Program Pembentukan Karakter / Pendidikan Karakter KPM

pembentukan karakter kpm 2027
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kurikulum Persekolahan 2027 memperkenalkan secara rasmi satu inisiatif utama iaitu Program Pembentukan Karakter. Rujuk kenyataan media rasmi di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pembentukan sahsiah, nilai murni dan personaliti murid mulai peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah.

Ayuh kita ketahui lebih lanjut tentang mengapa program ini diperkenalkan, apakah intipati atau elemen utamanya, bagaimana pelaksanaannya, cabaran yang dijangkakan, serta implikasi kepada murid, guru dan sekolah.

Program Pembentukan Karakter
Kenyataan Media Program Pembentukan Karakter

Pengenalan – PROGRAM PEMBENTUKAN KARAKTER KPM

Program Pembentukan Karakter / Pendidikan Karakter KPM
Program Pembentukan Karakter KPM

Dalam sebuah kenyataan terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 17 Oktober 2025, KPM menyatakan bahawa Program Pembentukan Karakter adalah salah satu inisiatif utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

@beritartm

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan mata pelajaran baharu ‘Pendidikan Karakter’ dalam kurikulum persekolahan bagi memperkukuh pembentukan sahsiah murid. Pengenalan mata pelajaran itu amat penting kerana ia menjadi teras utama dalam usaha membina karakter dan jati diri murid. Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM. Dapatkan berita terkini di Channel WhatsApp Berita RTM! Follow kami di https://whatsapp.com/channel/0029VavQxy21t90TQpwl281t ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ ‘Yang sahih di RTM’ #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

Ia bertujuan untuk membentuk individu yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab. Pelaksanaannya juga merupakan satu anjakan strategi bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni dalam kalangan murid secara berstruktur dan menyeluruh.

pembentukan karakter kpm 2027
Pengenalan Program Pembentukan Karakter

Komponen dan Teras Utama Program

Program Pembentukan Karakter dalam Kurikulum Persekolahan 2027 memberi tumpuan kepada empat teras utama sebagai asas pembentukan sahsiah dan nilai dalam kalangan murid, iaitu:

1. Penyayang

Teras ini menekankan pentingnya sifat empati, belas kasihan dan kasih sayang dalam diri murid.

Murid diajar untuk mengamalkan sikap prihatin terhadap keluarga, rakan sebaya, guru, serta masyarakat luas.

Penerapan nilai penyayang bertujuan membentuk individu yang peka terhadap perasaan dan keperluan orang lain serta menggalakkan sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati.

2. Berdaya Tahan

Teras berdaya tahan fokus kepada pembangunan ketahanan mental dan emosi murid. Murid diajar untuk menghadapi cabaran dan tekanan dengan tabah, tidak mudah putus asa, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap masalah.

Ini termasuk menggalakkan sikap positif, kecekalan, dan kemampuan mengawal emosi sebagai persiapan menghadapi kehidupan yang penuh cabaran.

3. Berupaya Memimpin

Penerapan teras kepimpinan ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bertanggungjawab, dan mampu memimpin diri sendiri serta orang lain.

Murid didedahkan dengan nilai-nilai kepimpinan, seperti keberanian membuat keputusan, kejujuran, disiplin, dan keupayaan mengambil inisiatif.

Teras ini juga membentuk karakter yang berdaya saing secara sihat dan bermotivasi tinggi.

4. Warganegara Aktif

Teras ini menitikberatkan pembentukan murid sebagai individu yang berperanan aktif dalam masyarakat dan negara.

Murid diajar tentang tanggungjawab sosial, cinta akan tanah air, mematuhi undang-undang, serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan pemeliharaan alam sekitar.

Ia membentuk kesedaran sivik dan patriotisme serta mendorong penglibatan positif dalam komuniti.

pembentukan karakter kpm 2027 1
Konsep Program Pembentukan Karakter

Bagaimana Program Pembentukan Karakter KPM Dilaksanakan?

  • Peringkat prasekolah – Dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran
  • Peringkat sekolah rendah & menengah – Peruntukan masa khusus selama 60 minit seminggu akan disediakan dalam jadual waktu persekolahan untuk membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus.
  • Ia dijalankan 15 minit waktu pertama setiap hari kecuali pada hari perhimpunan rasmi sekolah.
  • Program yang dijalankan adalah bersifat hands-on, di mana modul pandual untuk guru akan disediakan.
  • Perlu diingat bahawa ia merupakan program, dan bukannya subjek baharu yang akan diperkenalkan dalam kelas.

Sila rujuk infografik di bawah untuk memahami lebih dalam tentang strategi pelaksanaannya :

Program Pembentukan Karakter
Strategi Pelaksanaan Program Pembentukan Karakter
@theebanselva1003

Pendidikan Manusiawi bermula dengan Pembentukan Karakter. Pembentukan Karakter bukanlah mata pelajaran tambahan baharu, tetapi satu program bersepadu yang memupuk nilai, sikap dan kemahiran insaniah dalam diri murid. Matlamatnya untuk membentuk insan yang berilmu, berakhlak dan berperikemanusiaan. 🤝✨ #PendidikanManusiawi #KP2027 #PembentukanKarakter #edufluencerskpm #kpm

♬ original sound – Cikgu Theeban Selva – Cikgu Theeban Selva

Fokus Program Pembentukan Karakter

Program ini menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang memberi tumpuan kepada penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Ia adalah cerminan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri.

