Koleksi Peta Malaysia Yang Boleh Dimuat Turun

Bagi mereka yang mencari peta Malaysia, berikut adalah koleksi peta ini yang boleh dimuat turun secara percuma.

Peta ini boleh dijadikan untuk tujuan pembelajaran dan sebagainya.

Mengenai Malaysia

Malaysia ialah salah sebuah negara persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, 2 negeri Borneo, dan 3 wilayah persekutuan.

Keluasan bumi Malaysia adalah seluas 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2).

Negara ini terbahagi kepada 2 kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo.

Selain itu, Malaysia juga berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.

Di Malaysia juga terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.

Jumlah Penduduk Di Malaysia

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat 2023, meningkat 2 peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu 30.5 juta ialah warganegara, manakala selebihnya bukan warganegara.

Penduduk lelaki meningkat kepada 17.7 juta daripada 17.2 juta dan perempuan meningkat kepada 16 juta daripada 15.8 juta.

Nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Penduduk berumur 0 hingga 14 tahun kekal tidak berubah pada 7.6 juta, sementara penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat kepada 23.6 juta daripada 23.1 juta, manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat kepada 2.5 juta daripada 2.4 juta.

Senarai Negeri Di Malaysia

Negeri-negeri di Malaysia terdiri daripada:

  1. Pahang
  2. Perak
  3. Terengganu
  4. Perlis
  5. Selangor
  6. Negeri Sembilan
  7. Johor
  8. Kelantan
  9. Kedah
  10. Pulau Pinang
  11. Melaka
  12. Sabah
  13. Sarawak

Terdapat 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu:

  1. Kuala Lumpur
  2. Putrajaya
  3. Labuan

Koleksi Peta Malaysia

Berikut berupakan koleksi peta Malaysia yang boleh dimuat turun:

Sumber: https://ms.maps-malaysia-my.com/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!