eKasih: Pendaftaran & Semakan Status Bantuan SARA STR 2023

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. 

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.

ekasih

Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih

Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.

Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:

1. Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2023.

Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), penerima yang layak akan mendapat bakul makanan bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

Semakan kelulusan boleh dibuat melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my)

bantuan SARA
Bantuan SARA diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak.

Program ini akan bermula pada Julai hingga Disember 2023.

Semakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2023

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

bantuan SARA

Ini kerana, berbeza dengan penerima SARA di Semenanjung Malaysia, penduduk di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 melalui akaun bank yang telah didaftarkan.

(Kaedah bayaran adalah berdasarkan kaedah bayaran STR Fasa 3.)

Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:

LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN MYKASIH (SEMENANJUNG MALAYSIA)

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula Isnin, 17 Julai 2023.

Bantuan ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia). *Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)
sumbangan asas rahmah str 2023 tambahan
Sumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Tarikh pelaksanaan SARa adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:

  • 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
  • 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
  • 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN SARA STR 2023 : Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Bayaran RM600

2. I-Suri / i-Saraan KWSP (Insentif RM480 setahun)

Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.

Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.

i-suri kwsp

Rujuk cara daftar Program Kasih i-Suri KWSP.

3. Bantuan JKM

Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
  • Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  • Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

Info lanjut: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2023 (Online/Manual)

Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Syarat-syarat kelayakan lain adalah seperti berikut:

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

* Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

Proses Permohonan

ekasih bantuan 2023

Panduan Pendaftaran eKasih 2023

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Semakan Status eKasih 2023

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

semakan pendaftaran ekasih 2023

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://www.icu.gov.my/

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: