Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Salah satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pakej PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.

Program tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

Tentang PRIHATIN Kasih

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.

Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.

Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Pembayaran

Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.

Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:

BULANJUMLAH
JULAIRM100
OGOSRM100
SEPTEMBERRM100
JUMLAHRM300

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.

Semakan Status

Semakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di sini.

Sekiranya anda layak namun tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel [email protected] dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Soalan Lazim

Apakah itu PRIHATIN Kasih?

Insentif di bawah PEMERKASA yang menyediakan bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan untuk yang layak.

Adakah saya layak?

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

RM100 sebulan selama 3 bulan untuk pembelian barangan asas.

Bilakah bayaran akan dibuat?

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!