Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan (YAKIN) 2022 / 2023

PERMOHONAN TAJAAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI
KURSUS PERINGKAT DIPLOMA (SEPENUH MASA) DI UNIVERSITI /
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2022 / 2023

Permohonan Tajaan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) Untuk Mengikuti Kursus Peringkat Diploma (Sepenuh Masa) Di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Sesi 2022 / 2023 akan dibuka mulai 26 Julai 2022.

Berikut dikongsikan info sepenuhnya.

eSPMB YAKIN: Apakah Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan?

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermastautin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) begi mengikuti pengajian di peringkat:

  • Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja)
  • Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah)
  • Diploma di Koleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Baca juga: Pendaftaran MUET Online 2022 & Tarikh Peperiksaan Terkini

Syarat-syarat Kelayakan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) 2022

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan
  2. Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti / Insitusi tempatan sebagaimana di atas
  3. Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon

Baca juga: eBantuan JKM: Permohonan 11 Skim Bantuan JKM 2022 (Online/Manual)

pinjaman yayasan kelantan

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir permohonan online adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis) manakala Borang Permohonan Manual hendaklah dihantar kepada Pejabat YAKIN Sebelum 1 September 2022 (Khamis).

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web PORTAL PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAKIN (http://www.espmb.com/yakin) bermula pada 26 Julai 2022 (Selasa)
  2. Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.
  3. Borang permohonan online hendaklah dicetak dan disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut:
    • Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
    • Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan Ibu bapa dan Penjaga
    • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan
    • Satu keping gambar berukuran pasport
    • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
    • Surat tawaran kemasukan ke universiti
    • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)
  4. Sila hantarkan dokumen tersebut di alamat berikut:
    • YAYASAN KELANTAN DARULNAIK (YAKIN)
      Tingkat 5, Kompleks YAKIN,
      Jalan Gajah Mati,
      15000 Kota Bharu, Kelantan.
      Tel : 09-748 3213 / 744 6127
espmb yakin

Sila rujuk MANUAL PENGGUNA melalui lampiran di bawah:

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian di mana-mana IPTA, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:

LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.espmb.com/yakin

LANGKAH 2: Cetak permohonan 

LANGKAH 3: Hantar permohonan & dokumen sokongan (yang telah disahkan) yang diperlukan

LANGKAH 4: Pemohon boleh menyemak status permohonan di www.espmb.com/yakin (dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup permohonan)

LANGKAH 5: Permohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dua (2) set dokumen perjanjian di www.espmb.com/yakin

LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat tawaran

Maklumat Lanjut Tentang eSPMB YAKIN

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!