Program Madani Rakyat Perak 2026 – Tarikh & Senarai Aktiviti

Program Madani Rakyat Perak 2026 event poster with activities and date details.
Official poster for Program Madani Rakyat Perak 2026, showcasing event dates, activities, and locations in Ipoh, Perak.
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Program Madani Rakyat (PMR) Perak 2026 ialah merupakan sebuah program inisiatif kerajaan Malaysia untuk mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat melalui pendekatan “turun padang”.

Layari portal rasmi Malaysia MADANI untuk mendapatkan maklumat terkini, jadual acara, dan butiran perkhidmatan di setiap negeri.

Program ini kembali diadakan selepas sambutan hangat pada tahun lepas, dengan Perak sebagai lokasi pertama pada 2026 (3 hingga 5 April 2026).

Rujuk info penuh Program MADANI Rakyat Perak 2026 di bawah.

Ringkasan Program MADANI Rakyat Perak 2026
  • Tema Program Madani Rakyat (PMR) Perak 2026 “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”.
  • Program Iini diadakan dari 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat-Ahad) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, Perak, sebagai lokasi pertama bagi siri PMR 2026.
  • Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah ruang interaksi dua hala antara rakyat dan Kerajaan melalui penyaluran maklum balas secara langsung, program pendidikan, kesedaran awam serta aktiviti mesra keluarga.
  • Kemasukan adalah percuma.

Apa Itu Program MADANI Rakyat Perak 2026?

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 edisi negeri Perak merupakan lokasi pembuka tirai bagi siri jelajah tahun ini yang akan diadakan bermula 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat – Ahad) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Perak.

Program ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri tahun lalu yang bertujuan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus (direct service delivery).

Ia menzahirkan aspirasi Kerajaan MADANI dalam mengintegrasikan pembangunan fizikal, kesejahteraan rakyat, perumahan berkualiti, dan komuniti harmoni, selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus (direct service delivery) serta pengisian yang berimpak tinggi.

“Kerajaan akan terus memastikan setiap inisiatif sampai kepada rakyat secara menyeluruh dan berkesan.” – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri

Rujuk siaran media di bawah:

Program Madani Rakyat Perak 2026

Program Madani Rakyat Perak 2026

Tarikh & Lokasi

Program ini diadakan dari 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat-Ahad) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, Perak, sebagai lokasi pertama bagi siri PMR 2026.

  • Tarikh: 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat – Ahad)
  • Masa: 9 pagi hingga 10 malam (Jumaat & Sabtu), 9 pagi hingga 6 petang (Ahad)
  • Lokasi: Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Perak
Program Madani Rakyat Perak 2026

Tema Rasmi

Tema Program Madani Rakyat (PMR) Perak 2026 “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”.

Tema ini menzahirkan aspirasi kerajaan dalam mengintegrasikan pembangunan fizikal, kesejahteraan rakyat, perumahan berkualiti, dan komuniti harmoni, selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak sebagai kementerian peneraju, dengan kerjasama strategik daripada Kerajaan Negeri Perak sebagai tuan rumah.

Program ini diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit PACU.

    Senarai Aktiviti Program MADANI Rakyat

    Program Madani Rakyat (PMR) Perak 2026 menyediakan ruang interaksi dua hala antara rakyat dan Kerajaan melalui penyaluran maklum balas secara langsung, di samping menawarkan program pendidikan, kesedaran awam serta aktiviti mesra keluarga.

    Rujuk senarai aktiviti di bawah:

    1. Perkhidmatan kerajaan secara langsung dan inisiatif kesejahteraan rakyat – Termasuk pendaftaran dan konsultasi pelbagai agensi.
    2. Perkhidmatan kesihatan – Pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen kesedaran.
    3. Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI – Harga istimewa barangan asas dan hasil pertanian.
    4. Peluang pekerjaan, festival makanan, serta jualan usahawan tempatan – Karnival pekerjaan, gerai makanan, dan kedai kecil.
    5. Pertukaran topi keledar, pertukaran minyak enjin motosikal percuma – Program keselamatan jalan raya percuma.
    6. Gunting rambut percuma, pengagihan biji benih dan anak pokok – Perkhidmatan komuniti dan kempen hijau.
    7. Pameran aset pertahanan dan keselamatan – Persembahan tentera dan demonstrasi.
    8. Aktiviti kekeluargaan, program pendidikan, kesedaran awam, dan mesra keluarga – Bengkel, persembahan, dan ruang permainan kanak-kanak.
    9. Program syarikat GLC secara terkumpul (termasuk SPA, Menteri Besar, dll.)

    Rujuk juga poster aktiviti yang bakal diadakan di bawah:

    PERKHIDMATAN JPA

    • Perkhidmatan nasihat urusan perkhidmatan
    • Khidmat nasihat program penajaan JPA
    • Khidmat nasihat urusan pencen dan persaraan
    • Penilaian kesejahteraan psikologi
    Program Madani Rakyat Perak 2026
    Program Madani Rakyat Perak 2026

    PAMERAN KEBOMBAAN DAN JENTERA

     Program MADANI Rakyat 2026 Perak
    Pameran Kebombaan dan Jentera

    LEBARUN 5KM FUN RUN

    Program Madani Rakyat Perak 2026

    PROGRAM SATELIT JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

    • Promosi PBTPay, PBTCare, MyWC
    Program Madani Rakyat Perak 2026

    PROGRAM SEJATI MADANI SPNB

    KUTIPAN MINYAK MASAK TERPAKAI

    Program Madani Rakyat Perak 2026

    BACA JUGA: BUDI Madani – Semakan Subsidi RON95 & Diesel

    Maklumat Lanjut

    Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Program MADANI Rakyat Perak 2026, sila rujuk:

    Soalan Lazim Program Madani Rakyat Perak 2026

    Apa itu Program Madani Rakyat (PMR) Perak 2026?

    PMR merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mendekatkan perkhidmatan awam melalui pendekatan “turun padang”, bertemakan “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”.

    Bila dan di mana program ini diadakan?

    Dari 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat-Ahad) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, Perak.

    Siapa kementerian peneraju?

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerajui dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Unit PACU Pejabat Perdana Menteri.

    Apa waktu operasi harian Program Madani Rakyat Perak 2026?

    Jumaat dan Sabtu: 9 pagi – 10 malam; Ahad: 9 pagi – 6 petang.

    Apa aktiviti utama yang ditawarkan?

    -Perkhidmatan kerajaan, kesihatan, kesejahteraan.
    – Jualan Rahmah & Agro MADANI, peluang pekerjaan, festival makanan.
    – Tukar helmet/minyak enjin motosikal percuma, gunting rambut percuma.
    – Aktiviti mesra keluarga

    Adakah kemasukan percuma?

    Ya, program ini terbuka kepada umum tanpa caj kemasukan.

    Adakah program ini untuk semua umur?

    Ya, mesra keluarga dengan aktiviti kekeluargaan, pendidikan, dan kanak-kanak.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut