Pisang – Ketahui Jenis, Dimensi Jejari & Khasiat Pemakanan

pisang
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Malaysia mempunyai pelbagai jenis pisang dengan kegunaan berbeza mengikut keperluan harian selain merupakan antara buah yang paling popular di Malaysia.

Buah ini juga mudah ditanam di kawasan rumah atau kebun kecil yang boleh mengeluarkan hasil kira-kira 10 bulan.

Mengenai Buah Pisang

Pisang ialah buah-buahan tropika berkhasiat yang tumbuh pada tumbuhan herba gergasi (genus Musa spp), bukan pokok berkayu.

Ia juga diklasifikasikan secara botani sebagai beri, berbentuk melengkung, isi lembut berkahji, dan berwarna kuning/hijau/merah apabila masak.

Buah ini juga dikenali sebagai buah yang kaya tenaga, dimakan segar atau dimasak, dan popular di seluruh dunia.

Di Malaysia tanaman buah ini diusahakan di kebanyakan negeri-negeri, namun kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak.

Kandungan Dalam Pisang

Menurut kajian yang dilakukan terhadap 100 gram, buah ini dapat menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, serat 3.0 gm, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut dan 116 kcal tenaga.

Buah ini juga mengandungi asid, enzim dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa.

Selain itu, ia juga mempunyai magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin dan folat.

Jenis Buah Pisang

Terdapat beberapa jenis buah ini yang popular di Malaysia:

i- Varieti Makan Segar (Popular & Komersil)

  • Pisang Cavendish (Kultivar Global) – Varieti eksport paling berat (25-40kg setandan) dengan 15-25 sisir setiap tandan.
  • Pisang Berangan – Popular kerana warna kuning oren.
  • Pisang Mas – Terkenal dengan rasa sangat manis.
  • Pisang Rastali – Mempunyai kulit nipis dan rasa manis dengan sedikit sentuhan masam jika belum ranum.

ii- Varieti Masakan & Dwi-Kegunaan

  • Pisang Nipah (Pakar Goreng) – Mempunyai isi bertekstur halus.
  • Pisang Lang (Pakar Goreng) – Mempunyai jejari terpanjang (25-35cm).
  • Pisang Nangka (Tahan Simpan) – Unik kerana kulitnya kekal hijau dan mempunyai rasa sedikit masam.
  • Pisang Awak – Versatit; boleh dimakan segar atau dimasak sebagai hidangan sajian.
  • Pisang Raja – Versatit; boleh dimakan segar atau dimasak sebagai hidangan sajian.

Dimensi Jejari

Perbezaan dimensi jejari boleh dilihat seperti berikut:

  • Pisang Mas
    Panjang: 8-12 cm
    Garis Pusat: 2-3 cm
  • Pisang Berangan
    Panjang: 12 – 18 cm
    Garis Pusat: 2.5-3.5 cm
  • Pisang Lang
    Panjang: ~25-35 cm
    Garis Pusat: 6-7 cm

Khasiat Buah Pisang

Terdapat banyak khasiat buah ini seperti:

  1. Tekanan atau stres : Buah ini mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein bertukar kepada serotonin dalam tubuh menyebabkan seseorang berasa tenang dan gembira.
  2. Neutralkan paras glukosa: Vitamin B6 yang ada dalam buah ini mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan hati.
  3. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, buah ini mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, secara tak langsung membantu dalam kes anemia.
  4. Tekanan darah tinggi: Buah ini mengandungi kadar potassium tinggi, garam rendah dan menjadikan sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
  5. Penghadaman: Gentian tinggi menjadikan buah ini sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
  6. Keletihan: Buah ini bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu memperbetulkan sistem hidrasi semula.
  7. Saraf: Buah ini mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.
  8. Panas jantung: Buah ini mempunyai kesan antiasid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan buah ini untuk pemulihan yang baik.
  9. Demam pagi: Buah ini membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.
  10. Gigitan nyamuk: Lapisan kulit buah ini boleh menyembuhkan gigitan nyamuk
  11. Ulser: Buah ini amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
  12. Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini adalah simptom terjadi akibat kurang pendedahan kepada cahaya matahari dan buah ini dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih hati
  13. Penyakit kulit: Buah ini dapat menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya dengan menampalkan sebelah dalam kulit buah ini itu pada tempat yang ingin dirawat.

Cara Penanaman

Penanaman buah ini boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Benih buah ini kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm.
  2. Masukkan bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.
  3. Pelepah buah ini yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali.
  4. Siram pokok tersebut sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik.

Soalan Lazim

Apakah yang terkandung di dalam buah pisang?

Buah ini juga mengandungi asid, enzim dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ia juga mempunyai magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin dan folat.

Apakah antara jenis buah ini yang ada di Malaysia?

– Pisang Cavendish (Kultivar Global)
– Pisang Berangan
– Pisang Mas
– Pisang Rastali
– Pisang Nipah (Pakar Goreng)
– Pisang Lang (Pakar Goreng)
– Pisang Nangka (Tahan Simpan)
– Pisang Awak
– Pisang Raja

Apakah jenis jejari terbesar buah ini di Malaysia?

Pisang Lang dengan panjang antara 25-35 cm dan garis pusat 6-7 cm

Apakah ukuran untuk penanaman pisang?

Lubang ditanam mestilah berukuran 30sm x 30sm x 30sm.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai buah ini, sila layari https://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=78&lang=ms.

Baca juga: Daun Pisang Bukan Hanya Alas Makanan? Ini 7 Khasiat Sebenarnya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut