Waris kini boleh menyemak dengan mudah sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat menerusi Portal Semak Kasih yang boleh diakses menerusi pautan https://semak-kasih.mycoverage.my/.
Sebelum ini, mungkin pengendali takaful yang berusaha mengesan waris kepada ahli keluarga yang meninggal dunia, tapi kini waris sendiri ada satu saluran rasmi untuk buat semakan. Jadi, waris tak perlu lagi call setiap takaful satu-satu, tanya kalau arwah ada amik hibah ke tak dan sebagainya.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai portal ini.

Pengenalan Portal Semak Kasih BNM
Portal Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu untuk menyemak sama ada waris yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.
Ia adalah portal sehenti dalam talian yang dibangunkan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang bertujuan untuk membantu menghubungkan semula keluarga dengan manfaat perlindungan yang mungkin masih belum dituntut.
Menerusi portal ini, pengguna hanya perlu menggunakan satu platform untuk menyemak sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan dengan mana-mana daripada 25 syarikat insurans dan takaful yang mengambil bahagian.
Walau bagaimanapun, portal ini bukan platform tuntutan, sebaliknya berfungsi sebagai panduan dengan menghubungkan pengguna dengan pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan tanpa mendedahkan butiran sijil atau polisi, nilai perlindungan atau status tuntutan.

Cara Buat Carian Menggunakan Portal Semak Kasih
Portal ini boleh digunakan oleh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Namun, mereka mestilah mendaftar dengan portal ini untuk memastikan semakan boleh dibuat.
Cara Buat Carian di Portal Semak Kasih
- Layari https://semak-kasih.mycoverage.my/
- Daftar Akaun
- Masukkan no kad pengenalan arwah
- Muat naik Sijil Kematian dan lampiran yang berkenaan.
- Tekan butang SEMAK untuk membuat semakan. Jika ada yang berkenaan, anda boleh rujuk ke syarikat Takaful tersebut untuk membuat tuntutan lanjut.

Produk yang layak untuk semakan termasuk sijil takaful dan polisi insurans yang dibeli oleh waris individu yang telah meninggal dunia.

Ia akan menyediakan maklumat tentang syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu dihubungi.

Nota Penting
- Hanya sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara diterima.
- Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil atau polisi serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Jika rekod ditemui, anda akan diberikan maklumat hubungan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat berkenaan untuk pertanyaan lanjut.
- Anda boleh membuat 3 carian dalam satu hari. Had carian anda akan ditetapkan semula dalam masa 24 jam.
Soalan Lazim
Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu anda menyemak sama ada orang tersayang yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar di portal Semak Kasih.
Buat masa ini, portal ini hanya menyediakan akses kepada rekod takaful keluarga dan insurans hayat.
Hanya fail dalam format PDF, JPEG, JPG, and PNG diterima untuk sijil kematian, dengan saiz maksimum 5 MB.
Tidak. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
Tidak. Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil atau polisi serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Jika rekod ditemui, anda akan diberikan maklumat hubungan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat berkenaan untuk pertanyaan lanjut.
Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Layari portal https://semak-kasih.mycoverage.my/.
2. Klik bahagian ‘Semak Kasih.’
3. Klik butang ‘Log Masuk.’
4. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.
5. Log masuk semula.
6. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan individu yang meninggal dunia.
7. Muat naik salinan siil kematian yang jelas.
Pengguna boleh membuat 3 carian dalam satu hari dan had carian akan ditetapkan semula dalam masa 24 jam.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Semak Kasih, sila layari laman web https://semak-kasih.mycoverage.my.
Baca juga: Pemandu Dengan Rekod Baik Boleh Claim Rebat Insurans 10% CERMAT MADANI




