Permohonan MyKad rosak online kini menjadi pilihan lebih praktikal bagi mereka yang ingin menukar kad pengenalan yang rosak tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Selain daripada hadir secara fizikal ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda boleh membuat permohonan gantian secara dalam talian melalui laman web rasmi JPN.
Dengan kemudahan permohonan MyKad rosak online ini, segala urusan menjadi lebih pantas dan efisien.

Pengenalan – Permohonan Gantian MyKad Online
Jangan panik, proses gantian sekarang cepat dan senang. Malah ada yang siap dalam masa 30 minit je!
Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, di mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat.
Namun, hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :
- Gantian kerosakan fizikal kad
- Gantian kerosakan cip
- Gantian biasa
- Gantian hilang kali pertama (kecuaian)
- Hilang IC tak boleh ganti secara online ya!

Prosedur Permohonan MyKad Rosak Online
- Layari laman web permohonan MyKad rosak secara online melalui pautan berikut: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
- Pada halaman utama, klik pilihan “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kerosakan kad.
- Muat naik sebarang dokumen berkaitan seperti gambar kad rosak (jika perlu).
- Pilih cawangan JPN berhampiran yang anda ingin kunjungi bagi mengambil MyKad selepas siap.
- Selesaikan bayaran menggunakan kad kredit sahaja mengikut kadar yang ditetapkan:
- Setelah selesai, simpan resit dan nombor rujukan untuk semakan status permohonan.
- Layari semula laman web untuk menyemak sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.

Dokumen yang Perlu Disediakan Untuk Permohonan MyKad Online
1. Dokumen pemohon (asal)
- Pastikan anda bawa Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
2. Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan)

Bayaran Gantian MyKad Rosak Online
Untuk permohonan gantian MyKad rosak, warganegara dikenakan bayaran sebanyak RM10.00, manakala bukan warganegara perlu membayar RM40.00.
Sekiranya permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan kad yang rosak, caj tidak akan dikenakan permohonan adalah percuma.
Bagi permohonan yang dilakukan secara dalam talian, pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit.
Perlu diingat, bayaran tidak akan dikembalikan jika permohonan telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
Selepas bayaran dibuat, anda boleh menyemak status permohonan untuk mengetahui sama ada MyKad baharu telah siap dan sedia untuk diambil di pejabat JPN.

Waktu Operasi Sistem Gantian MyKad Online JPN
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
Tempoh Kutipan MyKad Di Kaunter JPN
Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
- Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
- Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
- Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
Waktu operasi kaunter JPN adalah mengikut negeri:
- Isnin–Jumaat: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg / 12.15–2.45 ptg Jumaat)
- Ahad–Khamis: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg)
- Sabah, Sarawak, Labuan: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat berbeza mengikut negeri)
- JPN Cawangan UTC: 8.00 pg – 7.00 mlm (hari bekerja), 8.00 pg – 5.00 ptg (hujung minggu)
Maklumat lanjut waktu operasi boleh dirujuk di https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/waktu-operasi-kaunter

Maklumat Lanjut Tentang Gantian MyKad Online JPN
Diharapkan panduan ini dapat membantu memudahkan urusan anda dalam menggantikan kad pengenalan yang hilang. Jangan tangguhkan proses penggantian dan ikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan.
Pastikan anda membuat laporan polis, menetapkan temujanji, dan menyediakan dokumen yang diperlukan agar urusan di JPN dapat berjalan dengan lancar.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:
- Telefon: 03-8000 8000
- http://www.jpn.gov.my
- [email protected]
Baca juga:




