarang” untuk mendaftar

Rakan Muda
Isi maklumat dan klik “Daftar”

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan beserta maklumat pelantikan dan aktiviti akan datang.

    Cara Menjadi Rakan Pelaksana Rakan Muda

    Bagaimana ingin menjadi Rakan Pelaksana bagi melaksanakan program Rakan Muda? Anda atau organisasi anda berminat untuk bekerjasama bersama kami untuk melaksanakan program Rakan Muda?

    Sila rujuk langkah-langkah berikut:

    1. Hantar cadangan secara rasmi melalui surat atau emel beserta kertas kerja/cadangan program. Emel rasmi: [email protected]
    2. Penentuan hala tuju kerjasama sebagai Rakan Pelaksana.
    3. Lantikan sebagai Rakan Pelaksana.
    4. Menghantar laporan pelaksanaan program kepada Sekretariat Induk.

    Apa itu Rakan Pelaksana?

    Agensi awam, badan bukan kerajaan yang berdaftar dan agensi swasta bekerjasama dalam melaksanakan program Rakan Muda di bawah 10 Gaya Hidup.

      Cara Menjadi Rakan Pelaksana Rakan Muda
      Cara Menjadi Rakan Pelaksana Rakan Muda

      Senarai Program Rakan Muda 2025

      Berikut adalah senarai beberapa program utama Rakan Muda Malaysia yang dijalankan pada tahun 2025:

      Rakan Mahir: Future Y-Skills (Healthy Meals)

      • Kursus jangka pendek berkonsep Do It Yourself (DIY) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri
      • Tarikh: 20 – 24 Ogos 2025
      • Terbuka kepada belia 15 – 30 tahun
      • Percuma

      Kelas Suntingan Video 2025

      • Kelas suntingan video khas untuk pekerja gig seperti delivery rider dan e-hailing
      • Tarikh: 26 Ogos 2025
      • Percuma

      Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Tahun 2025

      • Program kesukarelawanan di Pantai Rhu, Tanjung Dawai
      • Tarikh: 21 Ogos 2025
      • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
      • Percuma

      Webinar “Microsleep dalam Kalangan Belia”

      • Penceramah pakar dan panel bagi kesedaran kesihatan bagi pekerja gig
      • Tarikh: 27 Ogos 2025
      • Percuma

      Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri 2025

      • Latihan dan pembelajaran kepimpinan organisasi untuk belia
      • Tarikh: 21 – 23 Ogos 2025
      • Terbuka kepada belia berumur 15 – 30 tahun
      • Percuma

      Kem Belia 2025 – Betong

      • Kem intervensi sosial bagi membina kesedaran belia tentang bahaya gejala sosial dan aktiviti tidak sihat
      • Tarikh: 22 – 24 Ogos 2025
      • Terbuka kepada belia 13 – 16 tahun yang dicalonkan
      • Percuma

      Program-program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasakan belia melalui aktiviti kemahiran, kesukarelawanan, kepimpinan, dan pembangunan diri.

      Untuk senarai lengkap dan terkini program Rakan Muda, anda boleh melawat laman rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di pautan berikut: https://dbbelia.gov.my/index.php/senarai-program

      Senarai Program Rakan Muda
      Senarai Program Rakan Muda

      Jaguh Rakan Muda 2025

      Jaguh Rakan Muda 2025 adalah sebuah rancangan realiti fizikal dan mental terbaru yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro.

      Program ini membuka peluang kepada belia Malaysia berumur antara 13 hingga 30 tahun untuk menyertai cabaran fizikal dan mental yang akan diuji melalui beberapa stesen cabaran.

      Jaguh Rakan Muda 2025
      Jaguh Rakan Muda 2025

      Audisi untuk penyertaan telah diadakan dan peserta yang terpilih akan bertanding dalam episod utama rancangan ini yang terdiri daripada 6 episod, dengan hadiah utama berjumlah RM100,000 menanti jaguh sebenar!

      Terma & Syarat Jaguh Rakan Muda

      Berikut adalah terma dan syarat untuk menyertai Jaguh Rakan Muda 2025:

      • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
      • Umur peserta mestilah antara 13 hingga 30 tahun pada masa pendaftaran.
      • Peserta mestilah mempunyai minat dalam sukan serta cabaran fizikal dan mental.
      • Peserta akan melalui beberapa stesen cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan minda.
      • Peserta yang berjaya akan dipilih untuk menyertai penggambaran episod utama rancangan dan bertanding merebut hadiah.

      Penyertaan adalah secara walk-in pendaftaran di lokasi audisi atau melalui penghantaran senarai nama untuk urusan lanjut.

      Jaguh Rakan Muda 2025
      Terma & Syarat

      Lokasi Audisi Jaguh Rakan Muda

      Audisi Jaguh Rakan Muda 2025 telah bermula sejak 9 Ogos sehingga 24 Ogos 2025. Audisi ini diadakan di beberapa lokasi utama iaitu:

      • 1st Avenue Mall, George Town, Pulau Pinang
      • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
      • Town Park, MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur
      • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
      • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
      Jaguh Rakan Muda 2025
      Lokasi Audisi

      MUAT TURUN TERMA & SYARAT (PDF) DI BAWAH:

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rakan Muda, anda juga boleh layari website Kementerian Belia & Sukan (KBS) di pautan berikut: https://www.kbs.gov.my/rakanmuda

      Rujuk soalan-soalan lazim di bawah:

      rakan muda
      Soalan Lazim
      rakan muda
      Soalan Lazim

      Soalan Lazim

      1. Apa itu Program Rakan Muda?

      Program Rakan Muda adalah inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertujuan melibatkan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan, dan pembangunan diri bagi golongan berumur 13 hingga 30 tahun.

      2. Siapa yang boleh sertai?

      Terbuka kepada belia Malaysia berumur antara 13 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang.

      3. Bagaimana cara mendaftar ahli?

      Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi Kementerian Belia dan Sukan di kbs.gov.my/rakanmuda dengan mengisi borang pendaftaran dan menghantar maklumat lengkap.

      4. Apakah 10 gaya hidup Rakan Muda?

      Sukan dan Rekreasi
      Pendidikan dan Kerjaya
      Kebudayaan, Seni dan Kreativiti
      Keusahawanan dan Inovasi
      Kesukarelawanan dan Khidmat Masyarakat
      Keagamaan dan Kerohanian
      Alam Sekitar dan Kelestarian
      Media dan Teknologi
      Perpaduan dan Integrasi Sosial
      Kesihatan dan Kesejahteraan

      5. Apa itu Jaguh Rakan Muda?

      Jaguh Rakan Muda ialah sebuah inisiatif realiti cabaran fizikal terbaharu anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Program ini bertujuan menguji kekuatan fizikal, mental, dan semangat juang anak muda Malaysia melalui beberapa stesen cabaran yang menuntut daya ketahanan dan kecergasan. 

      6. Siapa yang boleh sertai Jaguh Rakan Muda?

      Jaguh Rakan Muda merupakan platform untuk belia berumur antara 13 hingga 30 tahun menunjukkan bakat dan keazaman mereka dalam satu pertandingan realiti yang mencabar dan memberi ganjaran hadiah wang tunai utama yang besar.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut