Anak Negeri Perlis yang melanjutkan pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah dialu-alukan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis untuk tahun 2026 menerusi pautan https://get-qr.com/en/content/gFap1a.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pinjaman pelajaran ini.

Mengenai Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Perlis
Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis merupakan bantuan pinjaman yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perlis melalui Yayasan Islam Perlis untuk membantu anak-anak Perlis melanjutkan pengajian mereka ke IPT.
Pinjaman pelajaran ini disediakan bagi peringkat pengajian di peringkat ljazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Dengan adanya pinjaman pelajaran ini, secara tidak langsung ia akan membantu anak-anak Perlis untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi di IPT terutamanya mereka dari keluarga kurang berkemampuan.
Tarikh Permohonan
Tiada tarikh tutup ditetapkan untuk permohonan ini dan pemohon boleh memohon pada bila-bila masa.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah ANAK NEGERI PERLIS (sama ada Pemohon / Bapa / Ibu).
- Pemohon berketurunan Melayu.
- Pemohon mestilah MENDAPAT PENDIDIKAN DI NEGERI PERLIS sekurang-kurangnya 5 tahun secara terus atau pemohon / ibu bapa menetap di Negeri Perlis selama tempoh 5 tahun.
- Pinjaman Pelajaran ditawarkan untuk pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja.
- Permohonan terbuka untuk pengajian di Universiti-universiti Tempatan dan Luar Negara
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk membuat permohonan ini, dokumen yang diperlukan yang disahkan adalah seperti berikut:
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan kad pengenalan
- Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi.
- Salinan sijil berhenti sekolah
- Salinan Sijil SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Salinan Transkripsi Asasi, Salinan Diploma, dan lain-lain kelulusan yang setaraf (jika ada).
Semua salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Majikan.
Cara Memohon
Pemohon hendaklah memuat turun borang permohonan di pautan https://get-qr.com/en/content/gFap1a.
Permohonan hendaklah dalam SATU salinan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
Borang permohonan hendaklah diisi lengkap dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Hantar borang permohonan beserta semua dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
YAYASAN ISLAM PERLIS,
NO 29 & 31, KOMPLEKS PERNIAGAAN PKENPs,
JALAN SENA INDAH , PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR.
Soalan Lazim
Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis ialah bantuan pinjaman pendidikan untuk membantu anak-anak Perlis melanjutkan pengajian mereka ke IPT.
Ya. Untuk pinjaman pelajaran ini hanya terhad kepada bangsa Melayu sahaja.
Pemohon / ibu bapa menetap di Negeri Perlis selama tempoh 5 tahun.
– Ijazah Pertama
– Sarjana
– Doktor Falsafah
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://get-qr.com/en/content/gFap1a.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Setiausaha Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Neger Perlis
Yayasan Islam Perlis No 29 & 31 , Kompleks Perniagaan PKENPs,
Jalan Sena Indah, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
PERLIS
Nombor Telefon : 04-977 5277
Emel: [email protected]




