Tarikh Akhir Potong Kuku & Rambut Bagi Korban 2024

Adakah dibolehkan seseorang potong kuku korban dan menghilangkan segala bulu serta rambut sekiranya ingin melakukan ibadah korban pada bulan Zulhijjah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum potong kuku korban, rambut dan bulu-bulu di badan.

Baca juga:

potong kuku korban

Apa itu Potong Kuku?

Potong kuku adalah aktiviti menjaga kebersihan dan kesihatan kuku dengan cara memotongnya secara berkala.

Kuku yang terlalu panjang akan menjadi tempat berkumpulnya kotoran dan bakteria sehingga menyebabkan jangkitan kuman.

Untuk memotong kuku, biasanya kita akan gunakan alat khusus seperti penyepit kuku atau pemotong kuku.

Hukum Asal Memotong Kuku

Amalan memotong kuku adalah sangat dianjurkan dalam Islam kerana ia salah satu dari kebersihan diri.

Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabur bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 5550 & Muslim, No. 275)

Berkenaan dengan keistimewaan hari-hari tertentu untuk memotong kuku, tiada nas hadis sahih yang menyatakannya.

Namun terdapat riwayat yang mengatakan para sahabat dan tabi’in memotong kuku pada hari Jumaat.

Hukum Potong Kuku, Rambut dan Bulu

Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, Janganlahh dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 1977)

Justeru, hukum potong kuku korban, rambut dan segala bulu-bulu di badan (rambut, bulu ketiak, janggut, misai, bulu ari-ari dan selainnya) adalah makruh.

Makruh yang dimaksudkan ini adalah makruh tanzih iaitu perbuatan terlarang tanpa dosa yang menyalahi adan dan lebih baik ditinggalkan.

Apabila tibanya 1 Zulhijjah kita disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta segala bulu yang ada pada badan (rambut, bulu ketiak, janggut, misai, bulu ari-ari dan selainnya) dengan apa jua cara yang boleh menghilangkannya sehinggalah selesai melakukan ibadah korban untuk memperoleh pahala sunat amalan tersebut.

potong kuku korban 2024
Sumber: JAKIM

Bila Boleh Potong Kuku?

Bagi anda yang ingin berkorban, anda boleh memotong rambut, kuku dan bulu sehingga tarikh terakhir iaitu pada maghrib petang, 29 Zulkaedah (Khamis, 7 Jun 2024).

Mulai dari 1 Zulhijjah hingga haiwan korban masing-masing disembelih, tidak dibenarkan lagi untuk memotong kuku, rambut dan bulu. Dibolehkan semula selepas selesai penyembelihan haiwan Qurban.

Hikmah dan Kelebihan

Berdasarkan kepada pendapat Al-Imam Al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain.

Antara hikmah yang disebutkan oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarahnya berkenaan larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan potong kuku korban dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Khas Haji dan Korban Siri Ke-66: Larangan Memoting Kuku dan Bulu Bagi Mereka Yang Berkorban Di Luar Negara Yang Berbeza Tarikh Hari Raya Aidiladha. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Haji dan Korban Siri Ke-57: Adakah Larangan Memotong Rambut Bagi Orang Yang Melakukan Korban Meliputi Segala Jenis Bulu Pada Badan. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini: