Piala Thomas & Uber 2026 [LIVE RTM] Jadual Team Malaysia

piala thomas 2026 1
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Piala Thomas 2026 ialah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang dianjurkan di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei 2026. Untuk mengikut keputusan terkini, jadual perlawanan, dan maklumat lanjut, layari laman rasmi BWF atau BWF Match Centre.

Bagi peminat badminton di Malaysia, anda juga boleh menonton siaran langsung dan live streaming Badminton Thomas 2026 melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.

Jadual Perlawanan Team Malaysia dalam Piala Thomas 2026

Skuad Malaysia akan memulakan aksi Pusingan Pertama dalam Kumpulan B pada Sabtu, 25 April.

Peringkat Kumpulan | 25 – 29 April 2026

THOMAS CUP

  • 25 APR | SABTU
    • COURT 2 | 6.00 PM MALAYSIA VS ENGLAND – ROUND 1
  • 27 APR | ISNIN
    • COURT 3 | 6.00 PM MALAYSIA VS FINLAND – ROUND 2
  • 29 APR | RABU
    • COURT 2 | 4.00 PM MALAYSIA VS JAPAN – ROUND 3

UBER CUP

  • 25 APR | SABTU
    • COURT 1 | 2.30 PM MALAYSIA VS TÜRKIYE – ROUND 1
  • 26 APR | AHAD
    • COURT 3 | 6.00 PM MALAYSIA VS SOUTH AFRICA – ROUND 2
  • 27 APR | ISNIN
    • COURT 2 | 6.00 PM MALAYSIA VS JAPAN – ROUND 3

NOTA: Semua waktu yang dinyatakan adalah mengikut Waktu Malaysia (MST).

piala thomas 2026

Jadual perlawanan akan dikemas kini dari semasa ke semasa setiap kali sebelum perlawanan berlangsung.

Tonton Piala Thomas LIVE 2026

Berita baik! Peminat badminton Malaysia boleh menonton Piala Thomas secara LIVE dan percuma melalui RTM tahun 2026 ini.

Peringkat Kumpulan | 25 – 29 April 2026

Terima Kasih RTM!

thomas cup 2026 live

Selain RTM, macam biasa boleh tonton di Stadium Astro 801. Strim online di:

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF.

Sejarah Piala Thomas

Mengikut sejarah,Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949.

Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali diikuti China (11 kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali) dan Jepun (satu kali).

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

TahunNegara JuaraNegara Tuan Rumah
1949MalaysiaEngland
1952MalaysiaSingapura
1955MalaysiaSingapura
1958IndonesiaSingapura
1961IndonesiaIndonesia
1964IndonesiaJepun
1967MalaysiaIndonesia
1970IndonesiaMalaysia
1973IndonesiaIndonesia
1976IndonesiaThailand
1979IndonesiaIndonesia
1982ChinaEngland
1984IndonesiaMalaysia
1986China Indonesia
1988ChinaMalaysia
1990ChinaJepun
1992MalaysiaMalaysia
1994IndonesiaIndonesia
1996IndonesiaHong Kong
1998IndonesiaBosnia
2000IndonesiaMalaysia
2002IndonesiaChina
2004ChinaIndonesia
2006ChinaJepun
2008ChinaIndonesia
2010ChinaMalaysia
2012ChinaChina
2014JepunIndia
2016DenmarkChina
2018ChinaThailand
2020 (2021)IndonesiaDenmark
2022IndiaThailand
2024ChinaChina

Format Piala Thomas

Piala Thomas melibatkan 16 pasukan terbaik dunia yang layak beraksi di pentas akhir kejohanan. Kesemua pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan, dengan setiap kumpulan dianggotai oleh empat pasukan.

Peringkat Kumpulan

Dalam peringkat kumpulan, setiap pasukan akan menentang semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing sebanyak satu kali (format round-robin).

Setiap pertemuan antara dua negara akan melibatkan lima perlawanan, iaitu:

  • Tiga perseorangan lelaki
  • Dua beregu lelaki

Sesebuah pasukan perlu memenangi sekurang-kurangnya tiga perlawanan untuk memenangi pertemuan tersebut.

Selepas semua perlawanan kumpulan selesai, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Peringkat Kalah Mati

Sebanyak lapan pasukan yang layak akan beraksi di peringkat kalah mati yang merangkumi:

  • Suku akhir
  • Separuh akhir
  • Final

Format perlawanan di peringkat ini juga mengekalkan lima perlawanan bagi setiap pertemuan (tiga perseorangan dan dua beregu).

Namun begitu, jika sesebuah pasukan berjaya:

  • Memenangi tiga perlawanan pertama, atau
  • Mendahului dengan keputusan 3-1 pada perlawanan keempat,

maka baki perlawanan tidak akan diteruskan kerana keputusan sudah pun ditentukan.

Laluan Kejuaraan

Pemenang suku akhir akan mara ke separuh akhir. Seterusnya, dua pasukan yang menang di separuh akhir akan bertemu di pentas final bagi menentukan juara Piala Thomas.

Pasukan yang memenangi perlawanan akhir akan dinobatkan sebagai Juara Piala Thomas bagi edisi tersebut.

thomas cup 2026

Tarikh Piala Thomas 2026 – LIVE

Piala Thomas 2026 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

  • Lokasi : Horsens, Denmark
  • Tarikh : 24 April hingga 3 Mei 2026

Senarai Pemain Malaysia

Senarai penuh pemain Malaysia yang akan menyertai Piala Thomas 2026 yang diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah seperti berikut:

Pasukan Lelaki:

  • Leong Jun Hao
  • Justin Hoh
  • Aidil Sholeh
  • Lee Zii Jia
  • Aaron Chia
  • Soh Wooi Yik
  • Man Wei Chong
  • Tee Kai Wun
  • Goh Sze Fei
  • Izzuddin Rumsani

Pasukan Perempuan:

  • K Letshanaa
  • Wong Ling Ching
  • Siti Zulaikha Azmi
  • Goh Jin Wei
  • Pearly Tan
  • M Thinaah
  • Ong Xin Yee
  • Carmen Ting
  • Low Zi Yu
  • Norazqilah Maisarah

Seramai 20 orang wakil Malaysia bersedia menggalas cabaran di Piala Thomas & Uber di Denmark!

Keputusan Perlawanan

Keputusan perlawanan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa setiap kali selepas perlawanan berakhir.

Soalan Lazim – Piala Thomas 2026

1. Apakah itu Piala Thomas 2026?

Piala Thomas 2026 ialah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi acara berpasukan lelaki yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

2. Bilakah Piala Thomas 2026 berlangsung?

Piala Thomas 2026 akan berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2026.

3. Di manakah lokasi kejohanan ini diadakan?

Kejohanan Piala Thomas 2026 akan diadakan di Horsens, Denmark.

4. Siapakah penganjur Piala Thomas 2026?

Piala Thomas 2026 dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebagai badan pentadbir utama badminton antarabangsa dengan kerjasama Badminton Denmark.

5. Adakah kejohanan ini menawarkan mata ranking dunia?

Piala Thomas merupakan kejohanan berpasukan, dan fokusnya adalah kepada pencapaian pasukan negara, bukan pungutan mata ranking individu.

6. Apakah kategori acara yang dipertandingkan?

Dalam Piala Thomas, setiap pertemuan terdiri daripada:

– 3 perseorangan lelaki
– 3 beregu lelaki

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut