Sijil Darjah Enam Agama SDEA 2025 – Semakan Keputusan Peperiksaan boleh dibuat mulai 22 JANUARI 2026 (KHAMIS), JAM: 11.00 PAGI di pautan berikut: https://bit.ly/semakansdea2025
Tahukah anda, selain UPKK, terdapat penilaian yang dilaksanakan di peringkat negeri yang berbeza dengan amalan kebangsaan.
Misalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam. PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
Di Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), di Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).
Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SDEA dan jadual peperiksaan SDEA untuk sesi 2025.
Mengenai SDEA
SDEA ialah Sijil Darjah Enam Agama yang merupakan peperiksaan khas untuk murid-murid di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Peperiksaan ini bertujuan untuk menilai dan menguji pengetahuan murid dalam subjek-subjek agama di peringkat rendah.
Antara subjek bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Akhlak dan Tasawuf
- Sirah
- Tajwid
- Lughatul Arabiah
- Muamalat, Munakahat, Jinayat
- Ibadat dan Faraid
- Tafsir Al-Quran dan Hadith
- Tauhid
Semakan Keputusan SDEA
Semakan keputusan SDEA boleh dibuat mulai 22 Januari 2026 (Khamis) jam 11.00 pagi melalui pautan berikut : https://bit.ly/semakansdea2025
Anda juga boleh imbas kod QR dalam poster di bawah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Kod QR ini akan mula berfungsi pada 22 Januari 2026, jam 11.00 pagi.

Tarikh Peperiksaan SDEA 2026
Untuk makluman, peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2026 berlangsung pada tarikh berikut:
- Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama
- Bertulis : 3 – 7 Ogos 2026
- Sijil Darjah Enam Agama
- Lisan & Hafazan : 7 – 14 September 2026
- Bertulis : 23 – 26 November 2026
Sila rujuk jadual peperiksaan dalam lampiran di bawah.
Takwim Peperiksaan Tahun 2026
Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan bagi tahun 2026 dengan ketetapan berikut:

Takwim Peperiksaan Tahun 2026 – Versi Bahasa Melayu
| Bil | Tarikh | Peperiksaan | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1 | 20 – 30 April 2026 | Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1 dan 2 | Lisan & Hafazan |
| 2 | 04 – 08 Mei 2026 | Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1 | Bertulis |
| 3 | 11 – 18 Mei 2026 | Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 2 | Bertulis |
| 4 | 01, 08, 15 & 22 Ogos 2026 | Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) | Lisan & Hafazan |
| 5 | 03 – 07 Ogos 2026 | Ujian Penilaian 1 (SAKJ) | Bertulis |
| 6 | 03 – 10 Ogos 2026 | Ujian Penilaian 2 (SAKJ) | Bertulis |
| 7 | 03 – 07 Ogos 2026 | Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) | Bertulis |
| 8 | 03 – 12 Ogos 2026 | Peperiksaan Sijil Ibtidaiyah (SIB) | Lisan & Bertulis |
| 9 | 17 – 28 Ogos 2026 | Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) | Bertulis |
| 10 | 17 – 28 Ogos 2026 | Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) | Bertulis |
| 11 | 07 – 14 September 2026 | Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) | Lisan & Hafazan |
| 12 | 12 – 19 September 2026 | Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) | Bertulis |
| 13 | 14 – 23 September 2026 | Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) | Lisan |
| 14 | 05 – 13 Oktober 2026 | Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1 dan 2 | Lisan & Hafazan |
| 15 | 05 – 07 Oktober 2026 | Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) | Bertulis |
| 16 | 12 – 16 Oktober 2026 | Sijil Menengah Agama (SMA) | Bertulis |
| 17 | 26 – 30 Oktober 2026 | Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 2 | Bertulis |
| 18 | 26 – 29 Oktober & 2 – 4 November 2026 | Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | Bertulis |
| 19 | 02 – 06 November 2026 | Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1 | Bertulis |
| 20 | November 2026 | Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) | Bertulis |
| 21 | 23 – 26 November 2026 | Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) | Bertulis |
| 22 | 07 – 11 Disember 2026 | Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) | Bertulis |
| 23 | Disember 2026 | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Bertulis |
* Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ)
** Tertakluk kepada pindaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
+ Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM)
Soalan Lazim
Peperiksaan ini merujuk kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Peperiksaan ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Sijil Darjah Enam Agama :
Lisan & Hafazan : 7 – 14 September 2026
Bertulis : 23 – 26 November 2026
Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama Bertulis : 3 – 7 Ogos 2026
Subjek yang berkaitan adalah seperti berikut:
– Akhlak dan Tasawuf
– Sirah
– Tajwid
– Lughatul Arabiah
– Muamalat, Munakahat, Jinayat
– Ibadat dan Faraid
– Tafsir Al-Quran dan Hadith
– Tauhid
Info Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Baca juga: Permohonan STAM 2026 KISAS (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)




