Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS 2026

bantuan am pelajaran ipt mains
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT yang boleh dibuat melalui Sistem Permohonan Bantuan MAINS (e-SPBM) iaitu https://www.mains.gov.my/agihan/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan am ini.

Mengenai Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS

Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS merupakan bantuan yang disediakan kepada pihak MAINS khusus kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat IPT.

Bantuan ini merupakan bantuan awal kemasukan ke pusat pengajian untuk pelajar yang menerima tawaran di IPT bagi membantu persediaan awal sebelum memulakan pengajian.

Menerusi bantuan ini, ia akan membantu pelajar yang tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka di IPT.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 16 FEBRUARI HINGGA 30 NOVEMBER 2026.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini.
  4. Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT (6 bulan dari tarikh pendaftaran).
  5. Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak untuk sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  6. Mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  7. Mengikuti peringkat pengajian berikut:
    – Sijil/Asasi/Matrikulasi/Tamhidi/Tingkatan 6
    – Diploma
    – Ijazah Sarjana Muda
    – Sarjana
    – Doktor Falsafah
  8. .IPT Awam atau Swasta di dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kejaraan Malaysia.
  9. Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  10. Keutamaan bantuan kepada pemohon yang belum berkerjaya & tiada pendapatan tetap.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem Permohonan Bantuan MAINS (e-SPBM) iaitu https://www.mains.gov.my/agihan/.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS?

Bantuan ini ialah bantuan awal kemasukan ke pusat pengajian untuk pelajar yang menerima tawaran di IPT bagi membantu persediaan awal sebelum memulakan pengajian.

Siapakah yang layak memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS?

Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar Islam yang bermastautin di Negeri Sembilan dan yang akan menyambung pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Tamhidi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dengan dengan merujuk kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam iklan yang dipaparkan di portal MAINS.

Adakah bantuan ini disediakan bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di IPTA sahaja?

Tidak, bantuan ini disediakan untuk semua institusi yang diiktiraf oleh MQA atau Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau diperakui oleh pihak agensi berkuasa yang berkaitan termasuk IPTS

Adakah bidang pengajian yang tertentu sahaja yang boleh dibantu?

Bantuan ini tidak mengambil kira bidang pengajian yang tertentu namun bagi bidang pengajian yang bertentangan dengan hukum syarak tidak akan dipertimbangkan.

Bolehkah saya memohon jika saya sudah mengikuti pengajian di IPT?

Boleh memohon sekiranya pelajar masih dalam tempoh semester pertama atau dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan semasa daripada tarikh pendaftaran tawaran kemasukan ke IPT (rujuk Tarik daftar pada surat tawaran)

Saya pernah menerima Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS pada awal tahun lepas bagi kemasukan peringkat tamhidi, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk kemasukan peringkat Diploma pada tahun ini?

Permohonan boleh dibuat untuk kemasukan pertama bagi setiap peringkat pengajian.

Anak saya berumur 16 tahun dan telah menerima tawaran di Koleh Vokasional. Adakah saya boleh memohon bantuan ini ?

Bagi pelajar yang berumur 16 atau 17 tahun yang melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional/pusat kemahiran/mana-mana institusi boleh merujuk Permohonan Bantuan Am Persekolahan yang dibuka dan didaftarkan atas nama penjaga.

Saya belajar di Madrasah / Pondok di Luar Negara, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Sekiranya Madrasah/ Pondok berkenaan mendapat pengiktirafan oleh MQA dan peringkat pengajian ada dinyatakan di atas boleh memohon dan sekiranya tidak maka tidak layak untuk memohon bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, hantarkan e-mel ke [email protected] atau talian WhatsApp, 019-811 4578.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut