Semakan Keputusan UPKK 2026 – https://semakan.islam.gov.my

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi. SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2026 BOLEH DISEMAK PADA 25 FEBRUARI 2026 (RABU), JAM 12 TENGAH HARI MELALUI LAMAN WEB JAKIM.

Berikut dikongsikan info penting serta tatacara tersebut kepada semua pihak yang berkaitan.

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

1. Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diadakan pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.

2. Majlis Pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:

i) Nombor MyKid / No. Kad Pengenalan Khas ;dan
ii) Nombor Angka Giliran

4. Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetepan masa yang akan ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Apa itu Portal SIMPENI JAKIM

SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.

Pelaksanaan SIMPENI ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaannya diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.

Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.

Login / Daftar Portal SIMPENI

Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke portal ini.

  1. Layari Laman Web Rasmi: Pergi ke portal SIMPENI JAKIM.
  2. Pilih button “log masuk”
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan: Taip nombor MyKid atau kad pengenalan calon tanpa tanda sempang (-).
    • Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
  4. Klik Butang Semak: Skrin akan memaparkan ringkasan keputusan subjek.
  5. Cetak Slip Keputusan: Anda disarankan untuk memuat turun dan mencetak slip keputusan sementara untuk rujukan sekolah menengah atau permohonan ke sekolah agama.

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2026

Tarikh keputusan UPKK 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.

SEMAKAN ONLINE DI PORTAL ONLINE JAKIM

Semakan keputusan UPKK boleh dibuat secara online di capaian berikut: https://semakan.islam.gov.my

Semakan keputusan secara online akan memaparkan keputusan seperti berikut:

Anda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:

DAPATKAN KOLEKSI VIDEO SILIBUS KAFA KHUSUS UNTUK PELAJAR TAHUN 1-5 DI SINI: DOWNLOAD

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi;

Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
Telefon: 603 – 8870 7000
Faks: 603 – 8870 7003

Soalan Lazim – Semakan UPKK

1. Bilakah keputusan UPKK 2025 akan diumumkan?

Keputusan akan diumumkan pada 26 Februari jam 10.00 pagi, tetapi semakan online boleh dibuat mulai 26 Februari 2026 (Khamis), bermula jam 12.00 tengah hari.

2. Bagaimana semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA boleh dibuat?

Ia boleh disemak di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

3. Berapa matapelajaran peperiksaan UPKK?

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:

Amali Solat
Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
Tilawah Al-Quran
Pelajaran Jawi dan Khat
Sirah
Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
Adab (Akhlak Islamiah)
Lughah Al-Quran

4. Adakah perlu ambil UPKK jika nak masuk asrama?

Tidak semestinya. Tetapi ia boleh dijadikan sokongan untuk kemasukan ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) dan SMAP (Sekolah Menengah Agama Persekutuan).

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut