PTRS – Program Tuisyen Rakyat Selangor 2026

Tuisyen Selangor
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tuisyen Selangor 2026 merupakan inisiatif pendidikan percuma Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik melalui kelas tuisyen dan pembelajaran digital. Daftar masuk sekarang di Portal Rasmi ePTRS untuk akses pembelajaran dan tuisyen percuma.

Artikel ini akan menerangkan cara daftar dan log masuk Program Tuisyen Rakyat Selangor 2026 dengan mudah untuk rujukan ibu bapa dan pelajar.

Pengenalan Program Tuisyen Rakyat Selangor

Program Tuisyen Rakyat Selangor 2026 (PTRS) merupakan salah satu inisiatif pendidikan Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI] dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Program ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan pendidikan secara percuma kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai prestasi akademik sederhana atau lemah.

Latar Belakang Pelaksanaan PTRS

PTRS dilaksanakan sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor untuk merapatkan jurang pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Melalui penyediaan kelas tambahan dan modul pembelajaran berfokus, program ini memberi sokongan awal kepada pelajar agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM serta meningkatkan keyakinan dalam pembelajaran.

Matlamat dan Sasaran Program

Program Tuisyen Rakyat Selangor menyasarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima, dengan tumpuan kepada mereka yang memerlukan sokongan akademik tambahan.

Pada tahun 2026, program ini diperluaskan kepada 130,000 pelajar Tingkatan Empat, sekali gus memperkukuh persediaan pelajar sebelum memasuki tahun peperiksaan.

Skop Bantuan dan Mata Pelajaran Ditawarkan

Bantuan yang disediakan melalui PTRS merangkumi penyediaan modul pembelajaran dan kelas tuisyen percuma bagi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.

Semua modul disusun secara berperingkat bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan prestasi akademik secara berkesan.

Keberkesanan PTRS Berdasarkan Pencapaian SPM

Keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor telah terbukti melalui pencapaian SPM 2024, apabila Gred Purata Negeri (GPN) bagi semua mata pelajaran meningkat kepada 4.59 berbanding 4.67 pada tahun sebelumnya.

Selain itu, jumlah calon layak menerima sijil turut meningkat kepada 59,403 orang pada 2024, berbanding 58,082 orang pada 2023, sekali gus membuktikan impak positif pelaksanaan PTRS yang diterajui oleh MBI dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor.

Penambahbaikan dan Modul Baharu PTRS 2026

Sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan program, dua modul mata pelajaran baharu, iaitu Fizik dan Kimia, akan diperkenalkan pada tahun 2026.

Penambahan ini bertujuan meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang sains serta menyokong pembangunan kurikulum yang lebih menyeluruh dan relevan dengan keperluan semasa.

Tuisyen Selangor

Transformasi Digital Melalui Platform ePTRS

Seiring dengan perkembangan pendidikan digital, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan ePTRS, iaitu platform pembelajaran digital bagi menyokong pelajar Tingkatan Empat dan Lima.

Platform ini menyediakan bahan pembelajaran seperti ebook, video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta video Pecutan Akhir yang memfokuskan kepada teknik menjawab soalan. Pada tahun 2026, ePTRS akan dipertingkatkan dengan modul latihan soalan interaktif serta laporan pencapaian pelajar yang boleh dipantau melalui Aplikasi Ulangkaji.

Komitmen Kerajaan Negeri Selangor Terhadap Pendidikan

Bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor 2026, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi penyediaan semua keperluan program.

Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa pendidikan dan melahirkan generasi pelajar yang lebih berdaya saing serta berkualiti.

Pengisian Utama PTRS 

1. Modul PTRS

  • Menyediakan modul pembelajaran percuma bagi 6 mata pelajaran teras:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Sejarah
    • Matematik Tambahan
  • Penerima modul: Jumlah keseluruhan penerima: 145,000 pelajar (70,000 pelajar Tingkatan 5 & 75,000 pelajar Tingkatan 4)
  • Melibatkan sekolah di bawah:
    • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
    • Sekolah Agama Menengah (SAM)
    • Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT)
    • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) – KPM
    • Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) – JAIS

2. Kelas Tuisyen PTRS

  • Disediakan secara bersemuka untuk:
    • Pelajar Tingkatan 5
    • Prestasi akademik sederhana atau lemah
    • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Jadual pelaksanaan:
    • Julai, September dan Oktober
    • Tiada kelas pada Ogos (peperiksaan percubaan SPM 2025)
  • Pemilihan pelajar dibuat oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria ditetapkan
  • Setiap sekolah: (1 kelas bagi setiap 6 subjek & Maksimum 35 pelajar bagi setiap kelas)
  • Kekerapan kelas: (3 hingga 4 kali sebulan bagi setiap subjek)
  • Kemudahan tambahan: (Elaun guru & Pek makanan tengah hari untuk pelajar)
  • Pelajar Tingkatan 4:
    • Modul PTRS sahaja
    • Tiada kelas tuisyen

3. Aplikasi ePTRS

  • Platform pembelajaran digital untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5
  • Akses kepada:
    • Video pembelajaran mengikut subjek
    • Video teknik menjawab soalan SPM
    • Modul pembelajaran dalam bentuk eBook
  • Boleh diakses melalui:
    • Aplikasi mudah alih Android
    • Aplikasi mudah alih iOS
    • Portal rasmi ePTRS

Kelebihan ePTRS

1. Akses Percuma kepada Pendidikan Berkualiti

Salah satu kelebihan utama e-PTRS ialah penyediaan kelas tuisyen percuma kepada pelajar yang memerlukan.

Inisiatif ini memberi peluang yang adil kepada setiap pelajar untuk menerima sokongan akademik tanpa menambah beban kewangan keluarga, sekali gus membantu meningkatkan prestasi pembelajaran secara menyeluruh.

2. Pelbagai Subjek Ditawarkan

e-PTRS menyediakan bantuan pembelajaran merangkumi pelbagai subjek teras, membolehkan pelajar memperkukuh kefahaman asas dan meningkatkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran tertentu.

Sama ada untuk pengukuhan atau penambahbaikan prestasi, e-PTRS menawarkan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.

3. Pembelajaran Digital di Hujung Jari

Melalui platform digital e-PTRS, pelajar dan ibu bapa boleh mengakses bahan pembelajaran dengan mudah menggunakan peranti pintar.

Kandungan pembelajaran boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, menjadikan proses pembelajaran lebih fleksibel dan selari dengan gaya hidup moden.

4. Proses Pendaftaran yang Mudah dan Pantas

e-PTRS menawarkan proses pendaftaran yang ringkas dan mesra pengguna. Pelajar boleh mendaftar untuk mengikuti kelas tuisyen dengan cepat tanpa prosedur yang rumit, sekali gus memastikan bantuan pendidikan dapat dinikmati dalam masa yang singkat.

5. Peluang Pendidikan Sama Rata untuk Semua

Dengan e-PTRS, jurang akses kepada pendidikan berkualiti dapat dikurangkan. Program ini memastikan pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapat sokongan akademik yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dan membina masa depan yang lebih baik.

Cara Mendaftar Akaun PTRS

Berikut adalah cara untuk mendaftar ke dalam aplikasi PTRS ini:

  1. Layari portal rasmi ePTRS Register
  2. Isi maklumat nama anak, nama ibu bapa dan nombor kad pengenalan anak anda.
  3. Katalaluan anda adalah sama dengan nombor kad pengenalan yang anda masukkan.
  4. Selepas pendaftaran berjaya, log masuk akaun di portal rasmi ePTRS Login untuk memulakan pembelajaran
  5. Pilih negeri dan nama sekolah anak anda.
  6. Pilih status pelajar PTRS dan tahap anak.
  7. Masukkan maklumat alamat emel dan nombor telefon yang sah.
  8. Anda kini boleh menonton video pengajaran oleh guru ePTRS.

Muat Turun Aplikasi PTRS

Untuk memudahkan anda mengulang kaji pelajaran secara online dengan mudah, anda boleh terus memuat turun aplikasi PTRS melalui pautan ini:

Tuisyen Selangor
Tuisyen Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi EPTRS

Soalan Lazim – Program Tuisyen Rakyat Selangor

1. Apakah itu PTRS

PTRS, atau Program Tuisyen Rakyat Selangor, adalah program bantuan tuisyen percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dalam peperiksaan.

PTRS memberikan akses kepada tuisyen berkualiti tinggi, terutamanya kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai keputusan sederhana atau lemah dalam pelajaran.

Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2009 dan telah melalui beberapa penambahbaikan, terbaru Modul Didik Kasih telah dibangunkan bagi memberi fokus kepada penguasaan literasi dan numerasi yang akan diberikan kepada semua murid Pemulihan Khas yang berada di Tahun 2 hingga Tahun 6 di semua sekolah rendah negeri Selangor.

2. Siapakah yang terlibat dengan PTRS

1. Penerima Modul/Buku Didik Kasih
Semua murid Pemulihan Khas (Tahun 2 – Tahun 6)

2. Penerima Modul/Buku PTRS
Semua pelajar tingkatan 4 & 5.

3.Kelas Tuisyen PTRS
Terhad kepada 35 pelajar Tingkatan 5 di setiap sekolah. Setiap sekolah diperuntukkan satu kelas tuisyen untuk setiap 6 subjek (maksima 35 pelajar setiap kelas)

** Sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah di bawah KPM (Selangor) & MITS Jais sahaja.

3. Apakah subjek yang ditawarkan?

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Matematik Tambahan

4. Adakah isi kandungan modul/buku PTRS setiap tahun berlainan?

Ya, kandungan di dalam modul/buku PTRS berlainan setiap tahun.

5. Bagaimana hendak mendapatkan modul/buku PTRS?

Modul/Buku PTRS tidak dijual. Ia diedarkan ke sekolah-sekolah dengan kerjasama PPD Daerah & Sekolah.

6. Bagaimana hendak menyertai kelas tuisyen PTRS?

Setiap sekolah akan memilih seramai 35 pelajar untuk menyertai kelas tuisyen PTRS mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria kelayakan kelas tuisyen PTRS adalah seperti berikut:-

Pendapatan isi rumah (ibu & bapa) tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
Tahap penguasaan sederhana dan lemah.
Mempunyai rekod kehadiran kelas yang baik.

7. Apakah kelebihan menyertai kelas tuisyen PTRS?

Kelas tuisyen PTRS ini percuma. Pelajar yang menyertai kelas ini juga diperuntukkan pek makan tengah hari.

Soalan Lazim – Portal Pembelajaran Online Program Tuisyen Rakyat Selangor

1. Apakah itu e-PTRS?

e-PTRS adalah singkatan bagi e-Program Tuisyen Rakyat Selangor. Ia merupakan platform dalam talian yang menyediakan video pembelajaran untuk membantu calon peperiksaan, terutamanya pelajar SPM, dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Platform ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

2. Apakah kandungan yang terdapat dalam portal e-PTRS?

1. Video Pecutan Akhir
Membantu pelajar mengulangkaji secara fokus dan terarah terhadap topik-topik penting. Ia menekankan cara menjawab soalan dan topik yang sering keluar dalam peperiksaan.

2. Video PdP
Merupakan satu alat bantuan mengajar kepada guru. Setiap topik di dalam modul/buku PTRS telah dipautkan dengan video PdP.

3. eBook PTRS
Merupakan modul/buku PTRS di dalam bentuk digital.

4. Sijil Pembelajaran Digital
Boleh dimuat turun apabila pelajar lengkap melayari Video Pecutan Akhir.

3. Bolehkan kandungan dimuat turun?

Kandungan eBook sahaja yang dibenarkan muat turun. Semua kandungan berbentuk video hanya boleh dilayari di portal e-PTRS dan tidak boleh dimuat turun.

4. Bagaimana cara untuk mendaftar e-PTRS?

Layari https://eptrs.my > Klik butang Daftar Sekarang > Isi maklumat pelajar seperti Nama & No KP > Klik butang Daftar.

5. Bolehkah pelajar (bukan negeri Selangor) mendaftar e-PTRS?

Boleh, tiada sekatan kepada pelajar luar Selangor untuk mendaftar portal e-PTRS.

6. Jika terlupa kata laluan, bagaimana hendak log masuk portal e-PTRS?

Layari https://eptrs.my > Klik menu Log Masuk > Klik pautan Lupa Kata Laluan Anda? > Isi alamat emel yang telah didaftarkan > Klik butang Tetapkan Semula Kata Laluan > Semak Emel (Sistem akan menghantar pautan untuk tetapan kata laluan yang baru).

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut