Advertisements

Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun

Advertisements

PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera menawarkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan.

Sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal.

Bantuan ibu tunggal isejahtera

Baca juga: BPR Fasa 3: Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga

Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

Syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  3. Bercerai atau kematian suami.
  4. Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  5. Tidak berkahwin semula.
  6. Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).

Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  3. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
  4. Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
  5. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  6. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

Semakan Status

Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

Jumlah Bantuan

Bantuan Ibu Tunggal menyalurkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.

Sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

Leave a Comment