TERKINI: BANTUAN TUNAI RM200 BUDI MADANI DIESEL TELAH DINAIKKAN KEPADA RM300
BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyasarkan semula subsidi kepada kumpulan yang layak, membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan subsidi rakyat. Kumpulan yang layak terus menerima subsidi bagi meringankan kos sara hidup. Semakan / Permohonan Subsidi RON95 & Diesel Individu Budi Madani 2026 boleh dibuat secara online melalui https://www.budimadani.gov.my/ DAN https://budidiesel.gov.my/
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara untuk memohon.
Pengenalan BUDI Madani RON95
BUDI95 atau BUDI MADANI RON95 ialah sebuah inisiatif program pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September 2025 bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.
Tujuan utama adalah memastikan subsidi benar-benar sampai kepada mereka yang layak, dan mengurangkan ketirisan.
Di bawah Program Inisiatif BUDI95 :
- Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak ialah RM1.99 seliter, bermula 30 September 2025.
- Kuota minima: 300 liter sebulan bagi setiap pengguna. (*telah dihadkan kepada 200L sebulan secara sementara susulan konflik geopolitik di Asia Barat)
- Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak secara automatik — tiada pendaftaran tambahan diperlukan.

Bantuan Tunai BUDI Madani Diesel 2026 Dinaikkan
Bantuan Tunai BUDI MADANI Diesel ialah inisiatif kerajaan untuk membantu pengguna diesel yang terkesan dengan kenaikan harga minyak global. Bantuan ini memberi sokongan kewangan secara langsung kepada golongan sasaran termasuk individu dan sektor agri-komoditi.
Ringkasan Utama
- Jumlah bantuan terkini: RM300 sebulan
- Kenaikan interim: Tambahan RM100 (daripada RM200)
- Tarikh kuatkuasa: 17 Mac 2026
- Kategori terlibat:
- BUDI Diesel Individu
- BUDI Diesel Agri-Komoditi
- Tujuan utama: Kurangkan beban kos sara hidup & kos operasi
- Permohonan: budidiesel.gov.my
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan tempoh interim bagi Bantuan Tunai BUDI MADANI Diesel sebagai langkah segera membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi semasa. Dalam tempoh ini, kadar bantuan dinaikkan sebanyak RM100, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bulanan meningkat daripada RM200 kepada RM300, berkuat kuasa mulai 17 Mac 2026.
Peningkatan ini memberi kelegaan kepada pengguna diesel, terutamanya mereka yang menggunakan bahan api tersebut untuk tujuan pekerjaan dan sumber pendapatan seperti dalam sektor pertanian dan komoditi.
Kenaikan harga minyak global yang dipengaruhi oleh faktor geopolitik dan gangguan bekalan telah memberi kesan langsung kepada kos harian rakyat, justeru bantuan ini diperkenalkan untuk mengurangkan beban kewangan dan memastikan kelangsungan ekonomi golongan terlibat.
Bantuan ini terbuka kepada dua kumpulan utama iaitu BUDI Diesel Individu untuk kegunaan persendirian, serta BUDI Diesel Agri-Komoditi yang menyokong aktiviti pertanian.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi budidiesel.gov.my, dengan proses yang mudah dan mesra pengguna bagi memastikan lebih ramai yang layak dapat menerima manfaat ini.




Cara Semakan BUDI Madani RON95
3 Cara Semak Status Kelayakan Subsidi BUDI95
- Portal rasmi: https://www.budi95.gov.my/
- Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
- Aplikasi Setel, Touch n Go, CaltexGO (selepas verifikasi identiti)
Hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan untuk semakan.
Mulai 30 September, penggunaan subsidi dipaparkan harian, termasuk baki kelayakan.
Had subsidi: 300 liter/bulan

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ mulai 25 September 2025)
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semakan BUDI95 (Budi Madani RON95)
Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.
Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (Subsidi petrol BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September di https://www.budi95.gov.my/
Tidak. Tiada sekatan untuk isi minyak RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.
Lesen tak perlu bawa, tapi pastikan lesen anda tak expired ya. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk isi minyak RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99/liter.
Boleh. Anda hanya perlu sahkan akaun supaya tak perlu imbas IC setiap kali nak isi minyak.
Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun dan lakukan proses verifikasi untuk dapatkan harga petrol RON95 bersubsidi.
Baca juga: Hilang Kelayakan BUDI95 Jika Tak Bayar Saman – Betul Ke?
Pengenalan BUDI Diesel

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Tarikh Bayaran BUDI MADANI 2026 (Diesel)
Bagi mereka yang telah diluluskan, pembayaran bagi tahun 2026 akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Tarikh bayaran BUDI MADANI bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
Tarikh Pembayaran Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI bagi Tahun 2026
Januari – Jun 2026
| Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| 1-31 Jan | 10 Feb (Selasa) |
| 1-28 Feb | 6 Mac (Jumaat) |
| 1-31 Mac | 8 April (Rabu) |
| 1-30 April | 8 Mei (Jumaat) |
| 1-31 Mei | 9 Jun (Selasa) |
| 1-30 Jun | 8 Julai (Rabu) |
Julai – Disember 2026
| Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| 1-31 Julai | 7 Ogos (Jumaat) |
| 1-31 Ogos | 8 Sept (Selasa) |
| 1-30 Sept | 8 Okt (Khamis) |
| 1-31 Okt | 6 Nov (Jumaat) |
| 1-30 Nov | 8 Dis (Selasa) |
| 1-31 Dis | 8 Jan 2027 (Jumaat) |


Masih belum memohon bantuan tunai BUDI MADANI?
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari budimadani.gov.my.
Baca juga: eHailing Budi 95 – Subsidi Petrol Untuk Pemandu E-Hailing
BUDI Individu (Diesel)
BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Syarat Permohonan BUDI Madani (Diesel)
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Cara Permohonan
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:
- Mendaftar akaun pengguna
- Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan










Semakan Kelayakan / Permohonan BUDI Diesel
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan.
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Penerima akan menerima bantuan tunai berjumlah RM200 pada melalui akaun bank penerima.
Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jumlah / Kaedah Pembayaran BUDI Diesel
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.

Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semakan BUDI MADANI Diesel
BUDI MADANI Diesel adalah program subsidi bersasar kerajaan bagi pemilik kenderaan diesel individu, petani kecil serta syarikat pengangkutan tertentu melalui mekanisme bantuan tunai RM300 sebulan atau subsidi diesel bersubsidi menggunakan fleet card.
Layak adalah warganegara Malaysia dengan pendapatan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah, memiliki kenderaan diesel bukan mewah yang berdaftar atas nama sendiri dengan cukai jalan aktif, atau petani kecil/pekebun berdaftar serta syarikat pengangkutan yang menggunakan diesel.
Tidak. Program ini tidak meliputi motosikal diesel.
Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi BUDI MADANI iaitu https://budidiesel.gov.my dengan mendaftar akaun, mengisi maklumat peribadi dan kenderaan serta muat naik dokumen sokongan.
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan bayaran tunai RM300 dibuat secara bulanan mengikut jadual yang diumumkan kerajaan.
Pemohon boleh menyemak sebab penolakan dan membuat rayuan dengan melengkapkan dokumen tambahan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI.
Ya, untuk syarikat menggunakan MySubsidi Diesel (SKDS 2.0), terdapat had liter penggunaan dan kawalan menggunakan fleet card.
Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel hanya terhad di Semenanjung Malaysia kerana keperluan kajian dan kelembapan pelaksanaan sistem fleet card di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim (FAQ) di bawah:
Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat e-mel : [email protected]
Baca juga: Budi Madani Diesel – RM300/sebulan Mulai 17 Mac 2026




