Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM) – Syarat, Permohonan (2026)

SPPM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM) ialah inisiatif kerajaan melalui LPPSA yang diperkenalkan bagi membantu penjawat awam berumur 30 tahun ke bawah memiliki rumah pertama dengan lebih mudah. Maklumat lanjut boleh rujuk: https://www.lppsa.gov.my.

Melalui tempoh pembiayaan lebih panjang dan syarat yang mesra belia, skim ini membuka peluang kepada golongan muda merancang masa depan kewangan serta memiliki aset hartanah dengan lebih stabil.

Apa itu Skim Pembiayaan Perumahan Muda

Dalam pembentangan Bajet 2025 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024, melalui Ikhtiar 60: Kesejahteraan penjawat awam, LPPSA akan memberi peluang kepada pelanggan LPPSA yang berumur 30 tahun dan ke bawah untuk memiliki hartanah untuk tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun. Kemudahan in akan berkuatkuasa pada 1 April 2025.

Kemudahan ini ditawarkan bagi memberi peluang kepada kakitangan sektor awam yang berumur 30 tahun dan ke bawah untuk memiliki hartanah yang lebih selesa dengan bayaran balik pembiayaan yang lebih rendah untuk tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun.

SPPM
Kredit: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam – LPPSA

SPPM diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif utama:

  • Menyediakan pembiayaan yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan penjawat awam muda.
  • Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam.
  • Mengurangkan tekanan kewangan golongan belia melalui ansuran bulanan yang lebih rendah.

Ciri-Ciri Utama SPPM 2026

Berikut adalah antara kelebihan utama skim ini berdasarkan pengumuman rasmi:

1. Kelayakan Umur

  • Terbuka kepada pelanggan LPPSA berumur 30 tahun dan ke bawah

2. Tempoh Pembiayaan Lebih Panjang

  • Tempoh bayaran balik boleh dilanjutkan sehingga maksimum 40 tahun
  • Ini membantu mengurangkan jumlah ansuran bulanan

3. Peluang Memiliki Hartanah Lebih Selesa

  • Memberi ruang kepada golongan muda untuk memilih rumah yang lebih sesuai dengan keperluan dan gaya hidup

4. Tempoh Permohonan Dilanjutkan

  • Permohonan skim ini dibuka sehingga 31 Disember 2026

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penjawat awam tetap, telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.
  3. Berumur 30 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan.
  4. Tidak disenarai hitam atau muflis.
  5. Layak menerima pembiayaan LPPSA dan tidak menghadapi tindakan tatatertib.
  6. Tempoh pembiayaan mengikut skim perkhidmatan berikut:
    • Skim Berpencen: Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau umur 90 tahun, yang mana terdahulu.
    • Skim KWSP: Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau terhad kepada umur tamat perkhidmatan, yang mana terdahulu.

Tarikh Pelaksanaan Skim

Pelaksanaan skim ini dijadualkan bermula seawal suku keempat tahun 2026, bergantung kepada kesiapsiagaan sistem LPPSA, dan sebarang hebahan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

Jenis Pembiayaan Yang Layak

Skim ini merangkumi pembiayaan jenis berikut:

  • Jenis 1: Pembelian rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Jenis 2: Pembinaan rumah di atas tanah sendiri
  • Jenis 3: Pembelian rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Jenis 4: Pembelian tanah dengan tujuan membina rumah
  • Jenis 5: Penyelesaian hutang pinjaman bank/institusi kewangan
  • Jenis 6: Pembinaan rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
  • Jenis 7: Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Inisiatif Sokongan Lain di Bawah LPPSA

Selain SPPM, terdapat beberapa penambahbaikan lain yang turut diumumkan:

1. Had Pembiayaan Dinaikkan

  • Kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta
  • Selaras dengan peningkatan harga hartanah dan pelarasan gaji penjawat awam

2. Fleksibiliti Pembiayaan Kedua

  • Pemohon kini boleh membuat pembiayaan kedua tanpa perlu melangsaikan pembiayaan pertama
  • Tertakluk kepada baki kelayakan yang masih ada

Kriteria Pembayaran

Bagi memastikan kelestarian skim dan mengurangkan risiko tunggakan, SPPM menetapkan beberapa kriteria pembayaran seperti berikut:

  1. Pembiayaan pertama sahaja;
  2. Dibenarkan untuk pembiayaan Jenis 1, 2, 3, dan 5 (rumah) sahaja;
  3. Permohonan pembiayaan dikemukakan hingga 31 Disember 2026.

Artikel berkaitan: Cara Buat Semakan Baki Loan LPPSA Secara Online

Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Muda

Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Muda boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi LPPSA di https://myfinancing.lppsa.gov.my. Dokumen sokongan seperti berikut perlu disediakan:

  • Salinan MyKad
  • Penyata gaji terkini
  • Surat pengesahan jawatan
  • Dokumen hartanah (perjanjian jual beli, pelan bangunan, dsb.)

Kepentingan SPPM Kepada Golongan Muda

Dalam keadaan harga rumah yang semakin meningkat, SPPM menjadi satu solusi praktikal untuk membantu golongan muda memulakan langkah awal dalam pemilikan aset.

Dengan tempoh bayaran yang lebih panjang dan syarat yang lebih fleksibel, skim ini dapat:

  • Mengurangkan tekanan kewangan bulanan
  • Meningkatkan peluang lulus pembiayaan
  • Menggalakkan perancangan kewangan jangka panjang

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan bantuan, boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.

Untuk maklumat lanjut, sila layaril laman web rasmi LPPSA di https://www.lppsa.gov.my

ATAU, rujuk pautan ini untuk Garis Panduan Permohonan:

Soalan Lazim Skim Pembiayaan Perumahan Muda

Apa itu Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM)?

SPPM ialah skim khas di bawah LPPSA yang membantu golongan muda, khususnya penjawat awam, mendapatkan pembiayaan perumahan dengan syarat lebih fleksibel dan tempoh bayaran balik lebih panjang.

Siapa yang layak memohon SPPM?

Skim ini terbuka kepada pelanggan LPPSA yang berumur 30 tahun dan ke bawah.

Berapa tempoh maksimum pembiayaan di bawah skim ini?

Tempoh pembiayaan boleh mencecah sehingga 40 tahun, bergantung kepada kelayakan pemohon.

Apakah kelebihan utama SPPM?

Antara kelebihannya ialah ansuran bulanan lebih rendah, tempoh bayaran lebih panjang, dan peluang memiliki rumah pada usia muda.

Bilakah tempoh permohonan SPPM dibuka?

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026.

Bilakah skim ini akan mula dilaksanakan?

Pelaksanaan dijangka bermula seawal suku keempat tahun 2026, tertakluk kepada kesiapsiagaan sistem LPPSA.

Adakah had pembiayaan turut dinaikkan?

Ya, had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA telah dinaikkan sehingga RM1 juta.

Bolehkah saya memohon pembiayaan kedua di bawah LPPSA?

Boleh. Pemohon kini dibenarkan membuat pembiayaan kedua tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama, tertakluk kepada baki kelayakan.

Adakah SPPM hanya untuk pembelian rumah pertama?

Fokus utama skim ini adalah membantu golongan muda memiliki rumah, namun kelayakan sebenar bergantung kepada syarat LPPSA semasa.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Anda boleh hubungi:

Pusat Panggilan LPPSA: 03-8880 1600
Portal rasmi: https://etiket.lppsa.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut