CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023 ONLINE MELALUI PORTAL SIMPENI JAKIM
Sukacita dimaklumkan, Ujian Penilaian Kelas KAFA 2022 telah berlangsung mulai Mei hingga Disember 2022.
Maklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM.
Berikut dikongsikan info penting serta tatacara tersebut kepada semua pihak yang berkaitan.
Apakah Portal SIMPENI JAKIM?
Bermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian
Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik.
Pelaksanaan ini ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaannya diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.
SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.
Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.
Login / Daftar Portal SIMPENI
Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke portal ini.
- Layari laman web simpeni.islam.gov.my
- Pilih button “log masuk”
- Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
Semakan Pendaftaran Calon UPKK 2023
Seperti tahun sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa semua ibu bapa calon UPKK boleh membuat semakan dan pengesahan maklumat calon melalui Portal Sistem maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM.
Sila rujuk pautan berikut untuk semakan : https://simpeni.islam.gov.my/index.php?pages=semakan/semakan_daftar_upkk
Baca juga:
- Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023 (Portal JAKIM)
- Tarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori
- Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)
Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2022 – 2023
Tarikh keputusan UPKK akan diumumkan pada 9 Mac 2023.
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut:
KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE DI PORTAL ONLINE JAKIM
Semakan keputusan UPKK boleh dibuat secara online di capaian berikut: https://semakan.islam.gov.my
Semakan keputusan secara online akan memaparkan keputusan seperti berikut:
Anda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:
KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888
Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi;
Seksyen Data dan Perhubungan,
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Telefon: 03-55143600 samb 2034 atau 2021.
Emel: [email protected]
Laman web: https://simpeni.islam.gov.my/
Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan diucapkan terima kasih.
Baca juga: Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan