MyKad rosak boleh ganggu urusan penting seperti perbankan dan rawatan kesihatan. Jika kad anda sukar diimbas, cip rosak atau fizikal kad tercalar, segera buat penggantian. Penggantian secara online boleh dibuat melalui laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan https://gantianmykad.jpn.gov.my/
Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara tukar MyKad rosak dengan mudah, kos terlibat dan tempoh siap kad.
Baca juga: Kod No IC Ikut Negeri & Maksud Nombor Dalam MyKad
Pengenalan MyKad
MyKad ialah kad pengenalan pintar kebangsaan bagi warganegara Malaysia yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Kad ini bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi turut menggabungkan pelbagai fungsi dan aplikasi daripada agensi kerajaan serta sektor swasta ke dalam satu kad tunggal.
Dibangunkan berasaskan sistem dan proses baharu yang menepati ciri keselamatan terkini, MyKad merupakan inovasi hasil inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memperkemas dan memodenkan urusan perkhidmatan awam dan swasta.
Pada waktu pengenalannya, tiada sistem seumpamanya di dunia, maka kerajaan telah mereka bentuk dan membangunkan sendiri keseluruhan sistem, prosedur, dan metadologi asas untuk menjayakan pelaksanaan kad pintar pelbagai guna ini.
Kelayakan Pemegang MyKad
- Pemegang Kad Pengenalan ini berstatus Warganegara Malaysia
- Kelayakan kepada seseorang yang mempunyai Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA)
Kepentingan MyKad
Selain daripada digunakan sebagai dokumen rasmi, MyKad juga digunakan pada pelbagai program dan tujuan. Di antara program tersebut adalah:
- MyKasih
- Bantuan SARA
- Subsidi petrol RON95
Tanda-tanda MyKad Anda Rosak
Ketahui tanda-tanda penting yang menunjukkan anda perlu menukar MyKad untuk elakkan masalah semasa urusan rasmi:
- Kad gagal dibaca : Tidak boleh diimbas di mesin atau kiosk layan diri (self-service kiosk)
- Urusan ditolak oleh bank atau agensi kerajaan : Sistem tidak dapat mengesan data daripada kad anda.
- Perlu dicuba banyak kali untuk lepas imbasan : Tanda cip mula bermasalah dan perlu diganti segera.
- Kad rosak fizikal (calar, retak, bengkok) : Boleh menjejaskan cip dan fungsi kad sepenuhnya.
- Kad terlalu lama digunakan (lebih 10 tahun) : Risiko cip haus, data terpadam atau gagal berfungsi.

Baca juga: Duit Dalam MyKad: Cara Semak Baki & Beli Barang Guna IC
Cara Ganti MyKad Rosak
Jika MyKad rosak seperti tidak boleh dibaca, cip bermasalah, atau fizikal kad seperti calar atau retak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terdapat 4 cara untuk membuat gantian MyKad yang rosak, iaitu:
- Hadir ke kaunter JPN terdekat
- MyPhone-In : Permohonan melalui telefon di talian 03-88808066 (*Sila rujuk infografik di bawah)
- Permohonan dalam talian : Secara online melalui JPN E-Services
- Hadir ke bas & van bergerak JPN

Langkah-langkah Gantian MyKad Rosak:
- Hadir ke cawangan JPN
- Ambil nombor giliran kategori “ROSAK”
- Serahkan MyKad rosak dan maklumat diri kepada petugas JPN
- Bayar caj penggantian, seperti berikut:
- RM40 untuk MyKAS dan MyPR
- RM10 untuk MyKad

Tempoh siap MyKad:
- 30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, UTC, dan cawangan terpilih
- 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung Malaysia
- 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan
Permohonan hanya cepat jika tiada komplikasi pada kad atau maklumat peribadi
Pastikan MyKad anda sentiasa dalam keadaan baik. Jika rosak, cepatkan proses gantian untuk elak masalah semasa urusan rasmi.
- Info lanjut di: www.jpn.gov.my
- Ikuti juga @jpnhqofficial di media sosial untuk maklumat terkini.

Tips Penjagaan MyKad
Menjaga keadaan fizikal MyKad adalah tanggungjawab setiap pemilik. Berikut merupakan panduan penjagaan MyKad yang boleh membantu anda mengelakkan kerosakan dan bayaran gantian:
1. Simpan dalam Bekas Kad
MyKad sepatutnya disimpan di dalam bekas kad khas bagi melindunginya daripada habuk, air, dan calar. Bekas kad juga membantu mengekalkan bentuk asal MyKad dan mengelakkan ia daripada bengkok secara tidak sengaja ketika disimpan dalam dompet atau beg.
2. Jangan Bengkok atau Lipat
MyKad diperbuat daripada bahan plastik dan cip elektronik yang mudah rosak jika dibengkokkan atau dilipat. Elakkan daripada meletakkannya di dalam poket belakang seluar atau tempat sempit yang boleh menekan kad sehingga melengkung atau pecah.
3. Elak Air dan Haba Tinggi
MyKad tidak kalis air sepenuhnya dan tidak tahan suhu tinggi. Pendedahan kepada air boleh merosakkan cip pada kad, manakala haba berlebihan seperti ditinggalkan dalam kereta yang panas boleh melengkungkan kad. Simpan kad di tempat yang sejuk dan kering untuk memastikan ketahanannya.
4. Jangan Letak Dekat dengan Magnet
Cip dalam MyKad boleh terganggu atau rosak jika terdedah kepada medan magnet yang kuat, contohnya daripada alat pembesar suara, telefon bimbit, atau dompet magnetik. Simpan kad jauh daripada objek yang menghasilkan magnet untuk mengelakkan kerosakan dalaman.
5. Elak Geseran Kasar
Geseran dengan permukaan kasar atau objek tajam boleh menyebabkan permukaan MyKad tercalar, terkopek, atau merosakkan maklumat yang dicetak. Untuk jangka masa panjang, elakkan MyKad daripada bergesel dengan kunci, duit syiling, atau barang tajam lain di dalam beg atau poket.
6. Elak Masukkan ke Mesin yang Tak Dikenali
MyKad mengandungi cip elektronik yang hanya boleh dibaca oleh mesin atau terminal rasmi yang disahkan. Memasukkan kad ke dalam mesin rawak yang tidak dikenali atau tidak sah boleh merosakkan cip dan menyebabkan data dalam kad tidak dapat dibaca lagi.

Soalan Lazim Tentang MyKad Rosak & Ganti IC Baru
Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur 18 – 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.
Bagi mereka yang belum memiliki kad pengenalan walaupun telah berumur lebih 16 tahun adalah dinasihatkan untuk datang ke mana-mana JPN yang berhampiran untuk memohon daftar lewat kad pengenalan.
Pemohon dan penganjur perlu hadir bersama-sama untuk ditemuduga, dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:-
– Sijil Lahir Pemohon/Sijil AnakAngkat/Borang W atau
– Permit Masuk Pemohon/Borang Pengesahan Taraf Warganegara(jika berkenaan)
– Kad Pengenalan Penganjur
Anda layak memohon kad pengenalan dengan status Pemastautin Tetap(Merah). Syarat-syarat permohonan adalah dengan membawa permit masuk dan pasport serta salinan kedua-duanya dan bayaran permohonan sebanyak RM 40.00. Permohonan boleh dibuat di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.
Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.
Kad pengenalan hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Sila lihat Jadual bayaran.
Mykad boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di Ibu Pejabat JPN dan JPN yang mempunyai mesin cetakan teragih. Bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Manakala 7 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak dan Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.
Penukaran alamat pada cip kad pengenalan adalah tidak dibenarkan. Hanya permohonan penukaran alamat yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan gantian sahaja dibenarkan.
Ya, JPN turut menerima pembayaran secara elektronik iaitu melalui Kad Kredit, Kad Debit dan MEPS.
e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my) : pro
Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon cetakan kandungan cip kad pengenalan yang tercatat masalah cap jari.
Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dengan mengemukakan laporan polis yang menyatakan sebab kehilangan kad pengenalan tersebut.
Permohonan temujanji boleh dibuat dengan melayari pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my/
Ada 4 cara mudah nak ganti MyKad / tukar IC baru :
– Pergi ke kaunter JPN
– Guna perkhidmatan MyPhone-In
– Permohonan secara online melalui JPN E-services
– Boleh hadir ke bas / van bergerak JPN
Boleh, tapi hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :
1) Ganti Kerosakan Fizikal MyKad
2) Ganti Kerosakan Cip IC
3) Gantian Biasa
4) Ganti IC Sebab Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
Sila ke pautan https://gantianmykad.jpn.gov.my/




