Pendaftaran MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini
Pendaftaran MUET 2022, Semakan Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini & Keputusan Peperiksaan
Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Adakah MUET Wajib Diambil?
Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.
Tarikh Peperiksaan MUET Setiap Tahun
Bermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlansung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.
Pendaftaran MUET Sesi 1 / 2022
Pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2021 akan dibuka dari 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.
Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my
Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.
Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).
Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau rujuk langkah di bawah untuk pendaftaran.
Jadual Tarikh MUET 2022
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM.
Sila rujuk jadual di bawah:
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2022 | Muat Turun |
Baca juga: e-Pengambilan PDRM 2022: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Kadar Bayaran MUET
Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
Calon Warganegara | Calon Bukan Warganegara | |
Yuran pendaftaran | RM 40.00 | RM 120.00 |
Yuran mata pelajaran | RM 60.00 | RM 230.00 |
Jumlah | RM 100.00 | RM 350.00 |
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu
Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my.
PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi
i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.
ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.
a. | Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. |
b. | Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian. Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan). |
c. | Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya. |
d. Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.
Cara Pendaftaran MUET Online 2022
Berikut merupakan carta alir proses pendaftaran dan pengambilan MUET 2022. Pendaftaran akan berakhir pada 12 Januari 2022.
Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di :
- Sila ke pautan https://muet.mpm.edu.my/registration
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
- Buat bayaran mengikut kaedah yang tertera
Bagi calon persendirian, sila rujuk langkah pendaftaran dalam infografik di bawah:
Rujuk manual pengguna selengkapnya di bawah ini:
Semakan Keputusan MUET
KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 2 TAHUN 2021
Untuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 13 Januari 2022, Khamis 10.00 Pagi.
Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE
Melalui pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/
atau di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/
KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS
Melalui SMS
Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP
dan hantar ke 15888.
Contoh: MUET RESULT 09050310xxx
Pengenalan MUET on Demand
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.
Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.
Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.
- Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
- Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
- Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
- Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.
Baca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online
Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran MUET
Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/
atau
hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.