Permohonan Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius 2023

PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM GENIUS NEGARA DI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 TELAH DIBUKA

Bagi ibubapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak- anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) sila rujuk maklumat berikut.

Apakah Program Genius Negara?

Pada 5 April 2019 nama PERMATA ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.

Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.

Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.

Keistimewaan Program Genius Negara

  1. Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  2. Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

Baca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia (anak)
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.

Tarikh Permohonan

Mulai 1 Jun hingga 30 September 2022

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila lengkapkan borang permohonan di bawah:

Setelah melengkapkan borang, sila sediakan dokumen dalam senarai semak yang dilampirkan ini:

  • Salinan surat beranak
  • Salinan MyKid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

Baca juga: TKWBNS: Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Senarai Lokasi Pusat Anak Genius Negara

Setakat tahun 2021 ini, terdapat 89 buah Pusat Anak Genius Negara yang dikendalikan di setiap negeri seluruh Malaysia.

Pautan berikut merupakan senarai kepada lokasi Pusat Genius ini:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.

Facebook: https://www.facebook.com/programgeniuskpm

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!