Lagu Raya 2026 bersedia untuk memeriahkan suasana Aidilfitri anda dengan pelbagai naskhah muzik yang segar, kreatif dan menyentuh jiwa.
Tahun ini menampilkan ramai penyanyi, artis baru, selebriti mahupun penyampai radio yang ‘turun padang’ menghasilkan lagu raya dengan pelbagai genre.
Bagi anda yang ingin merasai kehangatan Aidilfitri 2026, anda boleh rujuk senarai main (playlist) Lagu Raya 2026 di platform Youtube (playlist TGV) untuk menemani perjalanan balik kampung anda.
Jom kemas kini playlist anda sekarang dan biarkan melodi raya menceriakan hari anda!
Apa Trend Lagu Raya 2026?
Trend Lagu Raya 2026 menyaksikan pertembungan antara inovasi moden dan tradisional.
Tahun ini, industri muzik didominasi oleh elemen kolaborasi merentas budaya dan genre pop-rancak yang menyasarkan audiens Gen Z.
Selain itu, satu lagi trend yang semakin ketara ialah penghasilan lagu raya khas oleh stesen radio dan pusat beli-belah, contohya lagu Inilah Raya oleh Astro Audio dan Samba Raya oleh the Curve.
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penggubahan melodi dan lirik serta video klip raya juga turut memberikan nafas baru kepada lagu raya tahun ini.
Ramai artis turut memilih pendekatan lagu raya yang lebih santai, ceria dan mudah dinyanyikan di media sosial serta boleh dijadikan trend yang diikuti ramai.
Gabungan elemen moden dan nostalgia ini menjadikan lagu raya 2026 lebih pelbagai serta dekat dengan generasi lama dan baharu.
Senarai Lagu Raya 2026 (Trending)
Berikut ialah senarai lagu raya trending 2026, Trending YouTube Malaysia, Lagu Raya Gen Z dan lagu raya terbaru 2026:
| Tajuk Lagu Raya 2026 | Penyanyi / Artis | Pautan YouTube |
| Mama Papa Raya | Aliff Syukri & Famili | Tonton |
| Raya Berseri | Perry K & Layla Sania | Tonton |
| Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris | Tonton |
| Setahun Sekali | 3P | Tonton |
| Mari Menari Raya | JessC x Dato’ AC Mizal | Tonton |
| Selamat Tahun Baru Raya! | Iman Troye, Ammar Haikal, Hadie El Fardie , Ezzny | Tonton |
| Bila Lagi Nak Jumpa | Faizal Tahir & Senario | Tonton |
| Havocnya Raya | HAVOC X SENARIOUNION | Tonton |
| Kan Dah Raya! | Zubir Khan | Tonton |
| Yeye Raya | Floor 88 & Odda | Tonton |
| Lagu Raya Untukmu | Hael Husaini | Tonton |
| Pok Pek Raya | De Fam | Tonton |
| Alamak Terlepas Bus Raya | Roslan Shah (Cik Lan) | Tonton |
| Raya Kita | Aina Abdul | Tonton |
| Sassuey Raya | Roslan Shah & Ifa Raziah | Tonton |
| Ayuh Raya! | Iman Troye & XO Jr. | Tonton |
| Jodoh Lebaran | Aisha Retno | Tonton |
| Terpaling Raya | Haqiem Rusli | Tonton |
| Cerita Raya | Bunga | Tonton |
| Sayang Raya | Mal Hamka & Sandrina | Tonton |
| Ya Raya | Bella Astilah | Tonton |
| Raya Macam Raya | Hael Hussaini | Tonton |
| Tunaikan Saja Hari Raya | Ehin & Iera Milpan | Tonton |
| Tung Tung Raya | Iman Troye, Dato’ Sri Aliff Syukri | Tonton |
| Raya 20 Simpang | Ojenn Aiwahhh | Tonton |
| Tak Sabar Nak Raya | Nabila Razali feat. Nabil Ahmad | Tonton |
| Rasa Raya | Amad Dayyan & Thalita | Tonton |
| Suasana Raya | Ernie Zakri, Syamel | Tonton |
| Raya Check | Sterk | Tonton |
| Goyang Raya | 1119 , Meer Nash , Aniez , Zac Zac | Tonton |
| Restu Raya | Nadeera | Tonton |
| Senyum Gugur Di Penghujung Doa | Dayang Nurfaizah | Tonton |
| Beraya Dengan Saya | Dato’ Siti Nurhaliza | Tonton |
| Jemput Jemput Raya | Iman Troye & Asslah | Tonton |
| Bila Bujang Beraya | Pusat Kebudayaan USIM | Tonton |
NOTA: Susunan lagu bukan mengikut jumlah tontonan video Youtube / kedudukan ranking.
Top 10 Lagu Raya 2026 Viral di Tiktok
Berikut ialah top 10 lagu raya 2026 yang viral di Tiktok:
- “Jemput Jemput Raya” – Iman Troye & Asslah
- “Raya Macam Mana?” – Diana Danielle ft. Francis Roman
- “Goyang Raya” – 1119 Entertainment, Meer Nash, Aniez & Zac Zac
- “Raya Berseri” – Perry K & Layla Sania
- “LaLa Raya” – AGY
- “Pening Raya” – M. Nasir & Salih Yaacob (New Version)
- “Bila Bujang Beraya” – Pusat Kebudayaan USIM
- “Raya Mana Dulu” – Amira Othman & Irfan Haris
- “Raya Check” – Sterk
- “Yeye Raya” – Floor 88 & Odda
NOTA: Kedudukan ini BUKAN kedudukan rasmi dan boleh berubah mengikut jumlah engagement dari semasa ke semasa.
Top 10+ Lagu Raya 2026 Popular Di Youtube
Berikut ialah top 10 lagu raya 2026 yang popular di Youtube (setakat 12 Mac 2026) :
- Mama Papa Raya – Aliff Syukri & Famili (2.5 Juta views)
- Jodoh Lebaran – Aishah Retno (1.4 Juta views)
- Raya Kira Jadi – Kitshafiq, Syeriena Marcella ft. Masmera (1.2 Juta views)
- Pok Pek Raya – De Fam (859K views)
- Tunaikan Saja Hari Raya – Ehin & Iera Milpan (826k views)
- Bila Lagi Nak Jumpa – Faizal Tahir & Senario (710k views)
- Beraya Dengan Saya – Dato’ Siti Nurhaliza (604k views)
- Tung Tung Raya – Iman Troye, Dato’ Sri Aliff Syukri (602k views)
- Havocnya Raya– Havoc Senariounion (595k views)
- Tak Sabar Nak Raya – Nabila Razali feat. Nabil Ahmad (592k views)
- Bincang Raya – Amira Othman, Irfan Haris (521k views)
- Raya Berseri – Perry K & Layla Sania (525k views)
NOTA: Kedudukan ini BUKAN kedudukan rasmi dan boleh berubah mengikut jumlah views dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim Lagu Raya 2026
Ya. Lagu “Raya Berseri” nyanyian Perry K & Layla Sania serta “Raya Macam Mana?” oleh Diana Danielle ft. Francis Roman menjadi bualan kerana menggabungkan elemen budaya yang pelbagai dan lirik berbilang bahasa, sekaligus menarik minat pendengar daripada pelbagai kaum.
Anda boleh merujuk kepada saluran YouTube rasmi syarikat rakaman seperti:
– Suria Records (SRC): Untuk koleksi Evergreen dan Remix 2026.
– Rusa Music: Untuk lagu-lagu tular daripada pempengaruh (influencers).
– Warner Music & Sony Music Malaysia: Untuk pelancaran lagu raya artis arus perdana.
Lagu “LaLa Raya” oleh AGY mencetuskan kontroversi sehingga dilaporkan telah di-takedown dari platform digital selepas menerima jumlah dislike yang tinggi dan kritikan netizen. Namun, gimik atau isu ini justru menjadikannya lebih viral di TikTok dengan pelbagai video ulasan (reaction videos).
Ya. Kumpulan 3P telah melancarkan “Setahun Sekali”, yang merupakan versi Raya daripada lagu asal Mandarin mereka.




