DPSP UPSI – Permohonan Mod Cuti Sekolah & Hujung Minggu

DPSP UPSI
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan DPSP UPSI atau Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UPSI pengambilan untuk Mod Cuti Sekolah dan Mod Hujung Minggu kini dibuka sehingga 30 April 2026.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka permohonan Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPSP) UPSI bagi Mod Cuti Sekolah untuk ambilan Mei 2026, manakala Mod Hujung Minggu untuk ambilan Jun 2026.

Permohonan untuk DPSP UPSI 2026 boleh dilakukan melalui:

Rujuk info penuh permohonan DPSP UPSI untuk mod cuti sekolah dan mod hujung minggu di bawah.

Ringkasan DPSP UPSI – Mod Cuti Sekolah & Mod Hujung Minggu
  • DPSP UPSI pengambilan untuk Mod Cuti Sekolah dan Mod Hujung Minggu kini dibuka sehingga 30 April 2026.
  • DPSP UPSI bagi Mod Cuti Sekolah untuk ambilan Mei 2026, manakala DPSP UPSI Mod Hujung Minggu untuk ambilan Jun 2026.
  • Permohonan:

Apa Itu DPSP UPSI (Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah)?

DPSP UPSI atau Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UPSI adalah program diploma ikhtisas untuk graduan ijazah sarjana muda yang mahu mendapatkan latihan perguruan dan menjadi guru profesional.

Ia ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai program pascasiswazah dan memberi penekanan pada pedagogi, kaedah mengajar serta latihan berkaitan pendidikan supaya pelajar layak memasuki profesion keguruan.

DPSP dijalankan secara fleksibel dengan dua mod iaitu: mod hujung minggu atau cuti sekolah.

Pengajian berlangsung selama 3 semester atau 1 tahun 6 bulan sahaja.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UPSI ini sesuai untuk mereka yang sudah bekerja atau mempunyai ijazah bukan pendidikan tetapi ingin menambah kelayakan ikhtisas sebagai guru.

Bagi yang berminat untuk memohon, anda boleh rujuk hebahan permohonan DPSP UPSI 2026 untuk Mod Cuti Sekolah dan Mod Hujung Minggu di bawah.

Permohonan DPSP UPSI – Mod Cuti Sekolah (Ambilan Mei 2026)

Hebahan Pengambilan

DPSP Ambilan Mei 2026 Kini Dibuka!

Ingin bergelar pendidik profesional? Sertai Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP) UPSI – Mod Cuti Sekolah sekarang!

📅 Tarikh tutup permohonan: 30 April 2026

✨ Kelebihan Program:

  • 📚 Kelas dijalankan semasa cuti sekolah
  • ⏳ Tempoh pengajian hanya 3 semester
  • 💰 Yuran berpatutan & boleh dibayar ansuran
  • ✅ Diiktiraf MQA & melayakkan anda menjadi guru

📌 Syarat Kemasukan:

  • ✔️ Warganegara Malaysia
  • ✔️ Lulus BM peringkat SPM
  • ✔️ Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.50 ke atas
  • (CGPA 2.00–2.49 perlu pengalaman mengajar minimum 5 tahun)

📍 Tempat Pengajian: Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
💲 Yuran Pengajian: RM10,200 untuk 3 semester (dibayar secara 6 kali ansuran)

Mohon sekarang di sini: https://tinyurl.com/DPSPUPSI

Kelebihan

Berikut ialah kelebihan mengikuti program DPSP UPSI Mod Cuti Sekolah:

  • Diiktiraf oleh KPM dan MQA
  • Mod Cuti Sekolah
  • Tenaga pengajar berpengalaman
  • Laluan kerjaya sebagai guru di sekolah kerajaan & swasta
  • Kelas secara online & bersemuka (mengikut jadual yang telah ditetapkan)

Syarat Kelayakan

Permohonan DPSP UPSI untuk Mod Cuti Sekolah terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang dari Universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas; atau
  • CGPA 2.00 hingga CGPA 2.49 dengan minimum 5 tahun pengalaman mengajar di sekolah/institusi pendidikan.

Cara Mohon

Untuk memohon, anda boleh layari pautan berikut sebelum tarikh tutup (30 April 2026): https://tinyurl.com/DPSPUPSI 

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk:

Jadual Pembayaran & Struktur Pengajian

Semester 1

Cuti SekolahBulanSubjekYuran
Cuti Pertengahan Tahun (Semester 2 Sesi 2025/2026)Mei 2026 (Online & Bersemuka)5 SubjekRM1,500.00
RM1,900.00

    Semester 2

    Cuti SekolahBulanSubjekYuran
    Cuti Penggal 2 (Semester 1 sesi 2026/2027)Sept 2026 (Online)4 SubjekRM1,500.00
    RM1,900.00
    Cuti Akhir TahunDis 2026  (Online & Bersemuka)

      Semester

      Cuti SekolahBulanSubjekYuran
      Cuti Penggal 1 (Semester 2 sesi 2026/2027)Jan – Feb 2027Praktikum di sekolah12 mingguRM1,500.00
      RM1,900.00
      Cuti Akhir TahunMac- April 2027

        Jumlah keseluruhan yuran: RM10,200.00

        Permohonan DPSP UPSI – Mod Hujung Minggu (Ambilan Jun 2026)

        Hebahan Pengambilan

        Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP) – Mod Hujung Minggu

        (Ambilan Jun 2026)‼️‼️

        🗓️Permohonan kini dibuka
        📌Tarikh tamat permohonan : 30 April 2026
        📍Lokasi : Seluruh Malaysia

        Apa yang pelajar akan dapat?
        ✅TABLET PERCUMA untuk pelajar baharu!
        ✅Sesuai untuk yang sedang bekerja
        ✅Tempoh hanya 1 tahun 6 bulan
        ✅Kelas fleksibel & pensyarah berpengalaman
        ✅Peluang jadi guru lebih terbuka 👩🏻‍🏫🧑🏻‍🏫

        Jangan tunggu lagi – Jom bina masa depan anda sebagai pendidik bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula sekarang ✨

        Kelebihan

        Berikut ialah kelebihan mengikuti program DPSP UPSI Mod Hujung Minggu:

        • Tablet percuma akan diberikan.
        • Tempoh pembelajaran yang singkat (1 tahun 6 bulan);
        • Tempat pembelajaran mengikut negeri (tidak perlu ke UPSI);
        • Tenaga Pengajar Khas dari UPSI;
        • Mempunyai pengiktirafan MQA; dan
        • Waktu pembelajaran hujung minggu sahaja. 

        Syarat Kelayakan

        Permohonan DPSP UPSI untuk Mod Hujung Minggu terbuka kepada:

        • Warganegara Malaysia;
        • Lulus Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
        • Telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang dari Universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas; atau
        • CGPA 2.00 hingga CGPA 2.49 dengan minimum 5 tahun pengalaman mengajar di sekolah/institusi pendidikan.

        Cara Mohon

        Untuk memohon, anda boleh layari pautan berikut sebelum tarikh tutup (30 April 2026): https://linktr.ee/intakeDPLI

        Kemudian, pilih ikut negeri yang anda ingin mohon.

        Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk:

        Maklumat Kursus

        PerkaraMaklumat
        Tempoh Pengajian1 tahun 6 bulan (3 sem)
        Waktu KelasHujung minggu
        Tenaga PengajarPensyarah UPSI
        PengiktirafanMQA
        Mod Pengajian60% bersemuka / 40% atas talian

        Yuran Pengajian

        PerkaraSemenanjungSabah / Sarawak
        Yuran PendaftaranRM1,500RM1,500
        Semester 1RM3,000RM3,667
        Semester 2RM4,500RM5,167
        Semester 3RM4,500RM5,166
        JumlahRM13,500RM15,500

        Tarikh Tutup Permohonan

        Tarikh tutup permohonan DPSP UPSI untuk mod cuti sekolah dan hujung minggu ialah pada:

        • 30 APRIL 2026 (KHAMIS)

        Maklumat Lanjut

        Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau info terkini mengenai DPSP UPSI untuk mod cuti sekolah atau mod hujung minggu, sila rujuk portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

        Mod Cuti SekolahMod Hujung Minggu
        Tel: 019-559 2782/ 019-808 1951/ 019-361 0831
        Emel: [email protected]
        Telegram: https://t.me/programmodcutisekolahupsi
        Emel: [email protected]
        Tel: 012-2525 394 (Pejabat)

          Soalan Lazim DPSP UPSI

          Apa itu DPSP UPSI?

          DPSP UPSI ialah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk graduan ijazah sarjana muda yang mahu menjadi guru secara profesional.

          Apakah perbezaan DPSP dan DPLI?

          DPLI atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah merupakan nama lama bagi pengajian ini sebelum ditukar kepada DPSP atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

          Berapakh jumlah yuran yang akan dikenakan?

          Jumlah yuran yang akan dikenakan adalah RM10,200 yang boleh dibayar secara 6 kali ansuran untuk DPSP UPSI Mod Cuti Sekolah, manakala RM13500 (Semenanjung) & RM15500 (Sabah/Sarawak) untuk Mod Hujung Minggu.

          Berapa lamakah tempoh masa pengajian ini?

          Tempoh masa pengajian ini adalah selama 3 semester ( tahun 6 bulan)

          Bilakah tarikh tutup permohonan?

          Tarikh tutup permohonan untuk ambilan Mei dan Jun adalah pada 30 April 2026.

          Siapa layak memohon DPSP UPSI?

          – Warganegara Malaysia;
          – Lulus Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
          – Telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang dari Universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas; atau
          – CGPA 2.00 hingga CGPA 2.49 dengan minimum 5 tahun pengalaman mengajar di sekolah/institusi pendidikan.

          Bolehkah bekerja sambil belajar DPSP?

          Boleh, terutamanya jika memilih mod cuti sekolah atau mod hujung minggu, kerana kelas dijalankan pada masa cuti sekolah atau hujung minggu, sesuai untuk mereka yang sudah bekerja.

          Bagaimana cara memohon DPSP UPSI?

          Permohonan DPSP UPSI boleh dimohon melalui:
          – Mod Cuti Sekolah: https://tinyurl.com/DPSPUPSI (Ambilan Mei)
          – Mod Hujung Minggu: https://linktr.ee/intakeDPLI (Ambilan Jun)

          Follow eCentral di WhatsApp Channel
          Ikut