Poster Hari Raya & Rumah Terbuka – Download Percuma (Editable)

poster raya
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Poster Hari Raya ialah bahan visual bertema Aidilfitri yang mengandungi ucapan seperti Selamat Hari Raya, ilustrasi ketupat, masjid, bulan sabit atau elemen yang menggambarkan Hari Raya.

Penggunaan poster digital ini secara tidak langsung menggantikan budaya menghantar kad raya fizikal yang tidak lagi praktikal bagi generasi masa kini.

Malah, poster Hari Raya jauh lebih efisien kerana ia tidak memerlukan kos cetakan atau masa penghantaran yang lama. Anda hanya perlu memuat naik di media sosial atau menghantar terus melalui WhatsApp untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan.

Bagi yang mahir menggunakan perisian suntingan seperti Photoshop, Canva dan seumpamanya mungkin tidak begitu sukar untuk anda merekabentuk poster ucapan sendiri.

Namun bagi yang tidak mahir, anda boleh memuat turun poster ucapan Hari Raya di bawah secara percuma.

Kegunaan Poster Hari Raya

Poster Hari Raya digunakan sebagai bahan visual untuk menyampaikan ucapan, promosi atau maklumat berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ia biasanya dikongsi secara digital di media sosial atau dicetak sebagai bahan hiasan dan hebahan.

Berikut beberapa kegunaan utama poster Hari Raya:

  1. Ucapan Selamat Hari Raya – untuk dikongsikan di platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram sebagai tanda ingatan kepada keluarga, rakan dan kenalan.
  2. Promosi Jualan Raya – untuk mempromosikan jualan Aidilfitri, diskaun khas Ramadan atau promosi pakaian raya, kuih raya dan dekorasi rumah.
  3. Hebahan Program atau Acara – untuk menghebahkan pelbagai acara seperti:
    • Majlis rumah terbuka Hari Raya
    • Program komuniti atau masjid
    • Jamuan Aidilfitri di pejabat atau sekolah
  4. Kandungan Media Sosial – digunakan sebagai content marketing oleh jenama, organisasi atau individu untuk menarik perhatian audiens di media sosial semasa musim perayaan.

Kelebihan:

  • Kos Percuma: Kebanyakan templat dan elemen boleh didapati tanpa bayaran.
  • Pantas: Boleh dihantar sekelip mata ke seluruh dunia.
  • Customizable: Anda boleh memasukkan gambar keluarga atau logo perniagaan sendiri.
  • Mesra Alam: Mengurangkan penggunaan kertas selari dengan trend kelestarian global.

Muat Turun Poster Hari Raya Percuma

Berikut merupakan beberapa koleksi poster raya percuma yang boleh anda muat turun secara percuma. Anda juga boleh meletakkan nama dan teks ucapan ringkas menggunakan perisian suntingan kegemaran anda.

Poster Ucapan Selamat Hari Raya

Poster 1: Poster ucapan Hari Raya dengan rekabentuk profesional dan eksklusif.

poster hari raya

Poster 2: Poster ucapan Hari Raya dengan tulisan bahasa Arab dan Inggeris.

salam lebaran

Poster 3: Poster Hari Raya dengan ucapan ringkas.

poster raya

Poster 4: Poster dengan ucapan ringkas dalam bahasa Inggeris.

Minal Aidil Wal Faizin

Poster 5: Poster dengan rekabentuk minimalis dan ucapan ringkas dalam bahasa Inggeris.

Poster 6: Poster ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri berwarna ceria.

Minal Aidil Wal Faizin

Poster 7: Poster Eid Mubarak bertema biru dengan ucapan ringkas Bahasa Inggeris.

Minal Aidil Wal Faizin

Poster 8: Poster Eid Mubarak bertemakan warna ceria dengan reka bentuk minimalis.

Poster 9: Poster ucapan raya dengan pantun ringkas.

Poster 10: Poster raya dengan ucapan ringkas Bahasa Melayu.

poster raya

Poster 11: Poster raya dengan ucapan ringkas Bahasa Melayu.

POSTER HARI RAYA

Poster 12: Poster Hari Raya dengan gaya minimalis dan ucapan santai.

POSTER RAYA

Poster 13: Poster Salam Aidilfitri dengan ucapan bahasa Melayu.

poster hari raya

Poster 14: Poster Hari Raya dengan tema hitam dan ucapan Eid Mubarak.

poster hari raya

Poster 15: Poster hari raya hipster dengan ucapan ringkas.

poster raya

2. Poster Jemputan Rumah Terbuka Raya (Editable)

NOTA: Klik MUAT TURUN untuk edit poster jemputan raya di bawah.

Poster 16:

poster rumah terbuka raya

Poster 17:

poster rumah terbuka raya

Poster 18:

Poster 19:

poster raya rumah terbuka

Poster 20:

Poster 21:

Poster 21:

Poster 22:

Poster 23:

Poster Jemputan Rumah Terbuka Raya

Poster 24:

POSTER RAYA

Poster 25:

Template Poster Hari Raya (Tambah Gambar + Ucapan Sendiri)

NOTA:

  • Klik MUAT TURUN untuk edit poster raya di bawah.
  • Kalau nak letak gambar keluarga sendiri: Klik right click pada imej> pilih ‘Replace Image’.

Poster 26:

Poster 27:

Poster 28:

Poster 29:

Poster 30:

Cara Buat Poster Hari Raya Guna Canva

Selain memuat turun poster Hari Raya di atas, sekiranya anda rajin dan mempunyai kemahiran menyunting, anda boleh menggunakan aplikasi atas talian Canva untuk mennyunting poster kad ucapan anda secara percuma.

Caranya mudah sahaja, ikuti lanngkah-langkah di bawah:

  1. Layari Canva di https://www.canva.com/
  2. Daftar akaun anda atau log masuk menggunakan akaun Google anda.
  3. Pada kotak carian, taip “Hari Raya” untuk menggunakan template poster sedia ada.
  4. Mulakan menyunting dengan memasukkan gambar, teks ucapan raya dan sebagainya mengikut kreativiti anda.
  5. Muat turun selepas anda selesai menyunting kad Hari Raya anda.

Cara Buat Poster Hari Raya Guna AI

Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan poster Hari Raya yang unik dan berkualiti tinggi dalam masa beberapa saat.

Anda tidak perlu mahir apa-apa, hanya perlu memberikan arahan teks (prompt) yang tepat.

Langkah Mudah Menjana Poster AI:

  1. Pilih Penjana Imej AI: Gunakan alatan popular seperti Bing Image Creator (DALL-E 3), Midjourney, atau Canva Magic Media.
  2. Masukkan Prompt (Arahan): Taip huraian poster yang anda inginkan. Gunakan bahasa Inggeris untuk hasil yang lebih tepat.
  3. Generate & Pilih: AI akan memberikan beberapa pilihan visual. Pilih yang paling menepati citarasa anda.
  4. Sentuhan Akhir: Muat turun imej dan gunakan aplikasi seperti Canva atau PicsArt untuk menambah teks ucapan “Selamat Hari Raya”

Contoh Prompt AI Poster Raya:

  • Gaya 3D Comel: “3D isometric illustration of a cute Malay family celebrating Hari Raya in front of a traditional wooden house, warm lighting, pastel colors, high detail, 8k.”
  • Gaya Mewah/Elegant: “Minimalist Eid Mubarak poster background, teal and gold theme, luxury islamic geometric patterns, glowing lanterns, cinematic lighting, professional photography.”
  • Gaya Kampung Retro: “Vintage Malaysian kampung scenery during Hari Raya, oil lamps (pelita) surrounding the house, nostalgic atmosphere, watercolor painting style.”

Tip Mesra AI: Jangan lupa untuk memasukkan kata kunci seperti “High Resolution” atau “4K” dalam prompt anda untuk memastikan poster tidak kabur (blur) apabila dikongsi.

Senarai Idea Ucapan Untuk Poster Hari Raya

Ucapan Raya Klassik/Formal

  • Sepuluh jari disusun rapi mohon kemaafan semoga Syawal kali ini lebih bermakna buat kita sekeluarga
  • Mengharap keredhaan di hari mulia maaf zahir dan batin atas segala salah serta silaf
  • Tangan dihulur maaf dipinta moga ukhuwah yang terjalin kekal abadi di bawah rahmat-Nya
  • Suci ramadan bakal ditinggalkan moga fitrah Syawal menyinari setiap langkah kehidupan kita
  • Terbitnya fajar syawal membawa sinar keampunan maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga
  • Seikhlas hati menyusun jari memohon ampun dan maaf moga lebaran ini dipenuhi kegembiraan
  • Lontaran kata yang mengguris rasa mohon dimaafkan di hari yang penuh mulia ini
  • Andai ada janji yang belum ditepati mohon kemaafan dihulurkan moga syawal lebih berkat
  • Cahaya iman menyinari hati moga hari kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi maaf zahir dan batin daripada kami seikhlas hati

Ucapan Raya Hispter/Gen Z

  • Raya mode: ON. Diet mode: OFF. Selamat Hari Raya!
  • Jangan lupa maafkan, sebelum lupa password hati. Selamat Hari Raya!
  • Raya tanpa drama, hanya ketupat dan bahagia.
  • Keep calm and makan kuih raya.
  • Raya vibes only — Selamat Hari Raya!
  • Balang kukis penuh, hati pun full battery.
  • Selamat Hari Raya, semoga hidup se-sweet kuih raya.
  • Maaf Zahir & Batin, reset hati macam reset WiFi.
  • Raya checklist: Baju baru ✔️ Duit raya ✔️ Mood raya ✔️
  • Mood hari ini: makan, salam, repeat
  • Jangan kira kalori hari ini, kira kenangan Raya saja.
  • Rumah terbuka, hati pun terbuka. Selamat Hari Raya
  • Selamat Hari Raya — vibes kampung always wins.
  • Jangan ghost tetamu, hidangkan kuih raya dulu.
  • Raya ini kita chill, makan dan bergembira.
  • Bila balang kukis berbunyi kosong, maknanya Raya berjaya.
  • Raya vibes: kopi panas + kuih raya + keluarga.
  • Eid Mubarak عيد مبارك — semoga bahagia unlimited.
  • Raya datang membawa memori, bukan sekadar story.
  • Selamat Hari Raya, jangan lupa recharge hati.
  • Hari ini kita makan dulu, diet selepas Raya.
  • Ketupat ada, rendang ada, bahagia pun ada.
  • Raya vibes: senyum, salam, selfie.
  • Selamat Hari Raya — mood happy sampai Syawal habis
  • Raya tanpa kuih raya ibarat WiFi tanpa internet.
  • Selamat Hari Raya, semoga Syawal penuh cerita indah.

    Apakah itu Sambutan Hari Raya Aidilfitri?

    Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan penting yang diraikan oleh umat Islam. Pada pagi hari raya, mereka memakai pakaian baru dan bersolat di masjid.

    Mereka mengucapkan syukur, bertakbir dan selepas itu mereka akan ziarah-menziarahi meminta ampun daripada orang tua, ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Hari Raya Aidilfitri dalam Bahasa Arab adalah Eid al-Fitr (perayaan fitrah) merupakan hari raya umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan mana-mana kaum bagi menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan – di mana umat Islam berpuasa sebulan dari fajar hingga matahari terbenam setiap hari.

    Eid al-Fitr atau Aidilfitri jika diterjemahkan daripada segi bahasa adalah bermaksud ‘Festival Berbuka Puasa’. Dalam kalangan masyarakat Malaysia perayaan ini lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran.

    BACA JUGA: 20+ Lagu Raya 2026 Trending di Youtube & Tiktok

    Soalan Lazim Poster Hari Raya

    Apakah saiz standard untuk poster Hari Raya di media sosial?

    Saiz poster bergantung kepada platform yang digunakan. Untuk Instagram dan Facebook Feed, saiz terbaik ialah 1080 x 1080 piksel (nisbah 1:1). Manakala untuk WhatsApp Status dan TikTok, gunakan saiz menegak 1080 x 1920 piksel (nisbah 9:16).

    Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan templat poster di Canva?

    Tidak semestinya. Canva menyediakan ribuan templat percuma yang boleh diedit sepenuhnya. Walau bagaimanapun, beberapa elemen premium (Canva Pro) memerlukan langganan atau bayaran berasingan untuk membuang tanda air (watermark).

    Bolehkah saya menggunakan gambar dari Google untuk poster saya?

    Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil gambar secara sembarangan dari Google bagi mengelakkan isu hak cipta. Sebaiknya, gunakan sumber imej percuma seperti Freepik, Pexels, atau Pixabay yang menyediakan aset visual berkualiti tinggi dan sah digunakan.

    Bagaimanakah cara untuk memastikan poster raya saya nampak profesional?

    Gunakan gabungan warna yang harmoni (seperti hijau zamrud dan emas), pastikan kualiti gambar adalah tinggi (HD), dan jangan letakkan terlalu banyak teks. Pastikan ruang antara elemen seimbang supaya poster nampak kemas dan mudah dibaca.

    Di mana boleh buat poster Hari Raya secara percuma?

    Poster Hari Raya boleh dihasilkan menggunakan pelbagai aplikasi reka bentuk seperti Canva, Adobe Photoshop atau Microsoft PowerPoint yang menyediakan template dan elemen grafik yang mudah digunakan.

    Apakah elemen penting dalam poster Hari Raya?

    Antara elemen yang sering digunakan dalam poster Hari Raya ialah ucapan seperti Selamat Hari Raya Aidilfitri atau Maaf Zahir dan Batin, serta elemen visual seperti ketupat, pelita, masjid, bulan sabit dan warna tradisional seperti hijau atau emas.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut