Keputusan Semakan UPU Online 2026 (https://upu.mohe.gov.my) akan diumumkan pada 14 Ogos 2026 untuk lepasan STPM. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui sebuah hantaran terkini.
Semakan keputusan UPU ini hanya boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi UPU atau menggunakan aplikasi mudah alih UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Rujuk cara semakan keputusan dan permohonan UPU di bawah.

Permohonan UPUOnline 2026
Permohonan UPUOnline dibuka setiap tahun bagi membolehkan calon-calon lepasan SPM dan STPM membuat pilihan institusi pendidikan yang sesuai berdasarkan minat, keputusan dan merit masing-masing.
Rujuk panduan permohonan di bawah:
- Pembelian unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Layari portal UPU di upu.mohe.gov.my
- Pastikan kategori anda yang dipilih adalah betul.
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Kira merit menggunakan kalkulator merit untuk memudahkan pemilihan kos yang sesuai.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “Simpan”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.


Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting untuk permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM adalah seperti berikut:
| PERKARA | LEPASAN STPM |
|---|---|
| Permohonan Fasa 1 | 29 Januari 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 23 Mac 2026 (5 Petang) |
| Permohonan Fasa 2 | 13 April 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 15 Mei 2026 (5 Petang) |
| Tarikh temu duga / ujian | April 2026 – Julai 2026 |
| Tarikh semakan | 14 Ogos 2026 |
| Tempoh setuju terima | 9 hari (15-23 Ogos 2026) |
| Surat tawaran | 1 hari lepas tarikh semakan UPU |
| Tempoh rayuan | 10 hari |
| Pendaftaran Pelajar Baru | Minggu ke-2 September 2026 |
| Pendaftaran Pelajar Baru Rayuan | Minggu pertama Oktober 2026 |
Cara Membuat Semakan UPU Online Lepasan STPM / Setaraf
Untuk lepasan STPM atau setaraf, berikut adalah panduan membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori.
Maklumat ini merangkumi semakan panggilan temuduga, keputusan, tawaran, serta keputusan rayuan bagi Program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).
Semakan boleh dibuat pada 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang.
Calon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui cara berikut:
- Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my .
- Secara atas talian melalui pautan, https://upu2.mohe.gov.my .
- Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
- Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.

Pengesahan Setuju Terima Tawaran
Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 15 Ogos 2026 hingga 23 Ogos 2026 di laman web UA masing-masing.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 15 Ogos 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Berjaya
Permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA boleh dibuat di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang.
Tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad dan dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.


Semakan UPU Online Melalui Aplikasi UPU Pocket
Selain membuat semakan UPUonline melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
- boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
- terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.
FAQ Kemasukan ke IPTA & MARA BPT
FAQ KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) – LEPASAN STPM, DIPLOMA & SETARAF
Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.
Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas hebahan keputusan perdana.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.
Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.
Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan
Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.
Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada kekosongan selepas setuju terima tawaran.
Pada 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang
Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu keempat September 2026. 
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :
PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI DIPLOMA / SETARAF
PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI STPM, MATRIKULASI / ASASI DAN STAM
PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, MARA BPT – LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2026/2027
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan UPUOnline, sila rujuk:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Telefon: 0386842363
- Emel: [email protected]
- Maklum balas UPU: htpps://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~
- YouTube : bkpaUPU
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bpkp jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
Baca juga:




