Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) – Semakan Keputusan Peperiksaan

semakan keputusan sdka sijil darjah khas agama 2025 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim. Semakan Keputusan Peperiksaan SDKA 2025 Secara Atas Talian boleh dibuat pada 17 Mac 2026 (Selasa), Jam 2.00 Petang di pautan https://bit.ly/semakankeputusanpeperiksaansdka2025.

Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.

Semakan Keputusan Peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama)

MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA) TAHUN 2025

semakan keputusan sdka sijil darjah khas agama 2025 2026

Pengenalan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)

Walaupun Darjah Khas Agama mungkin kurang dikenali di luar negeri Johor, SDKA sebenarnya sudah lama diwujudkan. SDKA diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi.

Sistem pengajian diwujudkan untuk diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya.

Disamping itu, ia berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Pengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di SDKA agar mudah difahami.

Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

BACA JUGA: Bantuan Kasih Johor 2026 – Semakan & Permohonan

Objektif

Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Tempoh Pengajian SDKA

Tempoh pengajian bagi Sijil Darjah Khas Agama adalah setahun, dari bulan Februari hingga November.

Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.

Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).

Kebiasaannya, jumlah murid dalam setiap kelas antara 35 hingga 40 orang.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Sijil Darjah Khas Agama ini:

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005

atau

  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Kelebihan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)

Bagi mereka yang belum mengetahui, SDKA merupakan sijil tertinggi dalam sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah dan mula diwujudkan pada tahun 1923 sebelum digubal sukatan pelajaran pada tahun 1930 dan dimulakan secara rasmi sama seperti SDKA sekarang bermula pada tahun 1932 apabila kelas SDKA dimulakan.

Kalau mengikut sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah, para pelajar akan bermula dengan darjah 1 sehingga darjah 5 (kemudian mendduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau UPKK ) , disambung kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk darjah 6 dan berakhir dengan SDKA untuk darjah 6+1.

Konsep pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor ialah siapa gagal, dia tak naik darjah. Bermaksud jika anda gagal darjah 1 anda akan kekal di darjah 1 sampai anda lulus. Sebab itu jugalah kadang-kadang ada pelajar darjah 4 tapi umur 15 tahun (feeling mudalah tu) walaupun sepatutnya umur bagi darjah 4 jika anda lulus setiap darjah cumalah 10 tahun. Bagi SDKA pula, anda cuma akan layak mengambil tahap lanjutan ini apabila lulus peperiksaan SDEA.

Tempoh masa pembelajaran SDKA ialah selama setahun sahaja iaitu daripada bulan 2 sehingga bulan 11 dan peperiksaan akhir akan diadakan pada penghujung tahun iaitu bermula sekitar bulan 11 atau 12.

Uniknya SDKA ini ialah pelaksanaan proses pembelajarannya hanyalah maksima 4 kali pertemuan dalam sebulan iaitu selama 5 jam bermula jam 8 am sehingga jam 1 pm. Bermakna anda cuma perlu hadir ke sekolah seminggu sekali untuk mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran SDKA itu sendiri iaitu sebanyak 11 subjek dan kebiasaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diadakan pada setiap hari Sabtu.

Subjek-subjek tersebut ialah Al-Quran, Tauhid, Ibadat, Muamalat, Munakahat, Jenayah, Arab, Faraid, Tafsir Al-Quran, Sirah dan Akhlak.

Satu lagi yang anda kena tahu, tak kiralah dari darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor peringkat rendah hinggalah SDKA ini, bagi menjawab peperiksaan tersebut kenalah dalam bentuk tulisan Jawi dan bukan Rumi. Sebab itu jugalah kenapa dalam proses P&P, guru-guru akan menggunakan sepenuhnya tulisan jawi dalam proses P&P.

Perkara ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan bahawa khazanah tulisan Jawi ini dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi seterusnya supaya tidak ditelan diarus zaman.

Bagi mereka yang dapat keputusan SDKA, jangan tiba-tiba pelik kenapa ada gred 1 bagai dan bukannya guna sistem pointer atau sistem Abjad (A, B, C , D) dalam sijil rasmi SDKA anda nanti. Sebab sijil ini menggunakan sistem penggredan atau pangkat iaitu 1 untuk paling cemerlang, 2 cemerlang, 3 baik , SAA lulus dan gagal tu gagal.

Kebiasaannya setiap tahun akan diadakan majlis Konvokesyen oleh pihak sekolah dan Daerah untuk meraikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SDKA. Jadi jangan hairan tiba-tiba nampak ada yang pakai jubah konvokesyen kat sekolah agama, maksudnya ada majlis konvokesyen meraikan merekalah tu.

Kelebihan mempunyai sijil darjah khas ini selain bertujuan memantapkan diri dengan ilmu agama di Johor;
1) Salah satu syarat kelayakan untuk menjadi Guru KAFA di negeri Johor.
2) Sijil tambahan untuk diberi keutamaan bekerja dalam sektor kerajaan di Negeri Johor.

Sumber perkongsian oleh Nur Firdaus

Tarikh Peperiksaan SDKA 2026

Untuk makluman, peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama bagi sesi persekolahan tahun 2026 berlangsung pada tarikh berikut:

  • Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama
    • Bertulis : 12 – 19 September 2026
  • Sijil Darjah Khas Agama
    • Lisan & Hafazan : 1, 8, 15 & 22 Ogos 2026
    • Bertulis : 7 – 11 Disember 2026

Sila rujuk jadual peperiksaan dalam lampiran di bawah.

Takwim Peperiksaan Tahun 2026

Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan bagi tahun 2026 dengan ketetapan berikut:

keputusan sdka 2026 2025 semakan sijil darjah khas agama

Takwim Peperiksaan Tahun 2026 – Versi Bahasa Melayu

BilTarikhPeperiksaanCatatan
120 – 30 April 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1 dan 2Lisan & Hafazan
204 – 08 Mei 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1Bertulis
311 – 18 Mei 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 2Bertulis
401, 08, 15 & 22 Ogos 2026Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Lisan & Hafazan
503 – 07 Ogos 2026Ujian Penilaian 1 (SAKJ)Bertulis
603 – 10 Ogos 2026Ujian Penilaian 2 (SAKJ)Bertulis
703 – 07 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Bertulis
803 – 12 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Ibtidaiyah (SIB)Lisan & Bertulis
917 – 28 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)Bertulis
1017 – 28 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)Bertulis
1107 – 14 September 2026Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Lisan & Hafazan
1212 – 19 September 2026Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Bertulis
1314 – 23 September 2026Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)Lisan
1405 – 13 Oktober 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1 dan 2Lisan & Hafazan
1505 – 07 Oktober 2026Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)Bertulis
1612 – 16 Oktober 2026Sijil Menengah Agama (SMA)Bertulis
1726 – 30 Oktober 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 2Bertulis
1826 – 29 Oktober & 2 – 4 November 2026Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Bertulis
1902 – 06 November 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1Bertulis
20November 2026Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)Bertulis
2123 – 26 November 2026Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Bertulis
2207 – 11 Disember 2026Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Bertulis
23Disember 2026Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Bertulis
Nota:
* Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ)
** Tertakluk kepada pindaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
+ Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM)

Arahan Kepada Calon

  1. Anda hendaklah berada di tempat duduk dalam bilik/dewan peperiksaan sepuluh minit sebelum masa yang ditetapkan bagi peperiksaan itu.
  2. Calon yang tiba lewat dikehendaki memberi sebab yang munasabah kepada ketua pengawas. Kertas soalan TIDAK AKAN DIBERIKAN kepada calon yang tiba lewat daripada 30 minit kecuali dalam keadaan dibenarkan.
  3. Letakkan kad pengenalan/surat beranak/borang pengenalan diri dan kenyataan kemasukan peperiksaan anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan.
  4. Semak butiran pada pelekat meja.
  5. Beritahu pengawas dengan serta merta jika anda diberi kertas soalan berlainan daripada jadual atau menerima kertas soalan yang tidak lengkap.
  6. Baca semua arahan pada kertas soalan dengan teliti sebelum mula menjawab.
  7. Tuliskan jawapan anda dengan menggunakan pensel 2B atau BB sahaja atau pen mata bulat warna biru atau hitam.
  8. Apabila anda disuruh berhenti menulis, susun kertas jawapan anda mengikut susunan yang betul. Pastikan anda sudah menulis angka giliran yang betul pada setiap kertas soalan. Anda mestilah duduk di tempat anda dan senyap semasa kertas jawapan dipungut pengawas.
  9. Jangan keluar dari bilik/dewan peperiksaan sebelum tamat masa yang diperuntukkan melainkan dengan kebenaran pengawas.
  10. Anda tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.
  11. Anda tidak dibenarkan membawa masuk alat komunikasi ke dalam bilik/dewan peperiksaan.
keputusan sdka 2026 2025 semakan sijil darjah khas agama

Selamat maju jaya diucapkan.

Dapatkan BUKU NOTA RINGKAS DARJAH KHAS (SDKA) berdasarkan silibus Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

Maklumat Lanjut Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) & Soalan Lazim

Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Apa itu SDKA?

Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) ialah sijil peperiksaan agama bagi pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ). Ia merupakan peringkat pengajian lanjutan selepas Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dalam sistem pendidikan agama negeri Johor.

SDKA hanya ada di negeri mana?

SDKA hanya terdapat di negeri Johor kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ).

Siapa yang layak mengambil peperiksaan SDKA?

Biasanya calon SDKA ialah pelajar yang:
Telah lulus Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)
Pernah belajar di Sekolah Agama Kerajaan Johor
Meneruskan pengajian agama selepas tamat darjah enam sekolah agama.

SDKA berada di peringkat darjah berapa?

Dalam sistem sekolah agama Johor:
Darjah 1 hingga Darjah 5
Darjah 6 – peperiksaan SDEA
Darjah Khas – peperiksaan SDKA
SDKA dianggap sebagai peringkat tertinggi bagi sekolah agama rendah di Johor.

Apakah kepentingan sijil SDKA?

Menjadi pengiktirafan tahap pembelajaran agama pelajar
Melengkapkan sistem pendidikan agama sekolah rendah Johor
Memberi asas kukuh kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian agama ke peringkat lebih tinggi.

Bagaimana cara membuat semakan keputusan SDKA?

Semakan keputusan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) boleh dibuat secara dalam talian mulai 17 Mac 2026 (Selasa) melalui portal https://bit.ly/semakankeputusanpeperiksaansdka2025
Calon hanya perlu memasukkan maklumat seperti nombor kad pengenalan atau nombor calon untuk melihat keputusan peperiksaan.

Bilakah semakan keputusan SDKA 2025 diumumkan?

17 Mac 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut