TKWBNS: Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR (TKWBNS) TAHUN 2021

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tahun 2021 Kini Dibuka.

Permohonan adalah secara online sahaja, sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Ogos 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS.

Apakah Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ?

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kadar Tajaan Yang Diberikan

Kadar tajaan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

Peringkat PengajianKadar Setahun (RM)
Sijil4,000.00
Diploma4,900.00
Ijazah Pelbagai6,500.00
Ijazah Perubatan7,000.00

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam.

Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.

tkwbns pinjaman boleh ubah selangor

Baca juga: Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2022 – TAWAS

Pengurangan Bayaran Balik

Pengurangan bayaran balik akan diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja.

Pengurangan bayaran balik (dikenali sebagai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah) ini boleh dimohon oleh peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor setelah TAMAT PENGAJIAN.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan Lembaga TKWBNS.

Cara Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ini boleh dibuat secara online di https://danapendidikan.selangor.gov.my

Borang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah boleh dimuat turun daripada portal rasmi TKWBNS (di pautan Muat Turun Borang).

Antara dokumen yang diperlukan adalah

  • Salinan Transkrip Akademik Rasmi yang telah disahkan oleh Universiti
  • Salinan Sijil Senat yang telah disahkan oleh Universiti

Tarikh Permohonan

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS ini dibuka sehingga 31 Ogos 2021.

Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)

Maklumat Lanjut Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TKWBNS ini, sila rujuk laman web rasmi https://tkwbns.selangor.gov.my

Rujuk Facebook: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor/

Telefon: 03-5544 7000

Email : [email protected] 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!