Pulau Besar & Taman Laut Melaka – Senarai Aktiviti Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pulau Besar yang terletak di Melaka dahulu lebih sinonim sebagai lokasi mistik dan sarat dengan aktiviti berunsur khurarat.

Mana tidaknya, pulau ini sebelumnya pernah memiliki pelbagai gelaran termasuk ‘Pulau Syirik’ dan ‘Pulau Keramat’ oleh sesetengah orang.

Sumber : Astro Awani

Pulau Besar juga terkenal sebagai lokasi salah seorang wali iaitu Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail dan seorang agamawan iaitu Syarifah Rodziah.

Walau bagaimanapun, kini kawasan ini telah ditambah baik dan dilengkapi dengan kemudahan seperti aktiviti wall climbing, menaiki bot, kayak, snorkeling dan macam-macam lagi sebagai tarikan untuk pelancong dan dijenamakan sebagai Taman Laut Melaka.

Jom kami kongsikan selanjutnya!

Pengenalan

Sejak beberapa tahun ini, Pulau Besar menjadi kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tiga buah pulau berdekatan Pulau Besar iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka juga telah diisytiharkan sebagai Taman Laut Malaysia.

Kerajaan negeri melalui MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membanteras aktiviti khurafat dan syirik di pulau ini bagi memastikan pulau ini dijaga dengan baik dan tidak disalah guna sesetengah pihak.

Di sekeliling kawasan makan, terdapat papan kenyataan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara khurafat di sekitar perkuburan.

Selaras dengan tindakan tersebut, Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) juga telah memberi nafas baharu kepada pulau ini dan telah dijenamakan sebagai salah satu pusat peranginan di bumi bersejarah itu.  

pulau besar melaka
Sumber : Facebook Melaka Hari Ini
pulau besar melaka
Sumber : Facebook Allex Seah

Aktiviti Menarik di Taman Laut Melaka

Seperti kebanyakan pantai lain, Pulau Besar sering meriah dengan kunjungan orang ramai untuk bersantai dan berkhemah.

Selain bermandi-manda di pantai, terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan di pulau ini antaranya menaiki kayak, snorkelling dan bersiar-siar menaiki bot.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti lasak ditawarkan kepada orang ramai di pantai Siring antaranya rock climbing, flying fox dan abseiling.

pulau besar melaka
Sumber : Redtma Rsc

Jika ingin berehat dan isi perut, anda juga boleh singgah ke pelbagai kedai makan yang berada di sekitar pantai.

Anda boleh ikuti facebook Taman Laut Melaka atau RedTma RSC untuk mengetahui aktiviti terkini yang ditawarkan di kawasan ini.

Berikut juga antara perkongsian aktiviti menarik di Taman Laut Melaka :

@fuadmarsum

TAMAN LAUT MELAKA TERDIRI DARIPADA 3 BUAH PULAU IAITU : PULAU UNDAN, PULAU DODOL, PULAU NANGKA & PULAU BESAR #melaka #pantaiviral

♬ original sound – Mohd Fuad – Mohd Fuad
@melakatv

Haa, ni YB Akmal Saleh nak bagitau macam-macam ada di Taman Laut Melaka tau.. Tahu tak korang ‘coral’ di perairan Melaka adalah antara yang tercantik dalam dunia. Jadi, apa tunggu lagi, jomlah datang Melaka..Boleh snorkeling, scuba diving dan island hopping dengan keluarga.. Mana lagi..? Melaka lerr… 🎥 Putra Danial | Melaka Hari Ini #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdong #fypgakni #melakahawau #melakapeople #tmm2024

♬ original sound – Melaka TV – MELAKA HARI INI

Lokasi & Cara ke Pulau Besar / Taman Laut Melaka

Pulau ini terletak kira-kira 27 km dari bandar Melaka dan berdekatan dengan Serkam serta Umbai.

Terdapat beberapa pulau kecil yang terletak berdekatan Pulau Besar, Melaka antaranya Pulau Lalang, Pulau Dodol, Pulau Nangka, Pulau Undan dan Pulau Serimbun.

Untuk ke pulau ini, orang ramai perlu menaiki bot dari Pantai Siring yang mengambil masa kira-kira 10 minit. Jangan risau, terdapat banyak servis bot yang sedia untuk menghantar pengunjung ke Pulau Besar.

Sesetengah pengusaha bot turut menawarkan beberapa jenis pakej untuk kemudahan pengunjung antaranya pakej bot dua hala, pakej island hopping dan pakej berkumpulan.

Untuk meneroka pulau ini, kami mencadangkan supaya anda datang pada awal pagi dan pulang pada waktu petang.

Pengunjung juga boleh bermalam di resort yang baru dibuka pada Januari 2024 iaitu Putera Island Resort.

Jika anda berkesempatan untuk ke Melaka dan ingin mencari kedamaian pantai, jangan lupa untuk singgah ke Pulau Besar, Melaka.

Ia pasti bakal memberikan kenangan unik yang tidak dapat dilupakan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini sila ikuti saluran berikut:

Sumber : Melaka Hari Ini (1), (2), Tourism Melaka, Astro Awani

Baca Juga : Floating Market Melaka : Tarikan, Lokasi, Waktu Operasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut