Program Budi MARA: Bantuan Pelajar MRSM B40

Secara ringkasnya, program Budi MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi para pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi mereka yang layak.

Melalui program Budi ini, pelajar daripada keluarga golongan B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan para sebaya mereka melalui pelbagai kemudahan yang diberikan agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna.

Perlaksanaan program ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekurang-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golongan B40.

Pengenalan Program Budi MARA Untuk Pelajar B40 Di MRSM

Bagi yang tidak tahu, program Budi MARA bukanlah satu program baru sebaliknya sudah diperkenalkan sejak tahun 2005.

Pada awalnya program ini dikenali dengan nama Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada program Budi pada tahun 2006.

Sejak tahun 2005, pihak MARA telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kritera yang ditetapkan.

Bantuan yang diberikan tidak terhad kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi lain.

Artikel berkaitan: Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Syarat Kelayakan Program Budi MARA

Tidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima bantuan, sebaliknya para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah kurang RM1,500
  2. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
  3. Keluarga mempunyai tanggugan 5 orang dan ke atas

Pihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarata bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini.

Bentuk Bantuan Yang Diberikan

budi mara

Pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Yurang persekolahan
  2. Pakaian sekolah
  3. Barangan keperluan harian
  4. Peralatan pembelajaran
  5. Tambang perjalanan cuti semesta
  6. Pakaian sukan
  7. Barangan keperluan peribadi
  8. Wang saku bulanan RM50
  9. Pengecualian bayaran wang caruman

Program Secara Menyeluruh

Melalui program ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.

Program ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!