Program Pembentukan Karakter
Tahap Persekolahan & Fokus Kurikulum

Peruntukan Waktu

60 minit seminggu telah diperuntukkan khas dalam jadual waktu rasmi sekolah bagi tujuan ini bermula tahun 2027 untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Ini menandakan ianya akan diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur pembelajaran mingguan di sekolah rendah dan menengah.

Elemen pembentukan karakter yang ditekankan termasuklah nilai moral, tingkah laku positif, pembinaan jati diri, dan keseimbangan antara akademik dan sahsiah pelajar, selari dengan objektif Reformasi Pendidikan dan aspirasi Generasi MADANI.

Program Pembentukan Karakter
Peruntukan Waktu Program Pembentukan Karakter KPM

Program Pembentukan Karakter Kurikulum Prasekolah 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan Program Pembentukan Karakter sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) bermula dengan Kurikulum Prasekolah 2026.

Program Pembentukan Karakter Prasekolah
Program Pembentukan Karakter Prasekolah bermula tahun 2026

Program ini dilaksanakan secara harian dalam aktiviti pembelajaran prasekolah, bukan sebagai subjek baharu, tetapi melalui aktiviti hands-on yang diberi masa khusus selama 15 minit setiap pagi (kecuali hari perhimpunan rasmi).

Program ini dirangka untuk membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki karakter yang positif seperti empati, integriti, disiplin, rasa hormat dan tanggungjawab.

Seterusnya, selepas prasekolah, Program Pembentukan Karakter akan diteruskan secara berperingkat di sekolah rendah dan menengah, dengan jadual waktu khusus agar murid benar-benar menghayati nilai murni secara konsisten sepanjang sekolah bermula pada tahun 2027.

Program Pembentukan Karakter / Pendidikan Karakter KPM

Pelaksanaan di Prasekolah

  • Dilaksanakan secara integratif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran harian, memastikan unsur pembentukan karakter diserap dalam setiap aspek rutin prasekolah.
  • Fokus diberikan kepada penghayatan nilai murni dan pembinaan jati diri melalui pendekatan berstruktur serta inklusif di semua prasekolah kerajaan, swasta, KEMAS dan PERPADUAN.

Elemen Utama Program

  • Menekankan empat teras pembentukan karakter: penyayang, berdaya tahan, berupaya memimpin, dan warganegara aktif.
  • Memastikan semua guru prasekolah memiliki tahap pendidikan tinggi dan kompetensi yang sesuai bagi menjayakan pendekatan baharu ini.
  • Melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga kukuh sahsiah dan jati diri, selari dengan agenda Malaysia Madani dan aspirasi pendidikan abad ke-21.

Program Pembentukan Karakter Kurikulum Prasekolah 2026 adalah transformasi penting dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang memberi penekanan sama rata kepada pembangunan intelek, emosi, sosial dan etika sejak peringkat prasekolah lagi.

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Kurikulum Persekolahan 2027 di laman web rasmi KPM: https://www.moe.gov.my/kurikulum-persekolahan-2027

Jangan lupa ikuti:

MUAT TURUN PDF Kurikulum Persekolahan 2027:

Soalan Lazim Program Pendidikan Karakter & Kurikulum Persekolahan 2027

Bilakah Kurikulum Persekolahan 2027 akan dilaksanakan?

Pelaksanaan akan bermula secara berperingkat iaitu Prasekolah pada 2026, diikuti Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027.

Apakah Pendidikan Karakter @ Program Pembentukan Karakter KPM?

Matlamatnya adalah melahirkan insan sejahtera yang berpengetahuan, berkemahiran, beradab, dan berdaya saing di peringkat global.pembentukan karakter kpm 2027

Apakah pendekatan utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027?

Pendekatan utama merangkumi pembentukan karakter, penekanan literasi dan numerasi asas (3M), serta kelas pembelajaran bersepadu.

Bagaimana Program Pendidikan Karakter dilaksanakan dalam Kurikulum Persekolahan 2027?

Program Pembentukan Karakter diberi slot masa khusus dari prasekolah hingga menengah atas, fokus pada pembelajaran sosioemosi dan nilai murni.

Adakah Pendidikan Karakter / Program Pembentukan Karakter merupakan matapelajaran @ subjek baharu dalam kelas?

Tidak. Ia merupakan program bersifat hands-on yang akan dijalankan 15 minit setiap pagi dan ia bukannya subjek baharu.

Bagaimana Pelaksanaan Program Pembentukan Karakter Murid dijalankan di sekolah?

Program khusus bagi pembentukan karakter ini akan dilaksanakan oleh semua guru dengan aktiviti bersifat hands-on.
Ia akan dijalankan 15 minit waktu pertama setiap hari kecuali hari perhimpunan rasmi sekolah. Modul panduan guru dan profil murid akan disediakan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: