Sijil Menengah Agama (SMA) – Semakan Keputusan Peperiksaan

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sijil Menengah Agama (SMA) adalah peperiksaan awam yang diduduki oleh semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Negeri. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut: SEMAKAN KEPUTUSAN SMA 2025 JOHOR

Peperiksaan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Contohnya untuk negeri Johor, peperiksaan ini akan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) manakala bagi negeri Selangor, ia dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan di Sabah pula oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pengenalan Sijil Menengah Agama (SMA)

Mungkin ada yang masih mempertimbangkan sama ada pengajian di peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) patut dipertimbangkan atau tidak.

Sijil Menengah Agama adalah sijil yang kita akan gunakan apabila hendak memohon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

InshaAllah jika cemerlang, boleh sambung belajar di negara timur tengah seperti Mesir, Turki dan sebagainya.

Bagi yang tidak tahu, STAM ini adalah setaraf dengan STPM atau dianggap sebagai pengajian Pra-Universiti.

STAM melibatkan 11 subjek dan Malaysian University English (MUET).

Selain itu, pada masa sekarang pengambilan untuk kursus persediaan Program Ijazah Perguruan di Institut Pendidikan Guru juga menggunakan Sijil SMA.

Artikel berkaitan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)

Semakan Keputusan SMA 2025

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2025 – NEGERI JOHOR

Semakan keputusan SDEA boleh dibuat mulai 22 Januari 2026 (Khamis) jam 11.00 pagi melalui pautan berikut :  https://bit.ly/semakansdea2025

Anda juga boleh imbas kod QR dalam poster di bawah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Kod QR ini akan mula berfungsi pada 22 Januari 2026, jam 11.00 pagi.

MAJLIS PENGUMUMAN PEPERIKSAAN SMA / SMATQ / SMATQKBT / SMATD / SKM 2025 (NEGERI SELANGOR)

keputusan sma 2025

Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran di ruang yang disediakan seperti dalam paparan di bawah, dan klik butang SEMAK.

Pautan semakan SMA 2025 bagi negeri Sabah – https://smlpsmu.sabah.gov.my/semakankeputusansmu.php

Keputusan penuh dan Slip Keputusan Calon (SKC) juga boleh di ambil di Sekolah atau Pusat Peperiksaan masing-masing.

Silibus Sijil Menengah Agama (SMA)

Sijil Menengah Agama adalah sjil agama peringkat menengah yang menggunakan sukatan pelajaran daripada universiti Al-Azhar, dan SMA juga diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peperiksaan SMA adalah mengikut silibus Buuth Al-Azhar Mesir untuk pelajar tingkatan 4.

Berikut merupakan senarai silibus yang perlu diambil oleh pelajar SMA:

  1. Adab Nusus
  2. Mantiq
  3. Feqah
  4. Tauhid
  5. Hadis
  6. Balaghah
  7. Tafsir
  8. Insya’
  9. Quran
  10. Nahu

Satu ketika dahulu pelajar tingkatan 3 perlu menduduki 2 peperiksaan sijil dalam tahun yang sama iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA) kemudiannya SRA dihazafkan.

Sekiranya gagal di peringkat Sijil Menengah Agama, maka anda tidak boleh naik ke Tingkatan 5.

Ada yang mengulang semula tingkatan 4 atau berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.

Disebabkan semua mata pelajaran SMA dalam Bahasa Arab dan jawapan dalam bentuk karangan bukannya pilihan A,B,C dan D maka tentunya bukan mudah untuk mengarang bahkan menggoreng ayat sendiri.

Selain daripada subjek di atas, pelajar yang mengambil SMA juga akan belajar subjek-subjek yang berikut:

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Syariah Islam
  • Pendidikan Al-Quran AsSunnah
  • Sains
  • Ekonomi Asas

Tarikh Peperiksaan SMA 2026

Untuk makluman, peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi sesi persekolahan tahun 2026 berlangsung pada tarikh berikut:

  • Peperiksaan Menengah Agama (SMA)
    • Bertulis : 17 – 28 Ogos 2026
    • Lisan : 14 – 23 September 2026
  • Sijil Menengah Agama (SMA)
    • Bertulis : 12 – 16 Oktober 2026

Sila rujuk jadual peperiksaan dalam lampiran di bawah.

Takwim Peperiksaan Tahun 2026

Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan bagi tahun 2026 dengan ketetapan berikut:

Takwim Peperiksaan Tahun 2026 – Versi Bahasa Melayu

BilTarikhPeperiksaanCatatan
120 – 30 April 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1 dan 2Lisan & Hafazan
204 – 08 Mei 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 1Bertulis
311 – 18 Mei 2026Peperiksaan Sijil Agama Johor (SAKJ) – Tahfiz 2Bertulis
401, 08, 15 & 22 Ogos 2026Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Lisan & Hafazan
503 – 07 Ogos 2026Ujian Penilaian 1 (SAKJ)Bertulis
603 – 10 Ogos 2026Ujian Penilaian 2 (SAKJ)Bertulis
703 – 07 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Bertulis
803 – 12 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Ibtidaiyah (SIB)Lisan & Bertulis
917 – 28 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)Bertulis
1017 – 28 Ogos 2026Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)Bertulis
1107 – 14 September 2026Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Lisan & Hafazan
1212 – 19 September 2026Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Bertulis
1314 – 23 September 2026Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA)Lisan
1405 – 13 Oktober 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1 dan 2Lisan & Hafazan
1505 – 07 Oktober 2026Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)Bertulis
1612 – 16 Oktober 2026Sijil Menengah Agama (SMA)Bertulis
1726 – 30 Oktober 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 2Bertulis
1826 – 29 Oktober & 2 – 4 November 2026Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Bertulis
1902 – 06 November 2026Peperiksaan Akhir Tahun SAKJ – Tahfiz 1Bertulis
20November 2026Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)Bertulis
2123 – 26 November 2026Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)Bertulis
2207 – 11 Disember 2026Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)Bertulis
23Disember 2026Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Bertulis
Nota:
* Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ)
** Tertakluk kepada pindaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
+ Tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai

Baca juga: Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2026 – Jadual Peperiksaan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut