Siaran Langsung Malaysia Vs Oman Kelayakan Piala Dunia 2026

Malaysia vs Oman Live 2024 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Perlawanan Kumpulan D, Malaysia vs Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026/Piala Asia 2027 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10.00 malam. Ianya merupakan aksi pusingan kedua Malaysia vs Oman. Sebelum ini, keputusan pusingan pertama di Muscat mencatatkan, Malaysia tewas 2-0 kepada Oman.

Jurulatih Harimau Malaya, Kim-Pan Gon dalam satu temu ramah, berharap anak buahnya mampu memberikan aksi yang terbaik. Beliau juga berharap, sekurang-kurangnya skuad Harimau Malaya perlu membawa satu mata untuk mencerahkan peluang mereka yang ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta kumpulan D.

Siaran Langsung Malaysia Vs Oman

siaran langsung malaysia vs oman

Aksi siaran langsung Malaysia vs Oman boleh dilihat menerusi Sukan RTM dan juga Astro Arena bermula jam 09:30 malam.

Sukan RTM

Perlawanan ini akan menyaksikan Malaysia turun sebagai tuan rumah.

Manakala sepak mula perlawanan antara Malaysia vs Oman akan berlangsung pada jam 10:00 malam di venue Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Baca juga : Piala Dunia 2026

Barisan Senarai Pemain

Berikut adalah senarai 24 pemain yang membarisi pasukan kebangsaan Malaysia bagi menghadapi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 Mac 2024 di Muscat dan 26 Mac 2024 di Bukit Jalil!

malaysia vs oman
  • Syihan Hazmi -GK
  • Azri Ghani -GK
  • Suhaimi Husin -GK
  • Lavere Corbin-Ong
  • Sharul Saad
  • Sharul Nazeem
  • Harith Haikal
  • Dominic Tan
  • Danial Tan
  • Daniel Ting
  • Azam Azmi Murad
  • Dion Cools
  • Brendan Gan
  • Endrick Dos Santos
  • Syamer Kutty
  • Mukairi Ajmal
  • Stuart Wilkin
  • Paulo Jouse
  • Nooa Laine
  • Arif Aiman Hanapi
  • Safawi Rasid
  • Akhyar Rashid
  • Faisal Halim
  • Darren Lok
  • Romel Morales

Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Oman 2024 Seluruh Negara

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, Kementerian Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama FAM telah menyediakan tempat untuk tayangan skrin besar aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang melibatkan pasukan negara.

Lokasi tanyangan skrin besar di seluruh negara boleh rujuk pada poster berikut ;

malaysia vs oman

Sejarah Perlawanan Antara Malaysia vs Oman dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA

Sejarah perlawanan antara Malaysia dan Oman dalam kelayakan Piala Dunia FIFA menunjukkan dinamik kompetitif antara kedua-dua pasukan.

Oman mempunyai kelebihan dalam perlawanan ini, memenangi empat daripada tujuh pertemuan mereka.

Manakala Malaysia telah memperoleh kemenangan dua kali, dengan satu perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Dalam pertemuan terbaru semasa kelayakan Piala Dunia FIFA 2026, Oman menewaskan Malaysia dengan jaringan 2-0 di Muscat.

Oman mempamerkan penguasaan mereka dalam perlawanan tersebut. Kemenangan ini melonjakkan Oman ke tangga teratas Kumpulan D.

Dengan keputusan tiga perlawanan tanpa kalah, menjadikan Oman lawan yang hebat untuk Malaysia. Sebaliknya, permainan skuad Harimau Malaya dilihat sedikit kurang menjadi pada perlawanan sebelum ini.

Tiket Perlawanan

Bagi anda yang ingin turun menyaksikan perlawanan secara live Malaysia vs Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, boleh mendapatkan tiket perlawanan, secara online menerusi https://www.tickethotline.com.my

Perlanjutan Operasi Stesen LRT Bukit Jalil

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam, sempena Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Keputusan Perlawanan

Keputusan perlawanan kelayakan piala dunia 2026/piala asia 2027 akan dikemaskini dari masa ke semasa

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!