Permohonan Projek Pertanian 2023 Negeri Kelantan

Permohonan Projek Pertanian bagi Usahawan dan Usahawan Tani telah dibuka untuk tahun 2023 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan yang lengkap dan berjaya sahaja akan dihubungi oleh Pejabat Pertanian Jajahan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan tersebut.

Apakah Permohonan Projek Pertanian 2023?

Permohonan Projek Pertanian 2023 melibatkan senarai projek seperti berikut:

  1. Pembangunan Tanah Terbiar
  2. Pembangunan Industri Padi
  3. Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
  4. Pembangunan Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
  5. Pembangunan Usahawan Tani
  6. Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Panjang
  7. Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Pendek
  8. Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
  9. Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
  10. Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
  11. Projek Pembangunan Industri Cendawan
  12. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
  13. Program Pembangunan Pertanian Komuniti
  14. Program Pembangunan Tanaman Herba

Baca juga: SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri

Syarat Permohonan

  1. Berumur melebihi 18 tahun
  2. Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar)
  3. Mempunyai geran / surat perjanjian / surat kebenaran mengusahakan tanah
  4. Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan
  5. Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman
  6. Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukin jawasan projek
  7. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke pejabat pertanian jajahan beserta salinan kad pengenalan, salinan geran tanah / surat kebenaran

Tarikh Akhir Permohonan Projek Pertanian 2023

15 September 2022

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui saluran berikut:

  • Telefon : 09-744 2400
  • Laman web : https://jpkn.kelantan.gov.my
  • Pejabat Pertanian Jajahan
    • Bachok : 09 – 7788 267
    • Jeli : 09 – 944 0337
    • Gua Musang : 09- 912 1230
    • Kota Bharu : 09 – 746 2932
    • Kuala Krai : 09 – 966 6192
    • Pasir Mas : 09 – 790 9137
    • Machang : 09 – 975 1381
    • Pasir Puteh : 09 – 786 6097
    • Tanah Merah : 09 – 955 6337
    • Tumpat : 09 – 725 7343
    • Lojing : 09 – 922 1963

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke Program Sijil Pertanian Malaysia 2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!